12.19.2012

AES : Rakyat Semakin Matang....



Rakyat terus tertanya-tanya....
Siapa Beta Tegap Sdn Bhd??? Kenapa kelam kabut sgt?? Datuk Solah KP JPJ kata tak swasta AES... tapi Beta Tegap ni siapa?? anak syarikat JPJ ke?? 

Syarikat konsesi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), Beta Tegap Sdn Bhd telah mendapat kebenaran untuk semakan kehakiman terhadap arahan Majlis Perbandaran Sepang (MPS) untuk menurunkan dua kamera had laju.

Peguam Beta Tegap, Fiona Bodipalar (kiri dalam foto) berkata Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memberikan kebenaran untuk semakan kehakiman itu didengar pada 14 Februari.

Dalam surat bertarikh 6 Disember, MPS telah mengarahkan syarikat itu menurunkan dua kamera had laju di Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan dalam tempoh 14 hari.

Bagaimanapun, berdasarkan nasihat guaman, arahan itu kemudiannya dipinda kepada 'menutup' peralatan tersebut dalam tempoh 24 jam.

Fiona berkata Hakim Datuk Zaleha Yusof yang mendengarnya dalam kamar,  turut mengeluarkan perintah supaya MPS "tidak akan mengambil tindakan untuk menurun atau menutup" kamera berkenaan sehingga kes itu selesai.

"MPS telah bersetuju dengan perintah itu," katanya hari ini.

Dalam permohonannya, Beta Tegap turut memohon pengisytiharan bahawa MPS tidak mempunyai bidangkuasa ke atas kedua-dua lebuh raya. - Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails