Jabatan Pembangunan Kemahiran
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) merupakan satu kaedah penilaian terhadap calon-calon untuk mendapatkan pengiktirafan bagi keterampilan semasa berdasarkan pencapaian terdahulu.
Tujuan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) adalah untuk mengiktiraf keterampilan yang sediada pada seseorang individu dengan memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)/Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/ Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)/ Penyata Pencapaian (PC).

Prinsip Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)
- Kaedah menilai keterampilan semasa berdasarkan pencapaian terdahulu.
- Calon tidak perlu mengikuti latihan dan menduduki ujian khas.
- Bukti-bukti keterampilan yang sahih, boleh percaya dan mencukupi diperlukan untuk dinilai sebelum pengiktirafan diberi.
Kelebihan PPT kepada individu
- Dapat pengiktirafan
- SKM/DKM/DLKM/PC diperolehi dalam masa yang singkat
- Dapat menyumbang ke arah pembangunan kerjaya
- Motivasi untuk meningkatkan kelayakan
- Jimatkan tenaga dan masa (tidak perlu melalui latihan & ujian)
Kelebihan PPT kepada majikan
- Pekerja bermotivasi tinggi dapat tingkatkan produktiviti kerjaya
- Pekerja berketerampilan dapat meningkatkan kualiti
Note : Maklumat tentang Panduan Bagi Perlaksanaan PP-PPT Untuk Persijilan SKM-PPT sila klik di sini
Untuk keterangan lanjut & mendaftar sebagai calon PPT boleh berhubung dengan saya :
Telefon : 012-6103619
Email : mdemran69@gmail.com
Informasi Pelaburan Emas Klik di sini
how to join PPT??
ReplyDelete