Gambar hiasan
Kuala Lumpur: Tindakan seorang lelaki warga Nepal berusia awal 30-an
mencabul seorang wanita yang berjalan di sebuah pusat membeli-belah di
Jalan Putra, di sini, mengundang padah apabila dia cedera dibelasah
mangsa, kelmarin.
Lebih malang apabila dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, lelaki
itu yang dilaporkan cedera ringan di kepala turut diberkas pihak
berkuasa sejurus kejadian berkenaan.
Menurut sumber, mangsa berusia 44 tahun yang berjalan sendirian mendakwa dihampiri lelaki terbabit sebelum tiba-tiba lelaki itu meramas buah dadanya.
“Tindakan itu mengundang kemarahan mangsa sebelum bertindak
memukulnya. Malah, pada masa sama, mangsa menjerit meminta bantuan
daripada pengawal keselamatan dan orang awam.
“Jeritan kuat mangsa didengari seorang pengawal keselamatan dan dua polis bantuan yang berada berhampiran kawasan berkenaan sebelum mereka bergegas memberikan bantuan kepada mangsa yang ketika itu sedang bergelut dengan lelaki terbabit,” katanya.
Sumber berkata, lelaki itu yang cuba meloloskan diri dapat diberkas sebelum dibawa ke Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk tindakan lanjut.
No comments:
Post a Comment