1.12.2013

TERKINI DI STADIUM MERDEKA



Update FB


2.15pm: Wakil Orang Asli dari Semenanjung, Tijah, berucap. Beliau berkata, hak Orang Aslli dinafikan serta banyak tanah Orang Asli telah diramps.

2.10pm: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali tiba dan masuk ke dalam stadium.

2.08pm: Wakil PAS dari Johor, Suhaizan Kaiat sedang berucap. Setiap pemimpin menyampaikan ucapan kira-kira dua minit.

Dalam ucapannya, Suhaizan  menyentuh beberapa perkara, iaitu mengenai Pulau Batu Putih dan projek Iskandar di Johor.

1:54pm: Stadium Merdeka - Himpunan dimulakan dengan ucapan MP DAP Anthony Loke dalam bahasa Cina dan bahasa Melayu.

Beliau antara lainnya meminta orang ramai supaya menumbangkan kerajaan BN.

"Najib berhimpun di Tesco Semenyih. Kita di Stadium Merdeka dan kita bangkit untuk lawan BN," katanya. 


Turut kelihatan ialah Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir. - Malaysiakini


Apabila tiada provokasi, Himpunan Kebangkitan Rakyat berjalan dengan AMAN!!!!
Peniaga meraih keuntungan berlipat GANDA...

NIe buktinya....

1.45pm: Stadium Merdeka - seorang peniaga kebab Mansur Ahmad, 56, berkata kesemua 500 kebabnya sudah habis dijual.

"Hari ini saya ada sekurang-kurangnya RM1,000 dalam kocek," katanya peniaga itu dengan gembira.

Katanya, beliau mula membuka gerai di Kelab Sultan Sulaiman ketika perhimpunan pada malam tadi.

Anaknya, Faeza Mansor, 28, yang membuka gerai mi sup di sebelah gerainya berkata perniagaannya amat luar biasa hari ini.

Beliau menjangkakan akan berjaya menjual 100 mangkuk mi sup hari ini.


Nie lagi peniaga buat untung.... Massukkkk!!!
Tak cukup tangan nak layan....


IKLAN PENAJA




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails