2.50pm: Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga menyampaikan ucapan. Beliau berkata, BERSIH merupakan NGO berjuang untuk rakyat dan tidak memihak kepada mana-mana parti.
Menurutnya lagi, BERSIH adalah untuk memelihara hak rakyat dan PRU akan datang.
"Kita tak memihak kepada mana-mana parti. Kita berjuang untuk rakyat. Saya harap anda semua akan keluar mengundi pada PRU13," katanya.
2.51pm: Menurut Twitter terkini polis, stadium dipenuhi oleh kira-kira 80,000 orang pada jam 2.45pm.
3.00pm: Pengerusi PersatuanAnak Peneroka Felda (ANAK), Mazlan Aliman sedang berucap. Sebelum berucap beliau melaungkan 'Undur Isa Samad".
Maslan berkata, warga Felda sedang bangkit untuk melakukan perubahan.
"Hari ini warga Felda sedang bangkit untuk nyahkan dan lakukan perubahan.
"Selama ini BN berkuasa kerana sokongan besar. Insya-Allah ini kali warga Felda akan bangkit dan menuju ke Putrajaya," katanya.
No comments:
Post a Comment