Gambar hiasan
IPOH – Seorang bapa kepada lima anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, kelmarin, atas dua tuduhan merogol dan meliwat anak gadisnya berusia 14 tahun pada Disember tahun lalu.
Bapa berusia 36 tahun yang bekerja sebagai kontraktor itu membuat pengakuan itu ketika dua pertuduhan sumbang mahram berkenaan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Madihah Harullah.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin sementara tarikh sebutan ditetapkan pada 6 Mac depan.
Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fauzi Md Yusof sementara tertuduh diwakili peguam, Mahinderjit Singh.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan dan Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Mengikut pertuduhan pertama, bapa itu didakwa merogol anaknya kira-kira jam 1 pagi pada 24 Disember lalu di dalam kontena di Bandar Baru Menglembu di sini.
Pertuduhan kedua, bapa berkenaan didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii ke atas anak perempuannya dengan masukkan kemaluan ke dalam duburnya di lokasi sama kira-kira jam 3 pagi, 20 Disember lalu.
Menurut laporan, mangsa merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik. - Sinar
Tips untuk panduan semua mengelak kejadian ROGOL....
- Anak-anak kecil mesti sentiasa di bawah pengawasan ibu-bapa, guru-guru atau penjaga yang dipercayai.
- Kanak-kanak juga boleh dirogol oleh penjaga atau keluarga penjaga/pengasuh, oleh itu sentiasa ada rasa 'cemburu' dan berhati-hati.
- Galakkan anak-anak untuk bercakap atau bercerita apa yang berlaku sepanjang peninggalan ibu bapa supaya dengan ini dia akan memaklumkan perkara-perkara yang mungkin tidak difahaminya yang berlaku ke atasnya.
- Latih anak-anak untuk menjauhi orang yang tidak dikenali, kalau perlu ingatkan setiap hari iaitu semasa meninggalkan anak-anak di rumah atau Tadika/Sekolah.
- Ingatkan pada anak-anak anggota tubuh badannya yang tidak patut disentuh oleh sesiapa pun kecuali oleh ibu bapa atau pengasuh semasa mandi atau masa buang air.
- Bertindak awal jika telah ada tanda-tanda maruah anak-anak cuba dicerobohi.
- Jangan pandang remeh tanda-tanda ini takut nanti kita menyesal.
- Seboleh-bolehnya jangan benarkan anak-anak tidur di rumah orang lain kecuali sangat perlu dan keluarga tersebut dikenali sebagai keluarga yang amanah dan berhemah.
- Latih anak-anak untuk menjerit minta tolong atau sebut "API-API" jika ada gangguan atau pencerobohan terhadap dirinya.
- Kajian mendapati jeritan 'API" lebih diberi perhatian oleh orang ramai dari jeritan minta tolong.
- Pastikan kita berdoa dan ajar anak-anak berdoa mohon keselamatan serta perlindungan Tuhan semasa melangkah keluar rumah, contoh: "Bismillahi tawakkaltu'alallah".
- Ingatkan anak untuk tidak menerima pemberian makanan, gula-gula mahupun air dari orang yang tidak dikenali.
- Larang anak keluar dari kawasan rumah, ke padang permainan, ke rumah jiran atau ke kedai tanpa pengawasan.
- Keluarga terdekat juga boleh menceroboh maruah anak-anak, jadi ibu-ibu perlu maklumkan pada anak-anak juga tentang perkara tersebut.
- Sentiasa berhubung dengan guru-guru, penjaga atau pengasuh tentang isu-isu keselamatan anak-anak.
Tips terbaik...TQ
ReplyDeleteSokong....
Delete