1.18.2013

Derma Susu Badan

Mulianya hati seorang ibu.....



Putrajaya: Simpati terhadap tiga ibu yang tidak mampu memberi susu badan kepada anak masing-masing akibat masalah kesihatan, seorang wanita bermurah hati menjadikan ketiga-tiga bayi mereka sebagai anak susuannya.

Tanpa mengharapkan sebarang balasan, Nurul Uyun Mazlan, 30, berkata, naluri keibuannya mendorong dia berbuat demikian walaupun sudah mempunyai dua cahaya mata, Dania Alisha Almaduddin, 3, dan Dania Maisarah, tiga bulan.

Kemuliaan hati Nurul Uyun itu seharusnya membuka mata masyarakat mengenai amalan menjadi ibu susuan, sesuatu yang lazim dilakukan masyarakat Arab dan diharuskan Islam, tetapi jarang diamalkan umat Islam negara ini.

Pendakwah bebas, Zawiyah Hassan berkata, menderma susu badan kepada bayi yang memerlukannya, bukan saja dibenarkan syarak, malah dianggap perbuatan mulia dan mendapat ganjaran pahala, sama seperti amalan bersedekah. 

“Sedangkan niat berbuat kebaikan pun sudah dapat pahala, inikan pula menderma susu tanpa mengharap balasan. Apatah lagi susu didermakan itu boleh membantu bayi mendapatkan khasiat penting untuk tumbesarannya. 

Tambahan informasi....
 
Soalan:
  1. Syarat-syarat menjadi ibu susuan? Adakah 2 kali kenyang atau 5 kali kenyang? Adakah hukum berbeza sekiranya diberi secara terus menyusu badan atau di pam simpan di botol /disejukkan dan diberi.
  2. Apakah hubungan anak susuan dengan anak-anak kandung ibu susuan ( yang bayi dan adik-beradik yang lain)?
  3. Apakah hubungan ibu kandung anak susuan dan anak-anak kandung ibu susuan?
Jawapan:
  1. Bagi mensabitkan seseorang itu anak susuan atau tidak, antara syaratnya ialah anak tersebut menyusu sekurang-kurang lima kali kenyang dan umurnya tidak melebihi dua tahun. Susu ibu boleh diberikan kepada anak secara terus atau dipam dan disimpan, kemudian berikan kepada anak tersebut.
  2. Hubungan antara anak susuan dengan anak kandung ibu susuan adalah adik beradik sesuan, mereka tidak boleh kahwin sampai bila-bila samada yang masih bayi atau yang lain.
  3. Hubungan ibu kandung anak susuan dengan anak-anak kandung susuan adalah seperti orang lain juga iaitu saudara dalam Islam.
Nota:
   
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
    2. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.

1 comment:

  1. rezeki yang ALLAH beri untuk saya bekalkan kepada 3 orang anak susuan yang memerlukan... walaupon kami bukan dari kalangan keluarga, sekarang kami adalah keluarga..
    happy dapat anak ramai..:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails