Kota Kinabalu: Menyayat hati apabila seekor anak gajah berusia tiga
bulan yang masih menyusu dilihat mengusap kepala ibunya yang mati
selepas dipercayai terminum racun bersama sembilan gajah lain yang
bergelimpangan di Hutan Simpan Gunung Raya, kira-kira 130 kilometer dari
Tawau.
Anak gajah yang diberi nama Kejora itu seperti kelaparan dan
terselamat, tetapi masih dipantau berikutan turut terkena tempias racun
berkenaan akibat meminum susu daripada ibunya.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah Datuk Laurentius Ambu
berkata, kejadian disedari pihaknya pada 29 Disember tahun lalu apabila
menerima laporan kematian seekor gajah jantan di tempat kejadian.
“Namun, bilangannya meningkat dan sehingga 25 Januari lalu, 10 gajah jenis Pygmy Borneo ditemui mati disyaki diracun menggunakan racun tikus oleh individu tidak bertanggungjawab.
“Namun, bilangannya meningkat dan sehingga 25 Januari lalu, 10 gajah jenis Pygmy Borneo ditemui mati disyaki diracun menggunakan racun tikus oleh individu tidak bertanggungjawab.
“Sepanjang dua minggu ini, tujuh daripadanya betina manakala selebihnya
gajah jantan berusia empat hingga 20 tahun,” katanya pada sidang media
di Wisma Majlis Agama Islam Sabah (MUIS), di sini, semalam.
keciannya gajah2 tu....:-(
ReplyDelete