Gelang Patah: “Kepala mangsa hampir putus selepas tersangkut pada
wayar elektrik dan darah memancut tanpa henti,” kata V Nagen, 31, saksi
kemalangan ngeri meragut nyawa seorang penunggang motosikal di Kilometer
22, Jalan Gelang Patah-Pendas, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 8.10 pagi itu, mangsa, M Ganesan, 24, menunggang
motosikal Yamaha LC 135 yang dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja
di Singapura, maut di lokasi apabila urat lehernya terputus selepas
kepalanya tersangkut pada wayar elektrik yang merentangi jalan
berkenaan.
Pembonceng motosikal yang juga rakan mangsa, L Subramaniam, 25,
cedera ringan dan dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.
Nagen berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Singapura ke rumahnya di Skudai.
Nagen berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Singapura ke rumahnya di Skudai.
“Saya menggunakan laluan itu untuk pulang dan terkejut melihat kejadian yang berlaku di depan mata. HMetro
No comments:
Post a Comment