1.07.2013

ROYALTI : Konvoi Keseluruh Masjid


KOTA BHARU – Aktivis Gabungan Profesional Menuntut Royalti Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) akan mengadakan konvoi ke seluruh masjid sekitar negeri ini untuk mengadakan demonstrasi tuntutan royalti untuk tahun 2013. 

Presiden Royalti, Nazri Deraman berkata, demonstrasi tersebut bertujuan untuk menuntut royalti minyak di negeri ini. “Hari ini merupakan hari pertama konvoi kami dan ia akan dijalankan setiap kali selepas solat Jumaat di masjid-masjid yang akan dipilih setiap minggu,” katanya kepada Sinar 

Harian selepas ceramah mingguan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Dataran Ilmu, Jumaat lalu. Nik Aziz sendiri melepaskan simbolik lima buah kereta yang turut serta dalam konvoi tersebut. 

Menurutnya, konvoi yang melibatkan 50 buah kenderaan yang dinaiki hampir 100 aktivis Royalti itu menghala ke Jeli mengikut empat daerah utama iaitu Nilam Puri, Kok Lanas, Machang, Tanah Merah dan seterusnya Jeli. - Sinar

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails