1.07.2013

Suami Berang... Isteri Diseret Dalam Keadaan Telanjang

Wanita dibelasah suami....

 




Kangar: “Selain ditetak menggunakan pisau dan diseret dalam keadaan telanjang, kepala saya juga dihentak dengan alu lesung,” Anira Aziz, 27, dibelasah suaminya yang berang selepas mendakwa dia ada hubungan sulit dengan lelaki lain.

“Saya begitu malu dan hanya mampu menangis akibat menanggung kesakitan apabila diperlakukan dengan kejam oleh suami sendiri,” katanya.


Kejadian berlaku di rumah pasangan itu di Kampung Repoh, dekat sini, jam 3.45 pagi kelmarin.


Akibat kejadian itu, mangsa yang juga ibu kepada tiga anak perempuan dan masih berpantang selepas kelahiran anak bongsunya 42 hari lalu menerima lebih 10 jahitan di belakang badan dan kepala, selain lebam pada mata kirinya.   
Wanita berusia 27 tahun itu teruk dibelasah menggunakan kerusi, lesung batu, bingkai gambar dan turut dikelar dengan pisau.


Tindakan si suami berusia 40 tahun yang bekerja kontrak di Kuala Lumpur itu menyebabkan isterinya mengalami lebam dan luka di mata serta mulut selain luka dikelar di belakang badan sehingga terpaksa dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTZ) di sini.


Rahsia kecurangan isterinya terbongkar semasa si suami menziarah dua anaknya termasuk bayi yang berusia 40 hari pada cuti hujung minggu di rumah sewa mereka.


Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd. Noordin (gambar kecil) berkata, berang dengan kehadiran orang ketiga di rumahnya itu, suspek bertindak menyerang isterinya dengan pelbagai objek sementara motosikal jenis Modenas Kriss dan pakaian milik isterinya itu dibakar.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails