1.12.2013

BERITA TERKINI & SENSASI DARI STADIUM MERDEKA ...

LAPORAN LANGSUNG

3.38pm: Polis membuat pindaan kepada pengumuman di Twitter sebelum ini - bahawa anggaran jumlah peserta seramai 80,000 adalah "kesilapan teknikal".

Tulisan terbaru di Twitter polis menyebut, jumlah berkenaan akan diumumukan oleh ketua polis Kuala Lumpur atau ketua polis daerah.



BERAPA AGAKNYA JUMLAH SEBENAR EKKK.... TUNGGUUUUUUU....
RAIS YATIM SEDANG MEMBUAT PENGIRAAN BERDASARKAN GAMBAR-GAMBAR YANG BERADA DI ALAM SIBER SEKARANG INI....

NANTIKAN PENGUMUMAN BELIAU DI BERITA PERDANA TV3 & RTM1 JAM 8.00 MALAM INI!!!!


3.04pm: Para peserta di dalam stadium bergilir-gilir bangun dan membuat gelombang ombak ketika Ito daripada kumpulan Blues Gang menyampaikan sebuah lagu yang bertajuk "Ubah".

3.13pm: Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyampaikan sebuah sajak yang bertajuk "Di atas padang sejarah".

Sebelum mendeklamasikan sajak, A Samad memberitahu bahawa beliau memang ingin melihat lautan manusia.

Beliau turut meminta ribuan yang hadir di Stadium Merdeka hari ini untuk "ubah".

"Dalam hidup saya yang sudah berusia 80 tahun, saya memang mengimpikan lihat lautan insan.

"Yang ini... Ubah sekarang," katanya.



3.20pm: Pengerusi penganjur himpunan Mohamad Sabu ketika ditemui Malaysiakini berkata satu SMS yang dikesan tersebar hari ini sebagai satu "pembohongan".

SMS itu didakwa menggesa peserta himpunan untuk mendapatkan wang dari ibu pejabat PKR.



3.22pm: Mohamad Sabu dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan perhimpunan hari ini, termasuk PDRM.

"Ini himpunan akhir sebelum kita ke Putrajaya," katanya yang disambut sorakan hadirin.

Beliau turut bertanya kepada orang ramai sama ada mereka menerima bayaran untuk hadir ke perhimpunan hari ini.


Dakawaan itu dikesan dalam satu SMS yang berlegar pada hari ini.
"Adakah anda dibayar RM150?", tanya Mat Sabu, sambil disambut laungan "Tidak" oleh para hadirin.

"Saya bukan nak bayar RM150 tapi saya nak minta duit dari tuan-tuan. Sekarang saya nak minta kutipan," kata timbalan presiden PAS itu lagi.



3.30pm: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam ucapannya menyentuh isu kamera AES dan bayaran BR1M oleh kerajaan persektuan.
Beliau menyifatkan bayaran dan saman itu seperti "tangan kanan memberi, tangan kiri ambil balik".



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails