1.03.2013

Zarina Kena Lokap : Tiada Saudara Mara Nak Ikat Jamin

Muhasabah Diri.....

 
PETALING JAYA : Pelakon dan model kontroversi, Zarina Anjoulie dan rakan lelakinya dihadapkan ke ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan memiliki dadah jenis Eramin 5 seberat 0.6 gram, tiga hari lalu. 

Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul dan rakan lelakinya, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, masing-masing berusia 27 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nazri Omran. 

Mengikut pertuduhan, pelakon drama bersiri ‘Anak Pontianak’ itu dan Mohamad Fakhruzaim didakwa bersama-sama memiliki dua pil Eramin 5 seberat 0.6 gram. Mereka didakwa memiliki bahan terlarang itu di sebuah rumah beralamat Nombor C-3-10 Armanee Condominium, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, di sini, pada jam 5.30 petang, 30 Disember 2012. 

Bagi tuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Zarina yang memakai baju-T berwarna kelabu dan berseluar merah jambu tenang ketika pertuduhan dibacakan kepadanya. 

Terdahulu, pendakwaan yang dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd Bukhari Wan Mohd menawarkan kedua-dua tertuduh dijamin RM6,000 setiap seorang. Bagaimanapun, peguam Mohd Haijan Omar yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon mahkamah mengenakan ikat jamin yang rendah kerana mereka masih belajar di kolej swasta. 

Seorang rakan wanita kepada Zarina hadir menjaminnya dan mengaku dirinya pemilik kondominium di Damansara Damai itu, namun mahkamah tidak membenarkan dia mengikat jamin tertuduh atas alasan mereka tiada pertalian keluarga. 

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing sebanyak RM2,000 dengan syarat penjamin daripada ahli keluarga dan sebutan ditetapkan pada 8 Februari ini. Sehingga jam 4 petang semalam, tiada ahli keluarga aktres itu tampil menjaminnya dan dia dibawa ke Kompleks Penjara Kajang. 

Bagaimanapun, Mohamad Fakhruzaim membayar wang ikat jamin RM2,000 itu menerusi abangnya dan dibenarkan pulang.- HMetro

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails