LAPORAN LANGSUNG
2.25pm: Kumpulan baru peserta himpunan yang sebahagiannya berbaju kuning logo BERSIH dan membawa bendera PAS mula bergerak dari Masjid Negara menuju ke Stadium Merdeka.
Jumlah mereka dianggarkan seramai kira-kira 3,000 orang dan
pergerakan mereka memenuhi jalan menuju ke Stadium Merdeka.
Mereka berjalan sambil melaungkan 'Reformasi' dan bertakbir.
Turut kelihatan di antara peserta adalah seorang lelaki berkerusi roda, Mohamad Yusof yang datang dari Ijok untuk menyertai himpunan ini.

2.30pm: Datuk Seri Anwar Ibrahim sampai ke stadium, disambut dengan laungan reformasi. Beliau melambai pada hadirin.
2.31pm: Wakil daripada bekas anggota tentera KERABAT, yang menegaskan anggota tentera bukanlah balaci kepada BN. Ia disambut dengan laungan reformasi dan sorakan para hadirin.
2.35pm : Suasana sesak di luar perkarangan Stadium Merdeka kerana peserta tak putus-putus menuju ke lokasi tersebut terutamanya dari Masjid Negara.
Kelihatan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden PKR Nurul izzah dan Musyidul Am Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat tiba di luar stadium.
Turut hadir Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
2.40pm: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang dan pengerusi DAP Karpal Singh baru tiba dan masuk ke dalam stadium.
No comments:
Post a Comment