IPOH - Seorang gadis berusia 15 tahun dipercayai merelakan tubuhnya diratah oleh sekumpulan enam lelaki di Taman Pancaran Siputih, Pusing dekat sini, antara kelmarin dan semalam.
Pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Simpang Pulai di sini, mendakwa melakukan hubungan seks bergilir-gilir dengan enam lelaki antara jam 11 malam Isnin lalu sehingga 3.30 petang keesokkannya sebelum dihantar pulang ke rumahnya.
Malah, gadis terbabit turut mengakui dia melakukan hubungan seks secara rela dan tiada unsur paksaan daripada lelaki terbabit.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, pihaknya ada menerima laporan yang dibuat bapa mangsa di Balai Polis Pusing berhubung insiden tersebut.- Sinar
Sekadar renungan....
Seterusnya di bawah ini dibentangkan perkara-perkara yang mesti kita
lakukan untuk melahirkan anak-anak yang soleh;
1.Didiklah anak-anak kita mengenali Allah
2.Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga
ibadah-ibadah wajib yang lain
3.Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita merangkumi;
a) Ilmu aqidah
b) Ilmu Ibadah
c) Ilmu halal dan haram (dalam
makanan, percakapan, tindakan, pergaulan dan sebagainya)
d) Ilmu tentang hati dan rohani
e) Ilmu tentang kewajipan
sebagai seorang muslim
f) Ilmu untuk membaca al-Quran
g) Ilmu tentang adab-adab sebagai
seorang muslim
4. Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman)
a) Membaca al-Quran di rumah
b) Mengerjakan solat-solat sunat di rumah
c) Hidupkan budaya memberi salam
d) Praktikkan adab-adab Islam di dalam rumah.
5. Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, mushalla atau surau
6. Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak
kita
7. Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu
8. Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan
9. Mohonlah sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang sole
10. Sentiasalah memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita
Pesanan Luqman al-Hakim
Pesanan Luqman kepada anaknya dibentangkan dengan panjang lebar oleh
Allah di dalam surah Luqman. Pesanan Luqman ini amat baik jika kita jadikan
pesanan yang diulang-ulang dari masa ke semasa untuk anak-anak kita. Antara
yang dipesankan oleh Luqman kepada anaknya ialah;
“Dan (ingatlah) tatkala Luqman berkata kepada anaknya semasa ia memberi
nasihat kepada anaknya itu; ‘Wahai anak kesayanganku! Janganlah kamu
mensyirikkan Allah (dengan sesuatu yang lain). Sesungguhnya perbuatan syirik
itu merupakan satu kezaliman yang besar”. (Luqman: 13)
“Wahai anak kesayanganku! Dirikanlah solat dan suruhlah berbuat
kebaikan serta laranglah dari kemungkaran, dan bersabarlah atas segala bencana
yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang
perlu diambil berat melakukannya”. (Luqman: 17).
Apa yang kita kemukakan ini hanyalah sebahagian kecil pesanan Luqman
untuk anaknya. Untuk melihat pesanannya secara keseluruhan, sila rujuk surah
Luqman (ayat 13 dan ayat-ayat seterusnya).
Anak heret mak ayah dia skali masuk neraka kalo mcm ni...kdg2 kita tgk salah anak mcm2, tp kita lupa tanya mak ayah dia ttg sesuatu...hasil apakah yg diberi anaknya makan sehingga anaknya jadi spt tu, haram/halal?
ReplyDeletefirman Allah, "darah n daging anak adam yg terjadi dr hasil yg haram makan haramlah dia sekali2 masuk ke syurgaKu".
Maksud, kalo Allah dh kata haram maka pasti perjalanan hidup seseorg tu akan menjurus kpd neraka kelak.... so, ambil iktibar...then last nk cakap...slg mana ngr x buat hukum Hudud maka tanggungla dosa yg maha dasyat besarnya tu oleh org2 yg berkuasa memerintah tp enggan melaksana dgn memberi 1001 alasan yg sama skali xakan diterima oleh Allah n Rasul di masyhat kelak..
sekian
off white hoodie
ReplyDeletegolden goose sneakers
goyard bags
golden goose
air jordan
kd shoes
jordan 12
ggdb outlet
air jordan
steph curry shoes