1.31.2013

Murid 8 tahun Mati Lemas Balik Mengaji


Bachok: Seorang wanita hanya mampu merintih hiba apabila mayat anaknya berusia lapan tahun ditemui dalam tali air di Kampung Mak Limpah di sini, 10 minit selepas dia dan suami tiba dari Pelabuhan Klang, Selangor, semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 petang kelmarin, Mohd Alif Amirul Hafiz Zamara, 8, terjatuh ke dalam tali air berkenaan selepas tergelincir dari jambatan ketika pulang dari kelas mengaji bersama sepupunya, Nik Najwa Nik Azli, 11, dan Nik Azurayanti Nik Azli, 10.

Mayat murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Pak Badol itu ditemui kira-kira 500 meter dari tempat dia jatuh pada jam 3.45 pagi, selepas lebih sembilan jam usaha mencari dan menyelamat dilakukan anggota bomba dan polis dengan bantuan penduduk kampung.

Anak sulung daripada tiga beradik itu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk pengesahan kematian sebelum dituntut ahli keluarganya untuk dikebumikan.
 
Ibunya, Sumaria Mohamad, 30, berkata, dia dan suami, Zamara Said, 37 serta dua lagi anaknya, Mohd Alif Danial, 6, dan Nor Alia Natasya, 4, tiba di tempat kejadian pada jam 3.35 pagi selepas menempuh perjalanan lebih sembilan jam dari Pelabuhan Klang. HMetro

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails