Tabiat yang boleh merosakkan OTAK...
Wak nak cerita pasal tabiat-tabiat yang biasa kita lakukan tapi tak perasan apa kesannya terhadap otak kita. Macam doktor pulak Wak nii.. Semoga info ini berguna kepada kita semua terutama kepada para pengundi PRK di 2 Bukit dan 1 Batang. Maklumlah banyak sangat calon yang bertanding terutama di Bukit Selambau... dah naik poning! Lambangpun tak pernah jumpa ..
1. Tidak mengambil sarapan pagi - Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjdaikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan – ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok – Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.
4. Penggunaan gula yang berlebihan – Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara – Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan mengganggu keaktifan otak.
6. Terlebih tidur – Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur – Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat – Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi - Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurang berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun
10. Jarang berfikir – Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
Oklah semoga kita semua cuba elakkan dari melakukan 10 tabiat kat atas tuu.. Takut belum sampai waktunya, otak kita dah rosak.... Terpaksalah ‘overhall’! Silap hari bulan terpaksa di hantar ke Holpital Bahagia... Itupun kalau hospital tu nak terima.
Bagi semua pengundi di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai... ‘Selamat Mengundi!!’. Kepada para penyokong parti yang bertanding... terimalah keputusan rakyat dengan minda terbuka!
No comments:
Post a Comment