4.06.2009

DEMDAM KESUMAT MAHATHIR BELUM BERAKHIR

Dr Mahathir di Bukit Gantang

Nampaknya demdam kesumat mantan PM, Tun Mahathir terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum berakhir. Wak dah nampak apakah tujuan sebenar si mantan ni kembali semuala ke dalam lubuk UMNO. Adakah benar-benar ikhlas memperjuangkan Bangsa Melayu atau ada 'udang di sebalik batu'.

Rasanya kalaulah kemasukan beliau ke dalam UMNO hanya ingin melepaskan 'geram' kepada DSAI, ia adalah suatu kesilapan yang besar. Jenerasi muda dan golongan intelektual dah muak dengan 'stail' lama yang digunakan oleh Tun Mahathir.

Beliau harus ingat... Sekarang ini dah tahun 2009 , bukan lagi tahun 1998 @ 1999. Wak rasakan tindakan Tun ni akan memakan diri sendiri terutamanya UMNO. Adakah orang-orang UMNO terutama penyokong-penyokong Pak Lah boleh menerima apa yang telah Tun lakukan terhadap Pak Lah...

Tun Dr Mahathir Mohamad, yang kembali kepada Umno kelmarin, turun berkempen secara rasmi dalam pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang.

Ucapan mantan perdana menteri di Batu 2.5 Jalan Simpang selama lebih kurang 40 minit disiarkan secara langsung melalui TV1 mulai kira-kira jam 11 pagi.

Beliau menyeru kepada ahli dan penyokong Umno yang telah meninggalkan parti itu agar kembali bersama parti itu.

Dr Mahathir juga menyatakan keyakinan kepada kepemimpinan Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai perdana menteri baru, sambil menceritakan bagaimana bapa presiden Umno itu pernah menerima borang keahliannya pada awal 1970-an selepas dipecat oleh Tunku Abdul Rahman.

Beliau juga mengecam ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyatakan bekas timbalannya itu cakap berdolak-dalik dan juga tidak sabar ingin merampas kuasanya.

Anwar juga ditempelak berhubung usahanya menumbangkan kerajaan persekutuan pada 16 September lalu. Bekas presiden Umno itu juga meminta rakyat menolak demonstrasi dengan alasan ia tidak membawa sebarang manfaat.

Selain menggesa pengundi menyokong calon BN Ismail Saffian yang berdiri di sebelahnya, Dr Mahathir turut membidas calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.


Nota : Merasa jugak Tun berucap di pentas politik dengan menggunakan tiket UMNO. Rasa dah lama benar kita tidak mendengar suara Tun... Adakah masih bersemangat seperti dulu beb... Kita lihatlah kesan sentuhan si mantan ni pada PRK 7 April nanti.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails