4.11.2009

APAKAH NASIB PPSMI DI BAWAH KABINET BARU

Alahai PPSMI...

Sebaik sahaja Kabinet Baru diumumkan oleh Datuk Sri Najb Tun Razak, maka berbondong-bondonglah pujian dari segenak pelusuk di muka bumi Malaysia ini memberikan pujian setinggi langit biru. Pujian demi pujian dari seluruh kepimpinan BN sehinggalah keperingkat rakyat biasa… peniaga, nelayan, cikgu, penoreh getah, peon, jaga, pekerja kilang, pomen dan macam-macam lagilaaa…

Wak nak fokus tentang TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga juga diamanahkan untuk memagang port polio sebagai Menteri Pelajaran. Walaupun jarang-jarang berlaku, tapi inilah kenyataannya TPM menjaga Menteri Pelajaran. Dengan dibantu oleh rakan senegerinya Dr Mohd Puad Zarkashi sebagai Timbalan Menteri, ahli parlimen Batu Pahat.

Persoalannya… Apakah nasib PPSMI di bawah amanah orang Johor iniii... Dr. Mohd Puad yang baru-baru ini lantang bersuara dalam perbahasan di parlimen baru-baru ini menyanggah tentang perlaksanaan PPSMI. Bolehkah kita mengucapkan selamat tinggal pada PPSMI?

Sama-samalah kita tunggu dan lihat… Semoga mereka yang diamanahkan ini akan mengambil suatu tindakan yang seiring dengan kehandak rakyat. Rakyat yang bersuara keramat di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Suara rakyat suara keramat….

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails