4.07.2009

ISU SURAH AL-A’RAF : DIMANA PERANAN KITA UNTUK BERDAKWAH

Salam dakwah...

Kita lihat di akhbar-akhbar dan media arus perdana memainkan isu ini, maka riuh rendahlah isu ini menjadi gempak satu Negara. Masing-masing menunjukkan bahawa merekalah yang peka agama dengan menjaga kesucian Al-Quran. Serta merta diadakan Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia bagi memutuskan tindakan orang bukan Islam yang membaca ayat-ayat suci al-Quran bagi tujuan kempen politik merupakan cubaan mempersendakan kesucian dan keagungan kitab suci itu.

“Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia hari ini berpandangan, tindakan mana-mana orang bukan Islam membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk tujuan kempen politik adalah cubaan mempersenda kesucian dan keagungan al-Quran,''

NGO-NGO yang 'berpakaian' Islam seperti yang tersohor Majlis Muafakat Ummah (Pewaris), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Ikatan Rakyat Insan Malaysia (Irim) dan Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) juga menggemparkan suasana. Mereka membuat polis bekerja lebih untuk melayani 'report' mereka terhadap Setiusaha DAP Negeri Perak, Saudara Nga Kor Ming.

Kita telah melaungkan selama ini, supaya Al-Quran di jadikan panduan atau rujukan, tetapi bila ada pihak, menggunakan Al-Quran sebagai rujukan, kenapa kita marah....? Samada dia melakukan untuk kepentingan politik atau apa sekalipun, tetapi dia masih lagi menjadikan Al-Quran sebagai panduan dan rujukan. Yang penting sekarang, apakah ayat yang dimaksudkan itu terkeluar dari makna dan maksud yang sebenarnya.... Mengapa kita menggelabah bila ada pihak menjadikan Al-Quran sebagai rujukan dan panduan, sedangkan kita kerap tidak mengambil Al-Quran sebagai rujukan dan panduan harian kita?...

Buat pengetahuan kita semua, dalam bidang disiplin keilmuan, setiap fakta yang hendak kita sampaikan dan hebahkan mestilah mencatatkan rujukannya. Selalunya bahan atau tulisan yang yang menjadi rujukan adalah bahan yang diakui kebenarannya dan diikhtiraf. Oleh itu kalau Al-Quran dijadikan rujukan dalam perbincangan dan tulisan, ini sepatutnya menjadi kebanggaan kita kerana ia merupakan satu pengikhtirafan kepada Al-Quran sebagai satu sumber yang benar. Mengapa pula kita boleh berfikir sebaliknya?

Penggunaan ayat al-Quran oleh Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming Rakyat memberi kesan positif kepada Islam apabila bukan Islam turut berminat dan yakin dengan al-Quran. Malahan tindakan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming menggunakan ayat Al-Quran dari Surah Al-A'raf tidak mempunyai apa-apa kesalahan, demikian ditegaskan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Marilah kita semua umat Islam berfikiran positif dalam isu ini. Andainya ada orang yang bukan Islam ingin menggunakan Al-Quran sebagai rujukan, ini menunjukkan mereka telah terbuka hati untuk mendekati ajaran Islam. Mereka telah terbuka hati untuk mendekati islam. Sepatutnya kita mendekati mereka dan andainya ada kesilapan, kita sebagai golongan yang sememangnya lahir dalam Islam, memberikan panduan dan dorongan. Semoga dakwah kita ini akan membuka ruang untuk hati-hati mereka terus mendekati Islam dan secara tak langsung kita telah melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ‘khalifah’ di atas muka bumi ini.

Namun seandainya tindakan-tindakan ekstrim yang kita lakukan terhadap mungkin kesilapan mereka yang bukan Islam, bagaimana untuk kita melaksanakan dakwah terhadap orang yang bukan Islam. Mereka menjadi takut untuk mempelajari A-Quran dan seterusnya menjauhkan diri dengan Islam itu sendiri.

Andainya seseorang individu bukan Islam tak kiralah dari parti mana sekalipun menggunakan ayat Al-Quran sebagai rujukan dan mereka membuat kesilapan atau ia dianggap satu kesalahan, seharusnya pihak yang bertanggungjawab seperti orang-orang di jabatan agama atau para mufti yang diamanahkan menjaga agama mendekati mereka ini untuk diberikan nasihat dan tunjuk ajar. Bukan dengan mencerca mereka dengan mengatakan mereka ini menghina agama Islam… mempebodohkan orang Islam. Terus ambil tindakan ‘report’ kat balai-balai polis… Dengan tujuan mereka ini diambil tindakan dan merengkok dalam lokap dan disoal jawab.

Sudah tentunya mereka ini jahil agama.. Apa salahnya panggil individu ini. Andainya salah nyatakan kesalahannya… Andai tak betul… nyatakan mana yang betul… Andainya tidak boleh digunakan untuk kepentingan politik atau digunakan dipentas politik… nasihati mereka… Bukankah ini salah satu cabang dakwah kita terhadap mereka yang bukan Islam. Mudah-mudahan dengan cara ini, pintu hati mereka akan terbuka untuk mengucap dua kalimah syahadah… Inilah salah satu tugas kita sebagai seorang khalifah di atas muka bumi Allah ini…

Persoalan yang perlu setiap umat Islam jawab…. Apakah peranan kita dalam berdakwah dan melaksanakan salah satu tugas seorang khalifah??? Tepuklah dada tanyakan iman….. Semoga kita semua sentiasa diberikan petunjuk dan hidayah..Amin!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails