Satu peristiwa yang malang menjatuhkan maruah orang Melayu...
Sudah hilang kewarasankah yang kebanyakkannya orang Melayu dalam insiden rusuhan selepas perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara pasukan Kelantan dengan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu. Segelintir penyokong-penyokong pasukan bola sepak Kelantan telah bertindak di luar batasan manusia yang berfikiran waras, sautu tindakan yang boleh dikatakan tidak bertamadun dalam abad ini. Bak kata orang lama : ‘Dek kerana setitik nila, rosak susu sebelanga…’
Semua orang Melayu terutama yang terlibat dalam insiden ini perlu muhasabah diri. Oleh kerana sebiji bola, maruah bangsa, agama dan negeri tergadai…. Lebih menyedihkan habis rosak harta benda … harta awam… dan sebagainya… Rasa malu dengan bangsa lain… Merekapun geleng kepala tengok perangai orang Melayu…
Perkara yang lebih menyedihkan, seorang pelajar buta sebelah mata selepas terkena serpihan objek daripada gas pemedih mata ketika rusuhan berlaku. Mata kanan Muhammad Huzaifah, pelajar jurusan Penyejukbekuan dan Penyaman Udara, Institut Latihan Perindustrian Pengkalan Chepa, di sini, gagal dipulihkan walaupun menjalani pembedahan lebih empat jam di Hospital Raja Perempuan Zainab II, sejurus selepas kejadian.
Bertambah sayu … Pelajar ini sebenarnya tidak terlibat dalam rusuhan tersebut. Ketika menceritakan detik kejadian, Muhammad Huzaifah berkata, kejadian itu berlaku ketika beliau sedang membantu sepupunya mengemas barang di gerai yang terletak 100 meter dari stadium, dan bersiap untuk pulang. Beliau adalah mangsa keadaan… Siapa yang hendak dipersalahkan?
Dalam entri ini Wak tidak mahu membicarakan tentang bagaimana serpihan objek daripada gas pemedih mata boleh terkena mata pelajar ini…. Namun yang perlu kita sama renongkan implikasi kepada pelajar tersebut yang telah kehilangan sebelah mata dan mungkin seumur hidupnya. Bagaimana perasaan ibu yang melahirkan seorang anak yang sihat dan cukup sifat. Dan sekarang ini melihat anak yang terpaksa menanggung kesengsaraan dan cacat sebelah mata hinggalah keakhir hayat.
Memang mudah kita bercakap…. Itu semua takdir! Tapi ia berlaku bukan atas kesalahan atau kesilapannya… Tetapi atas tindakan segelintir manusia yang cetek akal… ikut hawa nafsu… bebal…
Cuba kita letakkan diri kita pada tempat pelajar ini…. Atau meletakkan perasaan di tempat ibu dan bapa pelajar ini… Apakah dengan mudah kita boleh menerima dan sekadar mendengar suara-suara ‘Sabar yaa… ini semua sudah suratan takdir!’. Bersamalah kita mengambil iktibar dari peristiwa yang memalukan ini. ‘Menang sorak kampong tergadai… Tapi ini kali ‘Kalah main negeri tergadai’.
"SAYA sangat dukacita dan malu dengan rakyat Kelantan,"
Begitulah keluhan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai kejadian rusuhan selepas perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara pasukan Kelantan dengan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam kelmarin.
Nota : Wak minat main badminton... Kadang2 bawak anak-anak main sama. Setakat ni dah hampir 30 tahun Wak menceburi sukan badminton, tak pernah lagi ada rusuhan peminat2 badminton... Lagi satu biasanya kita main badminton ni kat dalam dewan... 'redup' sikit. Sesiapa yang berminat nak buat friendly dengan team Wak bolehlah contek Wak ok...
No comments:
Post a Comment