4.09.2009

APA NASIB SI KHAIRY TANPA PAK LAH

Khairy tercicir, Mukhriz masuk kabinet

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan senarai 28 orang menteri dan 40 timbalan menteri dalam anggota kabinet barunya petang ini.

Kecuali ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, dua lagi ketua sayap utama dalam parti dilantik menganggotai barisan kabinet baru.

Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dilantik sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Manakala ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Rasyid Syirin dilantik sebagai timbalan menteri kesihatan.

Bagaimanapun, naib ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim dilantik sebagai timbalan belia dan sukan.

Seperti yang diramalkan, ahli parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir sebagai timbalan menteri timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri (MITI).

Manakala antara menteri yang digugurkan ialah Datuk Seri Syed Hamid Albar, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Datuk Mohd Zin, Datuk Amirsyam Aziz dan Datuk Azalina Othman Said dan Datuk Ong Ka Chuan dan Datuk Zulhasnan Rafique. Turut digugurkan ialah timbalan menteri, Datuk Noraini Ahmad.

Manakala mereka yang dibawa masuk semula menganggotai kabinet kali ini ialah Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Puad Zarkashi (timbalan menteri pelajaran).

Barisan kabinet yang diumumkan oleh Najib hari ini juga menyaksikan jumlah kementerian berkurangan daripada 27 kepada 25 - ekoran penggabungan dua kementerian sebelum ini.

Kementerian kebudayaan, kesenian dan warisan dan kementerian tenaga, air dan komunikasi telah digabung dengan kementerian lain - kini dikenali sebagai kementerian penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan dan kementerian tenaga, teknologi hijau dan air.

Manakala jumlah menteri turut berkurangan daripada 32 kepada 28 orang. Bagaimanapun jumlah timbalan menteri bertambah daripada 38 kepada 40 orang.

Nota : Wak tertanya2..... Mengapa nama KJ boleh tercicir? (walaupun sebenarnya telah diduga). Apakah kemenangan KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baru masih tidak diiktiraf oleh Mahathir.. op terilap oleh Najib. Soryla salah taip. Wak ingat macam Mahathir yang jadi PM. Mee laksa mee kari.. Lu pikir laa sendiri....!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails