4.11.2009

Mydin di MITC Melaka

Jalan-jalan kita shoping...

Pasar raya borong terbesar, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) secara rasminya telah mula beroperasi pada 10 April 2009 (Jumaat) di kawasan pusat perniagaan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Wak nak cerita pasal Mydin pada entri kali ini. Kalau sesiapa datang Melaka .. boleh lihat perkembangan industry pelancongan terutamanya pusat membeli belah. Macam-macam ada!! Jusco yang terbesar sedang dibina.. Mydin MITC ni dengar ceritanya yang terbesar kat Malaysia. Nak shoping kat Giantpun ada… Tesco memang ramai pengunjungnya… Komplek menjual kain macam kat Tangkak pun dengar ceritanya akan ada kat Melaka…

Dulu bila Wak cerita pasal shoping kat Mydin… teman2 kata tak best laa… Food court tak dee.. sempit… tak macam Tesco dan Jusco. Sekarang ni bila Mydin dah bukak kat MITC, semuanya ada. Apa lagi alasan teman2 semua….

Bukan apa bro… Shoping kat Mydin ni sekurang2nya pemilik dia tuuu orang Islam.. (Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin). Kalau pendapatannya tinggi maka kalau dia keluarkan zakat perniagaanpun tinggi. Mydin MITC mensasarkan jualan sebanyak RM17 juta sebulan).

Aliran duit kita untuk shoping tuu adalah jugak manfaatnya untuk saudara2 kita… Bandingkan Jusc0 dan Tesco… Mereka Cuma bayar cukai kat kerajaan. Zakat dengan cukai jauh berbeza beb… Nii bukan kempen perkauman atau melibatkan agama tapi kita sebagai umat Islam perlu memikirkan perkara ini. Sebab setiap pendapatan kita di atas muka bumi ini akan ditanya oleh Allah kemana kita salurkan… Lagi satu yang Wak rasa tak de kat tempat lain, pagi2 bila masuk Mydin kat Melaka (sebelah Melaka Central), diaorang tak bukak lagu tapi alunan suara mengaji… sejuk kita dengar…

Wak menyeru kepada teman-teman yang duduk kat Melaka terutamanya… sempena pembukaan Mydin kat MITC Melaka nii… kita tukar tempat membeli belah… Niat tu biar betul. InsyaAllah sama2 kita beroleh keberkatan.

1 comment:

  1. insyallah wak, saya org melaka dan setiap minggu saya shopping barang dapur di mydin. saya sahut pesanan wak tu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails