4.02.2009

MALAYSIAKINI : Gadis seksi pancing undi BN

Macam tak percaya.... Betul ke??? Berita di ambil dari Malaysiakini..

BN memancing sokongan pengundi Cina di parlimen Bukit Gantang dengan konsert gadis manis berimej seksi yang berlangsung di majlis makan malam yang dihadiri menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan calon BN, Ismail Saffian.

Tiga artis Cina menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu menteri agama itu sedang sidang media di depan pentas tersebut, selepas selesai majlis ceramah.

Majlis ceramah dan makan malam perpaduan itu dihadiri oleh kira-kira 1,500 di Kampung Baru Kuala Sepetang, sebuah perkampung nelayan di DUN Kuala Sepetang bawah kawasan parlimen itu.

Tiga gadis tersebut berseluar pendek hitam dan singlet biru.

Dalam ucapannya, timbalan pengerusi Umno Perak mendakwa sokongan masyarakat Cina terhadap BN dalam pilihanraya kecil semakin bertambah.

Ditanya keberkesanan pendekatan nyanyian dan tarian yang digunakan BN bagi menarik pengundi Cina, Ahmad Zahid berkata, ia "harus dihormati kerana sebahagian daripada budaya Cina."


Masa rehat ni tadi Wak buka Malaysiakini... Selepas Wak baca berita 'Gadis seksi pancing undi BN' , ada seribu satu pertanyaan berlegar kat kepala Wak ... Wak menulis ni bukan dari kaca mata politik, tapi dari kaca mata seorang rakyat biasa yang kebetulan bekerja dengan kerajaan yang memerintah...

Betul ke berita nii... Wak terbayang-bayang ucapan yang sungguh bersemangat Naib Presiden UMNO ni dalam mempertahankan Agama Islam dalam ucapan penggulungan sebagai Naib Presiden UMNO yang baru. Tapi.... 'kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari'.. Betul ke peribahasa yang Wak gunakan nii... macam sumbang jeee...

Apapun sama-samalah kita fikirkan... Kalau betul ini cara yang digunakan bagi menarik pengundi Cina, sepatutnya bukan Menteri ini yang berada pada majlis itu. Carilah orang lain bro... Baru nampak macam tak ada apa-apa yang pelik lagi mengherankan.

Wak malas nak mengulas panjang2, nanti ada orang kata Wak ni dah jadi penulis blog pembakang. Perkara yang betul kita kata betul... Tapi kalau perkara tu nampak pelik, tak kan kita nak kata ... "takpelah... bukan selalu! Time musim kempen pilhanraya jee... Dah habis kempen besok, buat la majlis yang berkaitan agama Islam pulak... Kan sekarang ni musim masjid2 dan surau2 buat majlis Maulidur Rasul".

Nota : Masjid kat tempat Wak tinggal akan mengadakan majlis Maulidurrasul pada malam 4 April nii... Kalau jemput menteri nipun cantik jugak... Kalau dia sibuk hantar jelah SU dia kee... kira oklah tuuu

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails