1.31.2013

PRU 13 : 'Kompom' Guna Dakwat Kekal

Putrajaya: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah menempah dakwat kekal yang akan digunakan buat kali pertama dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang dijangka mengambil masa antara dua hingga tiga bulan untuk tiba berikutan tarikh pilihan raya yang disifatkan sangat dekat.

Enggan mendedahkan tarikh tempahan berkenaan, Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, syarikat pengeluar memerlukan masa dua bulan untuk menghasilkan dakwat itu sebelum dibawa ke Malaysia.

“Kami sudah membuat tempahan, pada masa sama kami juga memerlukan masa untuk membawa dakwat itu ke Malaysia dan dari pengiraan kami ia akan mengambil masa antara dua hingga tiga bulan untuk sampai ke sini.

“Tetapi kami tidak boleh menyimpan dakwat itu dalam tempoh lama kerana ia hanya tahan paling lama enam bulan saja, apabila sampai di sini kena segera diagihkan ke ibu pejabat, negeri seterusnya pegawai pengurus setiap wilayah,” katanya pada sidang media selepas melancarkan portal PRU-13 Online, di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar dan Pengerusi Jawatankuasa Portal PRU13, Datuk Dr P Manogran.

Ditanya mengenai pengundi yang enggan mencalitkan dakwat kekal itu, Abdul Aziz berkata, mereka perlu mengisi Borang 10 yang akan ditandatangani ketua tempat mengundi sebagai bukti enggan berbuat demikian, sekali gus mengelakkan perkara berbangkit.

Bagaimanapun, katanya, kertas undi tidak akan diberikan kepada pengundi terbabit.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, Kementerian Kewangan sudah meluluskan peruntukan sebanyak RM400 juta untuk melicinkan perjalanan PRU-13 berbanding RM250 juta pada pilihan raya 2008.

“Banyak faktor yang menyebabkan kos meningkat seperti nilai wang yang semakin tinggi, peningkatan jumlah pengundi sehingga 13.3 juta, petugas yang ramai serta pasukan penguatkuasa kempen serta kos penyewaan kenderaan untuk digunakan sepanjang pilihan raya,” katanya.

Murid 8 tahun Mati Lemas Balik Mengaji


Bachok: Seorang wanita hanya mampu merintih hiba apabila mayat anaknya berusia lapan tahun ditemui dalam tali air di Kampung Mak Limpah di sini, 10 minit selepas dia dan suami tiba dari Pelabuhan Klang, Selangor, semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 petang kelmarin, Mohd Alif Amirul Hafiz Zamara, 8, terjatuh ke dalam tali air berkenaan selepas tergelincir dari jambatan ketika pulang dari kelas mengaji bersama sepupunya, Nik Najwa Nik Azli, 11, dan Nik Azurayanti Nik Azli, 10.

Mayat murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Pak Badol itu ditemui kira-kira 500 meter dari tempat dia jatuh pada jam 3.45 pagi, selepas lebih sembilan jam usaha mencari dan menyelamat dilakukan anggota bomba dan polis dengan bantuan penduduk kampung.

Anak sulung daripada tiga beradik itu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk pengesahan kematian sebelum dituntut ahli keluarganya untuk dikebumikan.
 
Ibunya, Sumaria Mohamad, 30, berkata, dia dan suami, Zamara Said, 37 serta dua lagi anaknya, Mohd Alif Danial, 6, dan Nor Alia Natasya, 4, tiba di tempat kejadian pada jam 3.35 pagi selepas menempuh perjalanan lebih sembilan jam dari Pelabuhan Klang. HMetro

1.30.2013

Gadis 15 Tahun Melakukan Hubungan Seks Dengan 6 Lelaki Bergilir-gilir

Remaja 15 tahun rela 'diratah', bapa dakwa anaknya dirogol....


IPOH - Seorang gadis berusia 15 tahun dipercayai merelakan tubuhnya diratah oleh sekumpulan enam lelaki di Taman Pancaran Siputih, Pusing dekat sini, antara kelmarin dan semalam. 

Pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Simpang Pulai di sini, mendakwa melakukan hubungan seks bergilir-gilir dengan enam lelaki antara jam 11 malam Isnin lalu sehingga 3.30 petang keesokkannya sebelum dihantar pulang ke rumahnya. 


Malah, gadis terbabit turut mengakui dia melakukan hubungan seks secara rela dan tiada unsur paksaan daripada lelaki terbabit. 

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, pihaknya ada menerima laporan yang dibuat bapa mangsa di Balai Polis Pusing berhubung insiden tersebut.- Sinar


Sekadar renungan.... 


Seterusnya di bawah ini dibentangkan perkara-perkara yang mesti kita lakukan untuk melahirkan anak-anak yang soleh;

1.Didiklah anak-anak kita mengenali Allah
2.Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain
3.Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita merangkumi;
a) Ilmu aqidah
b) Ilmu Ibadah
c) Ilmu halal dan haram (dalam makanan, percakapan, tindakan, pergaulan dan sebagainya)
d) Ilmu tentang hati dan rohani
e) Ilmu tentang kewajipan sebagai seorang muslim
f) Ilmu untuk membaca al-Quran
g) Ilmu tentang adab-adab sebagai seorang muslim
4. Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman)
a) Membaca al-Quran di rumah
b) Mengerjakan solat-solat sunat di rumah
c) Hidupkan budaya memberi salam
d) Praktikkan adab-adab Islam di dalam rumah.
5. Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, mushalla atau surau
6. Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita
7. Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu
8. Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan
9. Mohonlah sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang sole
10. Sentiasalah memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita

Pesanan Luqman al-Hakim

Pesanan Luqman kepada anaknya dibentangkan dengan panjang lebar oleh Allah di dalam surah Luqman. Pesanan Luqman ini amat baik jika kita jadikan pesanan yang diulang-ulang dari masa ke semasa untuk anak-anak kita. Antara yang dipesankan oleh Luqman kepada anaknya ialah;

“Dan (ingatlah) tatkala Luqman berkata kepada anaknya semasa ia memberi nasihat kepada anaknya itu; ‘Wahai anak kesayanganku! Janganlah kamu mensyirikkan Allah (dengan sesuatu yang lain). Sesungguhnya perbuatan syirik itu merupakan satu kezaliman yang besar”. (Luqman: 13)

“Wahai anak kesayanganku! Dirikanlah solat dan suruhlah berbuat kebaikan serta laranglah dari kemungkaran, dan bersabarlah atas segala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang perlu diambil berat melakukannya”. (Luqman: 17).

Apa yang kita kemukakan ini hanyalah sebahagian kecil pesanan Luqman untuk anaknya. Untuk melihat pesanannya secara keseluruhan, sila rujuk surah Luqman (ayat 13 dan ayat-ayat seterusnya).

Menyayat Hati : 10 gajah Mati Diracun


Kota Kinabalu: Menyayat hati apabila seekor anak gajah berusia tiga bulan yang masih menyusu dilihat mengusap kepala ibunya yang mati selepas dipercayai terminum racun bersama sembilan gajah lain yang bergelimpangan di Hutan Simpan Gunung Raya, kira-kira 130 kilometer dari Tawau.

Anak gajah yang diberi nama Kejora itu seperti kelaparan dan terselamat, tetapi masih dipantau berikutan turut terkena tempias racun berkenaan akibat meminum susu daripada ibunya.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah Datuk Laurentius Ambu berkata, kejadian disedari pihaknya pada 29 Disember tahun lalu apabila menerima laporan kematian seekor gajah jantan di tempat kejadian.

“Namun, bilangannya meningkat dan sehingga 25 Januari lalu, 10 gajah jenis Pygmy Borneo ditemui mati disyaki diracun menggunakan racun tikus oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Sepanjang dua minggu ini, tujuh daripadanya betina manakala selebihnya gajah jantan berusia empat hingga 20 tahun,” katanya pada sidang media di Wisma Majlis Agama Islam Sabah (MUIS), di sini, semalam.

Kemalangan Ngeri : Kepala Hampir Putus



Gelang Patah: “Kepala mangsa hampir putus selepas tersangkut pada wayar elektrik dan darah memancut tanpa henti,” kata V Nagen, 31, saksi kemalangan ngeri meragut nyawa seorang penunggang motosikal di Kilometer 22, Jalan Gelang Patah-Pendas, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.10 pagi itu, mangsa, M Ganesan, 24, menunggang motosikal Yamaha LC 135 yang dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja di Singapura, maut di lokasi apabila urat lehernya terputus selepas kepalanya tersangkut pada wayar elektrik yang merentangi jalan berkenaan.

Pembonceng motosikal yang juga rakan mangsa, L Subramaniam, 25, cedera ringan dan dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Nagen berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Singapura ke rumahnya di Skudai.

“Saya menggunakan laluan itu untuk pulang dan terkejut melihat kejadian yang berlaku di depan mata. HMetro

1.28.2013

Gadis Dibogelkan Sebelum Gambarnya Dirakam

Gambar hiasan

Kuching: Seorang gadis bukan saja dibelasah dengan batang besi, malah gambar separuh bogelnya dirakam pemilik sebuah rumah sewa apabila dituduh mencuri dalam satu kejadian di Bandar Baru Batu Kawa di sini, semalam.

Perbuatan melampau lelaki berusia lingkungan 30-an itu dikatakan sebagai hukuman dan pengajaran kepada mangsa yang dituduh mencuri barangan dalam rumah sewa berkenaan.

Mangsa yang berusia 21 tahun dan berasal dari Sibu itu dimalukan lelaki terbabit di depan beberapa lelaki lain termasuk rakan lelaki mangsa sendiri apabila pakaiannya dilucutkan secara paksa sehingga separuh bogel sebelum gambarnya dirakam.

Menurut sumber, mangsa dikatakan tiba di bandar raya ini dua minggu lalu untuk mencari pekerjaan sebelum bertemu rakan lelakinya yang berusia 20-an di Malihah.

“Mangsa kemudian ditawarkan pekerjaan di sebuah kedai kopi dekat MJC Batu Kawah dan memutuskan untuk tinggal berhampiran tempat kerjanya dengan menyewa sebuah rumah sewa.

“Pemilik meminta gadis terbabit membersihkan rumah terlebih dulu sebelum masuk. “Namun, tidak berapa lama kemudian, lelaki itu berang apabila mendapati beberapa barang dalam rumah itu hilang lalu memanggil mangsa. -HMetro


Iklan Penaja
 

Pelesit Merempit Depan IPD Kuantan


KUANTAN - Tindakan biadab sekumpulan pelesit rempit yang menunggang sambil melakukan aksi berbahaya di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini memakan diri apabila sembilan daripadanya diberkas semalam. 

Pelesit rempit berusia antara 15 hingga 17 tahun tersebut diberkas dalam operasi selama empat jam bermula pukul 1 pagi oleh sepasukan polis dari Unit Khas Ketua Trafik Bukit Aman. 

Difahamkan, golongan itu sengaja merempit di depan IPD berkenaan seolah-olah hendak mencabar pasukan keselamatan tersebut. 

Antara yang diberkas ialah sepasang remaja yang baru beberapa jam berkenalan dan seorang remaja berusia 15 tahun. Selain memandu laju, mereka juga melakukan aksi mengangkat tayar depan atau wheelie.- Kosmo

4 Artis Ditahan Berpesta Dadah

 IRWANSYAH dan Zaskia ketika hari perkahwinan mereka pada 15 Januari 2011
JAKARTA - Artis popular Indonesia Irwansyah dan isterinya Zaskia Sungkar serta Raffi Ahmad dan Wanda Hamidah adalah empat artis yang ditahan bersama 13 lagi ketika sedang berpesta dadah di rumah Raffi di Lebak Bulus, Jakarta Selatan, pagi Ahad. 

Mereka ditangkap sepasukan anggota Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia yang menyerbu rumah Raffi pada waktu Subuh setelah mendapat maklumat orang ramai. Penahanan artis terbabit serta suspek lain itu diumum Ketua BNN Anang Iskandar pada sidang media di sini petang ini. 

Pasukan BNN turut merampas sejumlah dadah yang dipercayai jenis ganja dan pil khayal di tempat kejadian. Raffi yang juga bekas kekasih penyanyi Yuni Shara iaitu kakak kepada penyanyi Krisdayanti, sebelum ini dilapor telah mendaftar nama untuk menjadi calon Parti Amanat Nasional, pada pilihan raya umum Parlimen 2014 nanti. 

Media tempatan memetik Timbalan Ketua Umum PAN Dradjad Wibowo pada Ahad, sebagai berkata parti itu tidak teragak-agak untuk menggugurkan nama Raffi daripada senarai bakal calon PAN jika beliau disahkan terlibat dengan dadah. - Bernama

1.25.2013

Hubungan Kelamin : 'CAP MOHOR' Akan Terbentuk Pada Wanita

Hasil kajian yang luar biasa itu, Guilhem akhirnya meyakini hanya Islam bukan hanya semata-mata kepercayaan tetapi adalah satu sistem kehidupan yang mampu menjamin martabat manusia, termasuk wanita untuk sentiasa menjaga maruah mereka dalam kehidupan sosial. Dia akhirnya melafazkan syahadah dengan sepenuh-penuh keyakinan....


Saya percaya ramai yang akan menganggap saya mengarut jika mengatakan bahawa seseorang lelaki yang melakukan hubungan intim dengan wanita - sama ada isterinya ataupun bukan - akan meninggalkan capnya yang tersendiri pada wanita itu. 

Dalam istilah orang kita, tanda itu mungkin mudah disebut sebagai 'cap mohor'. Dan jika seseorang wanita itu pula terlibat dalam hubungan dengan lelaki yang berbilang-bilang - lebih daripada seorang ataupun curang - dia akan mempunyai banyak cap yang mewakili ramai lelaki pada tubuhnya. 

Sila fahami bahawa hubungan yang saya maksudkan bukan sekadar hubungan mesra, pergi tonton wayang bersama-sama, bersiar-siar di Taman Tasik Titiwangsa atau Tasik Perdana ataupun menari dan menyanyi sambil berguling-guling seperti dalam filem Hindustan. 

Ia sebaliknya melibatkan hubungan intim yang sampai ke tahap sesi bertukar-tukar 'cenderamata' di dalam bilik dan di atas katil! Rupa-rupanya hubungan yang seperti itu meninggalkan kesan atau tanda khusus - yang dalam tulisan ini saya sebut sebagai 'cap' - oleh seseorang lelaki terhadap pasangannya. 

Ya, saya percaya pada peringkat ini, anda masih menganggap saya mengarut malah mungkin lebih mengarut saya dalam tanggapan anda daripada saat anda membaca intro tadi. Tetapi bagaimana jika saya katakan bahawa cap atau tanda itu boleh dikesan melalui kaedah saintifik? 

Ceritanya begini.......

Robert Guilhem adalah seorang pakar genetik dan tokoh Yahudi di Albert Einstein College of Medicine, New York, Amerika Syarikat. Sebagai seorang ahli akademik dalam bidang perubatan, Guilhem tertanya-tanya mengapa Islam mensyariat bahawa setiap wanita yang diceraikan perlu menunggu sehingga habis iddah atau tiga kali suci daripada haid atau selama tiga bulan untuk membolehkan dia berkahwin semula. 

Sindekit Penjualan Bayi Tempatan Terbongkar


Georgetown: Semakin comel seseorang bayi itu, semakin tinggi nilainya hingga boleh mencecah RM30,000.

Itulah harga ditawarkan satu sindiket penjualan bayi yang didalangi seorang wanita warga tempatan sejak tiga tahun lalu.

Malah, wanita berusia 50-an itu dikesan turut bersekongkol dengan seorang doktor klinik swasta dan seorang kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi membolehkan kerja jahat mereka berjalan lancar seterusnya mendapat keuntungan lumayan dengan cara mudah.

Bagaimanapun, perbuatan itu terbongkar apabila satu pasukan khas Unit Anti Pemerdagangan Orang (ATIP), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, melumpuhkan kegiatan mereka selepas menahan 33 individu termasuk dalang terbabit di negeri ini, Kedah dan Perak.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya membongkar kes berkenaan selepas menerima laporan berhubung seorang wanita warga asing yang menjual bayi berusia 40 hari dengan harga RM4,300 awal Disember lalu. HMetro

PANAS BERAPI : PR Dakwa BN Seleweng Tanah lagi


SHAH ALAM - Umno diminta beri penjelasan terhadap dakwaan penyelewengan pemilikan tanah seluas lebih kurang 2.86hektar di atas Lot 18908, Seksyen 25, Taman Sri Muda di Bukit Kemuning di sini, yang berlaku ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum ini. 

Tanah yang diluluskan bagi tujuan kompleks sukan dan rekreasi atau pusat komuniti pada 2007 itu kini berdiri megah lima blok pangsapuri, tujuh hingga 14 tingkat bersama 11 unit kedai yang sudah 60 peratus siap untuk Fasa 1. 

Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, tanah tersebut pada asalnya milik dua syarikat swasta yang telah dilucut menjadi tanak kerajaan pada 13 Mei 1999 kerana gagal menjelaskan tunggakan cukai bernilai RM152,406.50. 

Menurutnya, Pejabat Tanah pada 2005 telah menerima 12 permohonan, satu daripadanya adalah BN Kota Raja dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) manakala bakinya adalah daripada pihak swasta. 

“BN Kota Raja dan MBSA mendapat kelulusan pemilikan tanah seluas 2.86 hektar itu pada 2007 di mana ia dibahagi kepada tujuh bahagian semasa pemerintahan bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo. “Pemilikan asal menunjukkan empat per tujuh daripadanya milik MBSA manakala selebihnya milik BN Kota Raja namun selepas kelulusan pemilikan itu menjadi sebaliknya dan MBSA hanya memiliki tiga per tujuh daripada tanah itu. 

“Namun yang menjadi kemusykilan, tujuan asal MBSA ke atas tanah berkenaan adalah bagi membina pusat komuniti bertukar menjadi kawasan penempatan yang sudah semestinya berorientasikan keuntungan dan jumlah premium yang dibayar ketika itu hanya RM1,000 nominal bagi satu lot,” katanya kepada media berhubung Skandal Sapu Tanah 1 Malaysia (SAT1M) berhampiran lokasi tanah berkenaan bersama Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, semalam. 

Sementara itu, Shuhaimi berkata, MBSA seolah-olah dipergunakan pihak tertentu sebagai batu loncatan untuk memiliki keseluruhan tanah berkenaan dan ia terbukti apabila keluasan tiga per tujuh milik pihak berkuasa tempatan (PBT) itu hanya dibina sebuah dewan yang luasnya dipercayai tidak melebihi 0.16 hektar. 

Merujuk kepada perkara itu katanya, kerajaan negeri dalam mesyuarat Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) mencapai keputusan mengesyorkan pemaju memberi sagu hati sebanyak RM500,000 kepada MBSA. Katanya, nilai tanah berkenaan sekitar RM600,000 bagi 0.16 hektar ketika kelulusan pemilikan pada 2007 dan harga terkini hampir RM10 juta untuk keseluruhan. 

Difahamkan, cadangan pembangunan di atas tanah berkenaan secara usaha sama MBSA dengan sebuah syarikat swasta dan MBSA menerima sebuah dewan komuniti serba guna bernilai RM1.5 juta dan tunai RM500,000. Sementara itu, Mohamad Khir ketika dihubungi enggan mengulas dakwaan tersebut. "Itu perkara lama, saya sudah tidak ingat dan tidak mahu ulas apa-apa," katanya. - Sinar

Katak Gergasi


Sungai Siput: Orang ramai sekitar daerah ini gempar apabila seorang ahli perniagaan mempamerkan dua ekor katak gergasi seberat hampir 2 kilogram (kg) setiap seekor yang didakwa ditangkap sekitar kawasan hutan di Gerik, Perak. 

Katak besar dipercayai spesis Lithobates Catesbeianus yang didakwa terbesar dan terberat di Malaysia setakat ini, memeranjatkan orang ramai berikutan turut mempunyai saiz panjang melebihi 40 sentimeter .

Katak berwarna hijau itu ditawarkan kepada orang ramai yang berminat untuk membelinya pada harga RM130 sekilogram.

Ahli perniagaan berkenaan, Low Yin See, 45, berkata, dia memperoleh dua ekor katak gergasi itu daripada lelaki Orang Asli yang berjaya menangkapnya berhampiran sebuah sungai di Gerik minggu lalu.

Menurutnya, katak berkenaan adalah spesis katak paling besar yang pernah ditemuinya sejak menjadi peniaga haiwan eksotik di Pasar Jalong, di sini, lebih 10 tahun lalu.

“Biasanya saiz katak yang dibekalkan kepada saya hanyalah sekitar 100 gram hingga 200 gram seekor. Namun, katak gergasi ini mencecah berat hampir 1.8 kg. - HMetro

1.24.2013

Kemalangan Ngeri : Tiga Beranak Berkecai Dihempap Tiang Konkrit



MUAR – Isteri dan dua anak kepada seorang Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bakri terbunuh dalam satu kemalangan ngeri di Batu 14, Jalan Muar-Ayer Hitam berhampiran Bukit Naning dekat sini semalam. 

Dalam kejadian pada pukul 1.30 petang itu, mangsa Ngaisah Redzuan, 46, yang merupakan seorang guru dan dua anaknya, Mohd. Nurullah Al-Azim Ghazali, 12, dan Puteri Balqis Sofea Ghazali, 10, meninggal dunia di tempat kejadian. 

Tubuh tiga beranak itu berkecai apabila kereta Proton Persona yang dipandu Ngaisah dihempap tiang dan bahan binaan konkrit setelah sebuah lori seberat 10 tan yang sarat membawa muatan tersebut hilang kawalan lalu terbalik. 

Lori berkenaan yang datang dari arah Ayer Hitam menghala ke Muar pada mulanya cuba memintas kereta mangsa yang ketika itu sedang membelok ke kiri untuk masuk ke kawasan rumahnya. Malangnya, lori terbabit tiba-tiba hilang kawalan lalu terbalik menyebabkan keseluruhan muatan konkrit berkenaan bertaburan dan menghempap kereta mangsa. 

Lebih memilukan kejadian tersebut berlaku di hadapan rumah mangsa ketika mereka dalam perjalanan pulang dari Sekolah Kebangsaan Bukit Naning yang merupakan tempat Ngaisah mengajar. Dua anaknya juga bersekolah di situ. - Kosmo

1.23.2013

GRO 'Lelong Tubuh' Untuk Dilanggan


Kuala Lumpur: Seorang wanita dipercayai pelayan pelanggan (GRO) yang sedang beraksi ghairah di atas pentas terkedu apabila pusat hiburan di Bandar Manjalara, Kepong, diserbu polis, semalam.

Difahamkan, wanita berkenaan bukan saja memberi hiburan kepada pelanggan yang datang, tetapi sedang berusaha ‘mempromosikan’ dirinya agar dipilih dibawa pulang dengan bayaran serendah RM300.

Serbuan dilakukan sepasukan polis Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) kira-kira jam 12 malam itu menahan 13 wanita warga Vietnam berusia antara 21 dan 27 tahun.

Pegawai Turus D7 IPKKL Deputi Superintendan Azman Mohd Isa berkata, selain wanita berkenaan, tiga lelaki warga Myanmar yang memiliki kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) ditahan kerana bekerja sebagai pelayan.

“Risikan yang dilakukan seminggu lalu tidak menolak pusat hiburan ini ada menjalankan kegiatan pelacuran berdasarkan pergerakan keluar dan masuk wanita warga asing bersama pelanggan.

“Ketika serbuan, ada seorang wanita yang sedang asyik menari ghairah di atas pentas, selain terdapat lebih 50 pelanggan di dalam pusat hiburan ini,” katanya.
Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati pusat hiburan yang baru sebulan beroperasi ini tidak memiliki lesen perniagaan yang sah. - HMetro

Hilang Ingatan Akibat Didera Bapa Tiri


Kuala Lumpur: Seluruh kepala serta badan dipenuhi parut dan dia turut hilang ingatan. Itu kesengsaraan dialami seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun akibat didera bapa tirinya sejak lebih tujuh tahun lalu.

Berdasarkan kesan kecederaan pada tubuhnya, kanak-kanak etnik Rohingya dikenali sebagai Shafiq itu dipercayai didera dengan dicucuh api puntung rokok, ditekap pisau panas, dipukul dengan kayu, wayar, tali pinggang, selain disepak terajang tanpa belas kasihan.



Akibat penderaan berterusan untuk tempoh panjang itu, Shafiq kini hilang ingatan dan menjalani rawatan hospital sebelum ditempatkan di sebuah rumah anak yatim di Selayang, dekat sini.

Dia diserahkan ke rumah anak yatim itu oleh wakil Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang berpejabat di Kuala Lumpur, semalam.

Menerusi maklumat diberikan kepada jurubahasa, Nasaruddin Shamsuddin, 13, kerana Shafiq tidak fasih berbahasa Melayu, kanak-kanak itu hanya mengingati beberapa fakta secara umum disebabkan ingatannya terjejas berikutan trauma dialami terlalu teruk akibat kesan penderaan. - HMetro

1.22.2013

'Ulat Tiket' Pudu Sentral Dah Melampau

 Kena Belasah kerana enggan beli tiket....



Kuala Lumpur: Kebiadaban sekumpulan samseng 'ulat tiket' yang bergerak aktif di Pudu Sentral, di sini, bagai sampai di kemuncaknya apabila mereka sanggup membelasah penumpang jika tawaran membeli tiket bas tidak diendahkan.

Malah, menjadi satu kebiasaan apabila penumpang turut dimaki-hamun kumpulan terbabit sebelum dipukul beramai-ramai.

Tindakan ulat tiket itu didedahkan seorang penumpang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 20, yang menjadi mangsa amukan empat samseng ulat tiket yang menumbuk muka dan membelasahnya selama beberapa minit gara-gara enggan membeli tiket daripada mereka.

Akibat kejadian itu, dia yang pertama kali membeli tiket di Pudu Sentral kini trauma dan serik untuk kembali ke hentian bas berkenaan selepas kejadian mengaibkan menimpa dirinya yang dipukul hingga cedera di muka dan lebam seluruh badan.

Berikutan kejadian itu, dia membuat laporan di Balai Polis Tun H S Lee, di sini. - HMetro

Berhati-hati Beli Emas Lelongan BANK

Tipah tertipu....



Kuala Berang: Seorang wanita bingung memikirkan selonggok emas bermutu rendah yang dibelinya ketika lelongan awam oleh sebuah bank sebenarnya tembaga bukan emas bernilai ribuan ringgit seperti didakwa.

Zuraini Yaacob, 44, berkata, dia ke sebuah bank di daerah itu untuk membeli emas yang kononnya bermutu rendah yang dilelong dengan harga RM20,000 pada petang 26 Mei 2011.

Menurutnya, selepas selesai urusan pembelian, dia ke sebuah kedai emas di Kota Bharu, Kelantan, pada jam 10 malam hari sama, untuk melakukan ujian bagi mengetahui jumlah kandungan emas dalam barang kemas itu.

“Saya terkejut apabila pemilik kedai emas berkenaan memberitahu barang kemas yang saya beli itu bukan emas bermutu rendah, tetapi tembaga semata-mata yang tiada nilai untuk dijual.

“Saya hairan bagaimana bank berkenaan boleh melelong barang kemas itu sebagai emas bermutu rendah (kerana dicampur dengan tembaga) sedangkan ia langsung tidak mengandungi emas.- HMetro



1.21.2013

Isu Sambutan Tahun Baru Cina 2013 - Tiada Agama Membenarkan Hiburan Melampau

Pendapat  RIDHUAN TEE ABDULLAH ...

Tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Kedah atas keberanian menyediakan garis panduan hiburan bagi sambutan program ‘1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013’, yang akan berlangsung di Alor Setar, Kedah, pada 15 Februari depan. 

Garis tersebut melibatkan aspek pemakaian, nyanyian dan tarian. Cara pemakaian pegawai dan artis yang terlibat, hendaklah bersopan dan tidak mencolok mata. Persembahan nyanyian dan lagu hendaklah berunsurkan ketuhanan atau nasihat dan tidak melalaikan serta melampau. 

Jika berlaku nyanyian dan tarian melampau, pihak kerajaan berhak memberhentikan program serta-merta. Terus-terang, sebagai seorang Islam, saya bersetuju. Jika saya masih belum memeluk Islam pun, saya akan bersetuju, kerana sepanjang pembacaan saya, tidak ada satu agama membenarkan hiburan melampau. 

Namun, dengan tidak semena-mena ultra kiasu seperti cacing kepanasan. Pimpinan parti ultra kiasu komponen BN dan PR, menyifatkan tindakan Kerajaan Negeri Kedah itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, serta menafikan hak dan kebebasan orang bukan Islam. 

Tidak cukup dengan itu, garis panduan ini terus dipersendakan, termasuk seorang personaliti radio dengan berani berkata “menggalakkan nyanyian lagu motivasi! Apa jenis motivasi yang mereka mahukan? Sembahyang lima waktu? Semua wanita bertudung? Apa?" Kenyataan seperti ini amat bersifat kurang ajar dan biadab. 

Saya berasa bangga kerana Presiden Persatuan Seniman, tampil ke hadapan, mendesak personaliti tersebut meminta maaf secara terbuka. Tindakan Seniman berhasil. Personaliti tersebut terpaksa akur. Kepada Persatuan Seniman, “Gua tabik lu bro! Harap-harap kita dapat mengubah persembahan industri hiburan negara agar mempunyai identiti dan jati diri Islam. 

1.18.2013

Bapa Rogol & Liwat Anak Gadis Berusia 14 tahun

Bapa Baham Anak....

 Gambar hiasan

IPOH – Seorang bapa kepada lima anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, kelmarin, atas dua tuduhan merogol dan meliwat anak gadisnya berusia 14 tahun pada Disember tahun lalu. 

Bapa berusia 36 tahun yang bekerja sebagai kontraktor itu membuat pengakuan itu ketika dua pertuduhan sumbang mahram berkenaan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Madihah Harullah. 

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin sementara tarikh sebutan ditetapkan pada 6 Mac depan. Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fauzi Md Yusof sementara tertuduh diwakili peguam, Mahinderjit Singh. 

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan dan Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan. 

Mengikut pertuduhan pertama, bapa itu didakwa merogol anaknya kira-kira jam 1 pagi pada 24 Disember lalu di dalam kontena di Bandar Baru Menglembu di sini. 

Pertuduhan kedua, bapa berkenaan didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii ke atas anak perempuannya dengan masukkan kemaluan ke dalam duburnya di lokasi sama kira-kira jam 3 pagi, 20 Disember lalu. 

Menurut laporan, mangsa merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik. - Sinar

Tips untuk panduan semua mengelak kejadian ROGOL....



  • Anak-anak kecil mesti sentiasa di bawah pengawasan ibu-bapa, guru-guru atau penjaga yang dipercayai.
  • Kanak-kanak juga boleh dirogol oleh penjaga atau keluarga penjaga/pengasuh, oleh itu sentiasa ada rasa 'cemburu' dan berhati-hati.
  • Galakkan anak-anak untuk bercakap atau bercerita apa yang berlaku sepanjang peninggalan ibu bapa supaya dengan ini dia akan memaklumkan perkara-perkara yang mungkin tidak difahaminya yang berlaku ke atasnya.
  • Latih anak-anak untuk menjauhi orang yang tidak dikenali, kalau perlu ingatkan setiap hari iaitu semasa meninggalkan anak-anak di rumah atau Tadika/Sekolah.
  • Ingatkan pada anak-anak anggota tubuh badannya yang tidak patut disentuh oleh sesiapa pun kecuali oleh ibu bapa atau pengasuh semasa mandi atau masa buang air.
  • Bertindak awal jika telah ada tanda-tanda maruah anak-anak cuba dicerobohi.
  • Jangan pandang remeh tanda-tanda ini takut nanti kita menyesal.
  • Seboleh-bolehnya jangan benarkan anak-anak tidur di rumah orang lain kecuali sangat perlu dan keluarga tersebut dikenali sebagai keluarga yang amanah dan berhemah.
  • Latih anak-anak untuk menjerit minta tolong atau sebut "API-API" jika ada gangguan atau pencerobohan terhadap dirinya.
  • Kajian mendapati jeritan 'API" lebih diberi perhatian oleh orang ramai dari jeritan minta tolong.
  • Pastikan kita berdoa dan ajar anak-anak berdoa mohon keselamatan serta perlindungan Tuhan semasa melangkah keluar rumah, contoh: "Bismillahi tawakkaltu'alallah".
  • Ingatkan anak untuk tidak menerima pemberian makanan, gula-gula mahupun air dari orang yang tidak dikenali.
  • Larang anak keluar dari kawasan rumah, ke padang permainan, ke rumah jiran atau ke kedai tanpa pengawasan.
  • Keluarga terdekat juga boleh menceroboh maruah anak-anak, jadi ibu-ibu perlu maklumkan pada anak-anak juga tentang perkara tersebut.
  • Sentiasa berhubung dengan guru-guru, penjaga atau pengasuh tentang isu-isu keselamatan anak-anak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails