Apalah nasib malang penjawat awam. Nampaknya sekali lagi para penjawat awam akan menghadapi satu ujian getir apabila elaun Cola akan dihapuskan.... lari badget!!!
Dahlah bonus tak de.. Yang RM500 tuu kira wang ehsan je tuuu. Tapi kami penjawat awam tetap bersyukur. Bak kata P. Ramlee... COOBAANNNNNNN!!!!!
Trend pemerintah terkini.... kerajaan satu demi satu memotong perbelanjaan mereka dan secara langsung menyusahkan hidup rakyat di negara ini seperti mengurangkan subsidi minyak dan gula. Namun mencanangkan satu dunia 'ekonomi negara dalam keadaan baik'.
Yang pelik bin herannya..... F1 boleh pulak dibagi peruntukkan RM1 bilion. Bola sepak dapt pulak RM1o juta. Rezeki dia orang la tuuu.
Kalau dah tak de duit sangat... Wak rasa lebih baik tutup saje kem PLKN. Kat situ je dah berapa ratusan juta duit rakyat tergadai. Remaja kita cam tu jugak... Merempit , buang anak bertambah, gejala sosial menjadi2... Tak nampak kesannya sangat.
Entahlaaa.... dah letih nak bercakap. Biarlah orang2 atas tu pikir . Pikir guna otak sikit. Jangan asyik pikir pasal soal remeh temeh. Pikir masalah rakyat... 1 Malaysia "Rakyat Diutamakan Pencapaian Didahulukan!!!'.
SHAH ALAM – Ura-ura kerajaan mahu menghapuskan elaun kos sara hidup (Cola) bagi menjimatkan perbelanjaan negara, dilihat memberikan impak besar kepada kakitangan awam.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman berkata, pelaksanaanya kelak akan menjejaskan sara hidup sektor awam yang kini dihimpit dengan ekonomi yang tidak menentu.
Katanya, beliau bimbang kemungkinan tindakan itu menjejaskan prestasi kerja kakitangan awam. “Penghapusan elaun Cola merupakan tindakan paling tidak wajar untuk dilaksanakan jika benar apa yang diperkatakan.
“Langkah ini perlu dipertimbangkan dengan mendalam. Sejajar dengan perkembangan ekonomi semasa yang tidak mengizinkan, akan menambahkan lagi beban ke atas hidup kakitangan awam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian mengulas desas desus di internet melaporkan penghapusan elaun Cola akan dilaksanakan pada 2010, sebagai langkah menjimatkan perbelanjaan negara.
Omar berkata, sewaktu ekonomi negara dilanda kegawatan pada 1998, kerajaan tidak mengambil langkah memotong elaun Cola sebagai salah satu alternatif untuk berjimat.
Menurutnya, langkah ini sekiranya dilaksanakan pastinya mendapat reaksi yang pelbagai daripada kakitangan awam.
“Oleh itu, sebagai jalan terbaik, kerajaan perlu meneliti dan mengkaji rasionalnya atau mengambil langkah lain dalam menjimatkan perbelanjaan negara,” katanya.
No comments:
Post a Comment