1.03.2010

Sekolah Datang Lagi....

Esok dah mula sekolah....

Esok Isnin 04.01.2010 penggal pertama persekolahan dah bermula.Tapi bagi negeri Terengganu, Kedah dan Kelantan serta Perlis ... hari nie dah mula sekolah. Suasana sekolah yang sunyi sepi lebih sebulan lalu akan mula meriah.

Hari pertama persekolahan nie, bukan murid-murid saja yang hadir ke sekolah, malahan ibubapa pun turut hadir sama. Bagi ibubapa yang mempunyai anak Tahun 1, biasanya akan menghadirkan diri bersama-sama anak mereka. Seronok juga dapat melihat telatah anak-anak memulakan alam persekolahan yang sebenar.

Ibu bapa perlu prihatin dengan persiapan anak-anak untuk ke sekolah. Pastikan buku tulis, buku teks, dan lain-lain peralatan telah pun siap sedia. Selain beg baru, kasut baru, baju baru , guru pun baru....

Bagi Wak sendiri, persiapan sekolah untuk anak-anak dah dibuat 2 minggu lepas. Bukan apa untuk mengelakkan kesesakan kat MyDin Melaka. Gedebak gedebuk belanja pakaian dan alatan sekolah dah cecah RM400.00 untuk Along dan Angah.

Hari Khamis yang lepas Wak pergi ke sekolah anak-anak untuk membayar yuran dan juga membeli buku di koperasi sekolah. Yuran campur buku tulis untuk dua orang anak dah cecah RM200.00. Itu belum lagi sekolah agama... Sekolah Agama biasanya proses membayar yuran dan membeli buku dibuat pada hari pertama persekolahan.

Nak tak nak kita sebagai ibu bapa terpaksa mengeluarkan belanja yang besar bagi persiapan anak-anak sekolah. Wak baru dua orang anak bersekolah pun dah terasa, inikan pulak bagi ibu bapa yang mempunyai 5 orang anak yang bersekolah, dah tentulah ibu bapa mengeluarkan belanja yang banyak.

Walau apapun, kita sebagai ibu bapa perlulah peka dengan keadaan ini. Justeru, kita harus bersedia, kerana keadaan seperti ini akan kita hadapi. Anak-anak wajib di beri ilmu pengetahuan yang sewajarnya, lebih-lebih lagi ilmu dunia dan akhirat.

Kepada semua anak-anak yang bersekolah... semoga persekolahan tahun 2010 ini lebih membawa kejayaan yang cemerlang. Bagi ibu bapa semua... Selamat menghadapi kerenah anak-anak dalam dunia persekolahan mereka......

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails