Hakim yang putuskan pun bukan Islam.....
Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya mejadi berita dan isu hangat yang mewarnai kedatangan taHUN 2010.
Keputusan Hakim Lau Bee Lan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini yang mengisytiharkan nama "Allah" boleh digunakan oleh agama lain mengundang pelbagai polemik sehingga kepada desakan campurtangan Majlis Raja-Raja.
Beberapa NGO termasuk tokoh Pemuda UMNO cuba menjadi hero dengan mengecam hebat keputusan tersebut sehingga menyindir parti-parti politik berasaskan agama yang mengambil langkah berdiam diri ketika ini.
Yang lebih utama dan menjadi seribu pertanyaan dalam otak Wak nie ialah Hakim bukan Islam Lau Bee Lan yang mengendalikan dan memutusan keputusan penting ini.
Tidak adakah lagi hakim berbangsa Melayu dan beragama Islam yang boleh diputuskan oleh pihak yang terbabit untuk mendengar dan memutuskan perkara tersebut. Sedangkan Implikasi yang sangat besar kepada agama Islam. Bila ianya diputuskan oleh hakim yang bukan Islam tentunya kita melihat sesuatu yang tidak kena sekali lagi dalam sistem kehakiman di negara kita..
Persoalannya siapakah yang ingin dipersalahkan, adakah hakim yang bukan Islam yang memutuskan perkara tersebut atau pihak mana yang sebenarnya bertanggungjawab dan patut dipersalahkan.
Wak rasa macam ada sesuatu kepelikan dan kejanggalan apabila dalam isu ini, berbondong-bondong puak-puak UMNO dan badan NGO pro kerajaan yang memerintah mempertahankan nama Allah. Sana sini disetiap negeri mengadakan demonstrasi dengan membawa pelbagai jenis sepanduk. Sepatutnya Umno yang sedang memerintah negara dapat buat sesuatu sebab merekalah yang berkuasa sekarang.
Cuba bandingkan dalam beberapa kes sebelum ini (Contoh kes MB Perak), betapa cepatnya sepantas kilat memfailkan rayuan dan akhirnya MB Perak masih milik UMNO hingga sekarang.
Oleh itu Wak penuh yakin dan percaya pihak UMNO boleh melakukan perkara yang sama dalam isu nama Allah ini melalui Mahkamah Rayuan. So tidak perlulah berarak sana... berarak sini... Demo sana... demo sini! Melalak sana melalak sini!! Banyak lagi cabaran dan permasalahan negara yang perlu diselesaikan dalam tahun 2010 ini. Cuba-cubalah kita fikirkan...
No comments:
Post a Comment