1.19.2010

DUN Perak Nak Bubar ke???

Masakan pohon bergoyang kalau tiada angin sepoi-sepoi bahasa.....

Beberapa perkembangan terbaru di negeri Perak memberi keyakinan akan berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) itu dalam sedikit masa lagi.

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak dalam satu kenyataan memberitahu beberapa petanda menuju ke arah itu sedang berlaku.

Ianya termasuk pertemuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Arab Saudi baru-baru ini sehingga Zambry didakwa sanggup meninggalkan Persidangan Ke-169 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) yang di pengerusikan oleh Raja Muda Perak.

"Datuk Seri Zambry yang sanggup tidak hadir ke Persidangan Ke-169 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) yang di pengerusikan oleh Raja Muda Perak baru-baru ini di lihat ada perkara lebih penting yang akan di bincangkan dengan Datuk Seri Najib di Arab Saudi," kata Mohd Nur Amin selaku pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Perak.

Selain itu menguatkan lagi keyakinan mereka akan berlakunya pilihanraya adalah maklumat yang mengatakan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengadap Seri Paduka Sultan Perak dalam satu majlis awal November lalu.

Awal Februari ini, kerajaan Perak diteraju Zambry akan mencapai usia setahun pentadbirannya.


Seribu tanda tanya......

1. Sehingga kini, pendengaran kes dihadapan 5 hakim pada 5hb November, 2009 telahpun lengkap dan habis bagi peguam dipihak MB Pakatan Rakyat dan MB UMNO Perak. Namun mengapa Ds. Nizar masih belum dipanggil ke mahkamah yang sama bagi mendengar keputusan yang telah ditentukan.....
2. Mengapa dan mengapa... sehingga kini, telah melebihi dua bulan masih tidak diumumkan oleh hakim mahkamah rayuan. Satu tempoh yang begitu lama dan tidak munasabah yang diambil oleh hakim mahkamah rayuan bagi menentukan siapakah MB yang sah telah menimbulkan seribu persoalan....   
3. Selain itu sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada Zambry, mengapakah ianya tidak diumumkan dan mengambil masa yang begitu lama untuk disahkan. Satu persoalan dengan seribu teka teki tentang siapakah sebenarnya MB Perak......


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails