1.20.2010

8 Lelaki Direman - Kes Pembakaran Gereja

Bawalah mereka kemuka pengadilan.....

Dua beradik dan bapa saudara mereka adalah antara lapan lelaki yang ditahan berhubung kes pembakaran gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 8 Januari lalu.

Semua suspek berumur antara 21 hingga 26 tahun. Mereka ditahan di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang bermula petang semalam hingga pagi tadi.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata suspek pertama ditahan di Hospital Kuala Lumpur petang semalam.

"Lelaki berusia 25 tahun itu ditahan jam 3.30 petang, ketika menerima awatan di hospital tersebut berikutan kecederaan di bahagian dada dan tangannya akibat melecur," katanya kepada pemberita di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.


Bakri berkata susulan daripada penahanan lelaki yang bekerja sebagai penghantar surat itu, polis kemudiannya menahan tujuh lagi lelaki di lokasi berasingan di sekitar Ampang, yang dipercayai mempunyai kaitan.


"Mereka yang ditahan adalah dua beradik yang berumur 24 dan 25 tahun, seorang lagi bapa saudara kepada adik beradik tersebut yang berumur 26 tahun, anakala lima lagi adalah kawan mereka.

"Dengan penahanan kesemua mereka itu, kita percaya kes kebakaran gereja di Desa Melawati selesai dan kita sedang menjalankan siasatan rapi bagi membolehkan mereka yang terlibat didakwa di mahkamah," katanya.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails