1.19.2010

Sekolah Tak Ikut Panduan Keselamatan

Pihak sekolah yang salah....

PULAU PINANG: Pengurusan Sekolah Tinggi Chung Ling di sini tidak mematuhi sepenuhnya garis panduan keselamaan aktiviti ko-kurikulum yang dikeluarkan Jabatan Pelajaran, menurut hasil siasatan awal tragedi perahu naga terbalik yang mengorbankan seorang guru dan lima pelajar sekolah itu.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Ibrahim Mohammad berkata, jabatannya telah mengeluarkan satu garis panduan keselamatan aktiviti ko-kurikulum kepada semuasekolah termasuk mengenakan syarat pengurusan sekolah harus meminta pihak berkuasa membuat pemantauan terhadap langkah-langkah keselamatan pelajar.

"Menurut garis panduan keselamatan yang dikeluarkan, pengurusan sekolah hendaklah memaklumkan kepada pihak keselamatan bagi memastikan aktiviti mereka mendapat pemantauan keselamatan," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu kesemua enam mangsa tragedi bot karam di Pulau Pinang yang dilaporkan hilang semalam disahkan mati lemas dengan penemuan dua lagi mayat terakhir. Jurucakap pasukan mencari dan menyelamat berkata, dengan penemuan dua mayat itu, kesemua enam mangsa perahu naga yang terbalik itu telah disahkan mati lemas.

Yang lain ialah guru sekolah, Chin Ai Fang, 28, yang juga penasihat pasukan, serta pelajar Jason Ch''ng, 17, Goh Yi Zhang, 15, dan Bradon Yeoh, 17.
Mereka adalah antara 18 anggota pasukan perahu naga Sekolah Tinggi Chung Ling di sini yang menjalani latihan mendayung perahu naga bagi persiapan menyertai Kejohanan Perahu Naga Antarabangsa Pulau Pinang di Teluk Bahang pada Julai ini. Pasukan sekolah itu pernah menjuarai kejohanan lumba perahu naga itu bagi kategori remaja dan belia. - Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails