3.12.2013

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Masih Dalam Delima

'Kerajaan kini tiada hak umumkan kenaikan gaji'.....


Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mempersoalkan pengumuman kenaikan gaji penjawat awam semalam, memandangkan mandat pentadbiran BN sudah berakhir pada 8 Mac lalu.

Katanya, secara teknikal, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (bawah) kini seperti kerajaan sementara.

Beliau menyifatkan tindakan itu tidak bertanggungjawab dan cuba menarik sokongan golongan berkaitan untuk menyokong BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Najib satu-satunya perdana menteri yang tidak mengadakan pilihan raya selepas tempoh lima tahun daripada tarikh pilihan raya sebelumnya berakhir, kata Rafizi.

"Mandat pilihan raya, seperti orang ramai tahu, sejak tarikh pilihan raya terakhir," katanya sambil menyifatkan penjawat awam, polis, tentera dan profesional dalam tidak akan terpengaruh dengan langkah itu.

Perdana menteri semalam mengumumkan penyelarasan perubahan lapisan gred jawatan atau gred gaji bagi tentera dan polis untuk disetarakan dengan perkhidmatan awam melalui, Sistem Saraan Transformatif yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion.

Penyelarasan itu mencakupi skop fungsi tugas, struktur pangkat dan juga kelayakan bagi skim perkhidmatan pasukan keselamatan. - Malaysiakini

1 comment:

  1. AlahaiBn nak naikkan gaji pun isu jugakah? Dahlah buat baik pun salah buat salah lagilah .Entahlah manusia memang begitu, tak pernah puas dengan apa yang ada.Allah kurniakan keamanan nak kan anarki. Belajar tinggi - tinggi makin nampak jahil. Masa belajar kerajaan tanggung,pergi oversea pulak. dah kerja lagi dengan kerajaan BN.Lepas tu ajak orang kempen burukkan BN. Apa Nie. Benar - benar kacang lupa kan kulit. Wahai saudaraku yang pernah dibantu kerajaan masa belajar bertaubatlah sebelum mati. Jangan jadi si tanggang ada PHD. Padan muka kau orang..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails