3.15.2013

140K CD, VCD DAN DVD LUCAH DIMUSNAH

Barangan rampasan yang dilupuskan polis Melaka, semalam

BUKIT BERUANG - Sejumlah 140,000 keping video cakera padat (VCD) dan cakera video digital (DVD) cetak rompak dan lucah bernilai kira-kira RM700,000 yang dirampas sepanjang tahun 2002 hingga 2012 dimusnahkan. 

Ketua Polis Melaka , Datuk Chuah Ghee Lye berkata, kesemua barangan itu merupakan bahan bukti kepada 104 kes yang sudah selesai di mahkamah. Menurutnya, mengikut statistik, sejak 10 tahun lalu, operasi membanteras sindiket cetak rompak pada 2002 sehingga tahun lalu membawa kepada rampasan 140,000 CD, VCD dan DVD cetak rompak serta lucah. 

“Sepanjang tahun lalu sahaja, kita menangkap seramai 30 suspek kerana melakukan kesalahan mengedar dan menjual barangan haram itu manakala lima lagi suspek ditangkap sepanjang tiga bulan pertama tahun ini,” katanya. Beliau berkata demikian pada majlis Pelupusan Barangan Kes Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri di Ibu Pejabat Kontinjen negeri di sini, semalam. 

Kesemua 140,000 keping CD, VCD dan DVD cetak rompak dan lucah itu dimusnahkan menggunakan sebuah jentera penggelek. Ghee Lye berkata, semua suspek yang terlibat ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 5 (2) dan 18 (5) Akta Penapisan Filem 2002. 

Menurutnya, pihaknya akan menjalankan operasi secara berterusan bagi memantau dan menghapuskan kegiatan haram itu. “Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mereka yang terlibat dalam kegiatan ini,” katanya. - Sinar

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails