3.03.2013

7 Anggota Keselamatan Terbunuh Dalam Tempoh 2 Hari....

5 Terkorban di Semporna....

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar hari ini mengesahkan lima anggota polis terkorban dalam serang hendap kumpulan bersenjata di Semporna, Sabah.
Katanya, polis pada petang semalam menerima maklumat mengenai kumpulan bersenjata di Kampung Seri Jaya Simunul, Semporna.

Berdasarkan maklumat tersebut, pasukan polis dari ibu pejabat polis daerah Semporna memasuki kawasan tersebut namun diserang hendap sebaik tiba, katanya dalam sidang media di Felda Sahabat, Lahad Datu.

Dua orang anggota kumpulan bersenjata itu turut terbunuh. Polis kini mengepung kampung terbabit untuk mengesan saki baki kumpulan itu.

Kejadian di Semporna itu berlaku susulan pertempuran di antara kumpulan yang mendakwa setia dengan Kesultanan Sulu dan pasukan keselamatan pada Jumaat lalu.

Ismail berkata polis cuba mengenalpasti sama ada kumpulan di Kampung Sri Jaya Simunil mempunyai kaitan dengan kumpulan dalam kejadian di Lahad Datu.

Jumlah kematian melibatkan anggota kita kini meningkat kepada tujuh orang dalam tempoh dua hari dalam kejadian serangan dipercayai paling buruk sejak pemberontakan komunis.

Adakah akan ada lagi pertumpahan darah dan gugurnya barisan anggota keselamatan negara kita di sana.... Sama-samalah kita berdoa agar mereka diberi perlindungan ....



"Pihak penceroboh yang dipetik oleh protal berita Inquirer, bahawa pihak penceroboh tidak akan mengaku kalah. Satu mesej dihantar oleh Raja Muda Agbimuddin Kiram yang bertanggungjawab ke atas acara itu kepada abangnya Sultan Jalalul Kiram III, mereka tidak akan berundur dan nekad untuk mati dan berkubur di Lahad Datu. Kenyatan itu dibuat selepas puak penceroboh mengembumikan 12 jenayah orang-orangnya yang terkorban"
 Ikrar itu besar makna dan maksudnya.....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails