Seorang jurucakap
kesultanan Sulu mendakwa 10 orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam
pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh
kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.
ABS-CBNnews
melaporkan jurucakap Abraham Idjirani sebagai berkata dia baru bercakap
sendiri dengan adik Sultan Sulu Jamalul Kiram - Azzimudie Kiram - yang
mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu.
Azzimudie mengesahkan bahawa 10 lelaki terbunuh dan empat yang lain cedera dalam insiden tersebut.
"Dia melihat sendiri mayat-mayat tersebut," kata Idjirani dalam satu sidang akhbar di Manila. "Yang terbunuh termasuk seorang wanita."
"Dia melihat sendiri mayat-mayat tersebut," kata Idjirani dalam satu sidang akhbar di Manila. "Yang terbunuh termasuk seorang wanita."
Idjirani merayu
kepada kerajaan Malaysia supaya menghentikan serangan itu, dan berkata
orang-orang Azzimudie hanya bersenjatakan bolos (parang) dan pisau dan
hanya beberapa orang bersenjatakan senapang.
Beliau mendakwa bahawa komando polis Malaysia telah menggunakan penembak tepat ke atas pengikut Azzimudie.
AKhbar berbahasa Cina, China Press pula memetik sumber yang tidak disahkan di tempat kejadian, yang mendakwa dua penceroboh telah ditembak mati, manakala tiga anggota tentera Malaysia cedera.
Bagaimanapun, ABS-CBNnews melaporkan bahawa Duta Malaysia ke Filipina telah mengesahkan berlaku insiden menembak antara kedua-dua pihak tetapi tiada sebarang kematian.
Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DFA) Raul Hernandez memberitahu agensi berita bahawa Setiausaha Luar Filipina Albert del Rosario baru sahaja berbincang dengan duta Malaysia, yang mengesahkan berlaku insiden menembak di Lahad Datu tetapi ia sudah dihentikan.
Beliau berkata Manila sedang memantau keadaan.

Semoga Allah memberkati perjuangan rakyat dan Kesultanan Sulu yang telah merampas dan menipu mereka selama ini. Kerajaan Malaysia yang ada sekarang telah mewarisi perampas dan penipuan bukan sahaja kepada rakyat mereka sendiri, tetapi, kepada rakyat Sabah, rakyat sulu dan kesultanan sulu.
ReplyDeletePerampasan oleh penjajah British yang menganugerahkan kepada kerajaan Malaysia kemudiannya, tak ubah seperti panjajah British yang menjajah Plastin dan kemudian menyerahkan kepada Israel untuk menubuhkan kerajaan mereka sendiri.
Perjuangan rakyat Palastin adalah yang Hak. Perjuangan rakyat sulu dan Kesultanan Sulu adalah yang Hak.
Apakah sebagai seorang islam yang tahu mengenai hukum-hakam, tetapi, masih membenarkan yang bathil dan menidakkan yang hak. Sanggupkah menjawap di hadapan Allah tentang kemungkaran yang telah kita lakuan. Sanggupkan kita mengadap Allah dgn membawa diri ini dgn perkara2 yang bukan haknya.
Sesungguhnya, perjuangan rakyat dan Kesultanan Sulu adalah perjuangan yang Hak. Perjuangan perajurit2 yang ada kini adalah perjuangan utk mempertahankan yang bathil.
Semoga Allah merahmati pejuang2 Sulu yang meninggal.
Allahuakhbar....Allahuakhbar....Allahuakhbar.
matilah ko kedaulatan negara jangan dipermainkan
ReplyDelete
ReplyDeleteMerpertahankan hak yang bukan haknya, apakah hukumnya?
Dimanakah jati diri sebagai seorang islam jika itu bukah hak kita , tetapi kita masih mempertahankannya?
Tidakkah kita merasa takut akan balasan pedih Allah kerana mempertahankan benda yang bukan haknya setelah mengetahui itu bukan haknya?
Dimanakah lebih utama, mempertahankan kedaulatan agama Allah dgn memberi balik pada yg empunya atau mempertahankan yg bukan haknya di sisi undang2?
Memang pedih utk melepaskannya, tetapi, sebagai seorang islam, azab Allah itu lagi dahsyat. Tidakkah kita takut?
Ingat dunia hanya sementara, dan pinjaman, tetapi, akhirat akan kekal abadi.
Biar pedih di dunia, jangan, menderita sakit di akhirat.
ReplyDeletesaudara seislam berbunuh-bunuhan.......kiamat ow kiamat...
ReplyDeleteRakyat sabah melalui pungutan suara di bawah seliaan PBB telah menerima utk masuk Malaysia maka sepatutnya isu ini tak timbul... kenapa kerajaan sulu Islam yg berdaulat duduk bawah pilipina?
ReplyDelete