3.04.2013

Penceroboh Kejam - 6 Anggota Keselamatan Terbunuh


Arau: Tindakan kumpulan penceroboh dipercayai dari Sulu, Filipina, melakukan serangan hendap terhadap anggota keselamatan yang melakukan pemeriksaan di Kampung Sri Jaya, Semporna, Sabah, malam kelmarin, disifatkan sebagai tindakan kejam dan ganas.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kejadian yang mengorbankan nyawa enam anggota keselamatan yang mencari maklumat bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai kumpulan terbabit adalah di luar jangkaan.

Menurutnya, pasukan keselamatan dengan kekuatan 57 anggota tidak menyangka kumpulan terbabit bertindak ganas menyebabkan enam anggota terkorban.

“Namun, saya mempunyai keyakinan bahawa kita (anggota keselamatan) sudah memiliki kekuatan mencukupi dengan penambahan anggota termasuk polis selain tambahan dua batalion askar ke Sabah bagi menghadapi apa juga keadaan di kawasan berkenaan.

“Apa yang berlaku di Semporna, mereka (anggota keselamatan) tidak menduga kumpulan penceroboh terbabit sanggup mengambil tindakan ganas tanpa sebarang isyarat walaupun mereka hanya mahu mencari maklumat mengenai kumpulan terbabit,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails