3.04.2013

Berhati-hati : Jenayah Di ATM Tak Kenal Mangsa

Azmi sedang mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) berhampiran kawasan pejabatnya. Sedang dia mengambil wang yang telah dikeluarkan di ATM terbabit, tiba-tiba bahunya ditepuk daripada belakang oleh seseorang yang tidak dikenali memberitahu duitnya terjatuh.

Selepas mengambil duitnya yang ‘terjatuh’ itu, dia terkejut apabila mendapati duit yang dikeluarkan di ATM tadi sudah lesap. 

Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini? Jika anda pernah mengalaminya, anda mungkin menjadi antara ribuan mangsa si penyamun yang sentiasa ‘dahagakan’ wang ringgit. 

Tahukah anda? Semua orang tanpa mengira jantina, bangsa dan usia berisiko untuk menjadi mangsa kepada pencopet di ATM. 

Kekerapan orang ramai menggunakan perkhidmatan ATM untuk mengeluarkan wang atau melakukan lain-lain transaksi memberi peluang kepada sindiket tepuk bahu membuat jenayah. Walaupun jenayah ‘tepuk bahu’ di ATM jarang dilaporkan berbanding dengan jenayah lain, namun perkara seperti ini perlu dititikberatkan pengguna khususnya golongan wanita dan pelajar. 

Jika ingin mengeluarkan wang di ATM, pastikan anda berteman dan pergi ke kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai untuk mengelak jenayah ini. - HMetro

Rakaman gambar CCTV merakamkan jenayah kecurian di ATM :


Dua orang ahli sindiket menghampiri mangsa



Ahli sindiket jatuhkan wang yang ‘kononnya’ milik mangsa.


Ahli sindiket lagi seorang akan bertindak pantas dengan mengambil wang dan menukar kad ATM mangsa.

Terus berlalu pergi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails