Lahad Datu: Saki baki pengganas dari Sulu, Filipina, yang dipercayai
masih bersembunyi di Kampung Tanduo, dekat sini, akan dijejaki dan
diburu `hingga ke lubang cacing’ oleh anggota pasukan keselamatan
negara.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, sehingga petang
semalam, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) masih melakukan operasi pembersihan dan penggeledahan di
kawasan seluas empat kilometer persegi sekitar kampung itu yang
diisytiharkan sebagai zon pertempuran.
“Operasi menjejak ini dilakukan kerana kita yakin ada pengganas
masih hidup serta cuba melarikan diri. Serentak dengan itu juga, saya
mengarahkan semua komander supaya lebih berhati-hati kerana tidak mahu
ada lagi nyawa yang terkorban.
“Operasi dijalankan dengan perlahan dan berhemah berikutan keadaan bentuk muka bumi yang tidak rata dan berbukit. Sehingga sekarang operasi masih berjalan,” katanya pada sidang media Residental Felda Sahabat, kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Menurutnya, operasi bersih dan geledah itu bermula kira-kira jam 11
pagi, sejurus serangan melalui udara dan darat dihentikan. Sebelum itu,
serangan melalui udara selama kira-kira 30 minit dilakukan bermula
kira-kira jam 7 pagi menggunakan tiga jet pejuang F/A-18D dan lima
pesawat Hawk yang melepaskan tembakan ke arah zon sasaran. - HMetro
No comments:
Post a Comment