3.07.2013

Jen (B) Hashim dilantik Jeneral Politik PKR

PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelantikan bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein sebagai Jeneral Politik PKR berkuat kuasa serta-merta. 

Pelantikan itu mengakhiri desas-desus mengatakan Hashim dikatakan akan menyertai PKR. "Tan Sri Hashim bersetuju dilantik sebagai Jeneral Politik PKR," kata Anwar pada sidang media, hari ini. 

Sementara itu, Hashim berkata, hari ini merupakan hari pertama penampilan pertama beliau di hadapan pihak media yang dilakukan secara sukarela, tanpa paksaan mana-mana pihak.

"Saya terpanggil untuk buat pendedahan ini kerana ia adalah tanggungjawab saya. "... ramai pesara tentera pujuk saya untuk tampil ke depan kerana dalam tentera ada strategi tertentu, guna pada masa yang tepat," katanya. 

Hashim adalah penerima Ijazah Sarjana dalam War Studies dari King's College di London dan merupakan lulusan US Army Command and General Staff College. Antara jawatan yang pernah disandang beliau adalah Panglima 10 Briged Para Pertama yang merupakan komponen utama Pasukan Aturgerak Cepat (PAC). 

Beliau kemudian menyandang jawatan Panglima Tentera Darat mulai 1 Januari 1999 sehingga 31 Disember 2002. Hashim juga merupakan pegawai Malaysia pertama diberi penghormatan di US Army Command and General Staff College. 

Selepas persaraan, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan mulai 2003 sehingga 2006. - Sinar

4 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails