Panas lagi berapi...
Pastinya ramai dikalangan kita terkejut dan pelik dengan tindakan bapa Saiful Bukhari memohon maaf kepada Ketua Umum PKR, Datuk
Seri Anwar Ibrahim. Kita tunggu babak seterusnya.... Memang semakin panasssss.....
Bapa Saiful Bukhari hari ini memohon maaf kepada Ketua Umum PKR, Datuk
Seri Anwar Ibrahim, dengan mendakwa bahawa anaknya telah dipergunakan
oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk
seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat
II.
"Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa
fitnah ini," kata Azlan Mohd Lazim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan
dalam satu sidang akhbar hari ini. "Dengan ini saya memohon maaf
kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya
telah banyak menderita dan sangsara akibat fitnah ini," tambahnya
Anwar
telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun
lepas daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada
26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.
Jabatan Peguam Negara telah merayu terhadap keputusan itu dan Mahkamah Rayuan akan mendengar kes pada 22 Julai.
Dalam
kenyataannya, Azlan, 60, mendakwa semua kenyataan akhbar yang
dikeluarkan oleh anaknya dan beliau sendiri, telah dirancang dan
disediakan pegawai perdana menteri itu dan seorang peguam.
Malaysiakini tidak menyiarkan identiti kedua-duanya sementara menunggu respons daripada mereka.
"Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang
dilakukan terhadap YB Datuk Seri Anwar, yang melibatkan anak saya."
Menurut
Azlan, beliau mengetahui mengenai hal anaknya terlibat dan dituduh cuma
melalui akhbar milik kerajaan kerana anaknya tidak langsung pernah
menceritakan tentang kejadian dan pertuduhan tersebut kepadanya.
"Saya
tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak bagi mendapatkan keterangan
dari saya sebagai bapa dari awal hingga tamat perbicaraan," dakwanya.walaupun beliau sentiasa dilihat berdamping dan bersama dengan anaknya, Azlan menjelaskan bahawa beliau melakukannya semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya.
"Saya sememangnya tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar."
Azlan
berkata, beliau memutuskan untuk membuat pendedahan ini kerana setelah
sekian lama mengumpul maklumat sama ada semasa dalam perbicaraan,
mahupun yang dikirim kepadanya oleh orang ramai, "saya dapati kebenaran
mula terserlah dan jelas kelihatan."
Pihak pemerintah, katanya, langsung tidak pernah menemuinya untuk berbincang kes itu atau bertanya pendapatnya.
"Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh (pegawai berkenaan)," dakwa Azlan. "Sebagai
seorang Melayu dan Islam, saya mula sedar akan perancangan jahat ini.
Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan fitnah jahat ini. Saya mahu
rakyat yang cintakan negara ini tahu akan niat jahat mereka.
"Jika
niat jahat ini berterusan, bukan sahaja umat Melayu dan Islam hancur
tetapi negara musnah. Saya tidak sanggup melihat ini terjadi.
"Saya
mengambil keputusan untuk bersama Datuk Seri Anwar, Pakatan Rakyat dan
rakyat Malaysia yang dahagakan kemakmuran dan keamanan bercakap benar
dan menentang kejahatan ini," katanya.
Azlan merayu kepada
seluruh rakyat negara ini "bangun bersatu menentang kezaliman ini dan
bekerja keras agar kebenaran akan muncul".
"Marilah kita juga doakan agar Allah menangkan perjuangan Datuk Seri Anwar dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan negara dalam Pilihan Raya ke-13 nanti," katanya.- Malaysiakini