12.29.2012

Gadis 17 Tahun Dipaksa Melacur Sekitar Hotel Bajet di Melaka


Paksa adik abang ipar dagang tubuh...




ALOR GAJAH: Seorang gadis mendakwa dipaksa menjadi pelacur oleh adik ipar kepada abangnya sendiri sejak awal bulan ini. Mangsa yang berusia 17 tahun itu dipaksa melayan nafsu serakah beberapa lelaki pertengahan usia dengan dikenakan bayaran tertentu di beberapa lokasi termasuk sekitar hotel bajet di negeri ini.


Difahamkan, mangsa tinggal bersama kakak ipar dan abangnya di sebuah rumah di Pulau Sebang dan datang ke rumah seorang saudaranya di Selangor awal bulan ini.



Menurut sumber, suspek yang turut tinggal bersama mangsa di Pulau Sebang menjemput gadis itu di Selangor beberapa hari kemudian dan membawanya pulang ke Melaka.


“Bagaimanapun, suspek tidak terus membawa gadis itu pulang ke rumah sebaliknya membawanya bersiar-siar di sekitar Bandaraya Melaka.



“Selepas bersiar-siar, suspek menyewa sebuah hotel bajet dan sebaik berada di hotel itu, mangsa diperkenalkan dengan seorang lelaki pertengahan usia,” katanya di sini, semalam. Menurutnya, gadis itu kemudian dipaksa melayan nafsu lelaki terbabit dan dikenakan bayaran sebanyak RM200.



Katanya, mangsa yang mula menyedari niat sebenar suspek cuba melarikan diri dan merayu tidak diperlakukan sedemikian, namun tidak diendahkan. 

“Gadis itu turut mendakwa dibawa ke beberapa daerah tidak dikenal pasti untuk diperdagangkan kepada pelanggan yang sedia menunggu di tempat dijanjikan.



“Malah, suspek dikatakan turut mengawasi setiap pergerakan gadis itu bagi mengelak dia melarikan diri,” katanya.



Sumber itu berkata, gadis malang itu yang tidak tahan diperlakukan sedemikian nekad melarikan diri daripada kawalan suspek sebelum membuat laporan di Balai Polis Masjid Tanah, kelmarin.



Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Abd Rahman Jid mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut sedang dilakukan.



Menurutnya, kes dirujuk ke Jabatan Keganasan Rumahtangga, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka untuk tindakan selanjutnya. - HMetro

Gadis 17 Tahun Bunuh Diri Selepas DI ROGOL Secara Berkumpulan


NEW DELHI - Polis India menahan tiga suspek dinamakan dalam nota, yang ditinggalkan oleh seorang remaja yang mendakwa dia menjadi mangsa geng rogol, sementara kemarahan di negara itu berhubung peningkatan kes rogol meningkat. 

Ketua Polis Daerah Patiala, Punjab, Paramjit Singh Gill berkata, gadis berusia 17 tahun itu meninggal dunia kelmarin selepas meminum racun. 

Dalam nota yang ditulis sebelum membunuh diri, gadis malang itu menyalahkan ketiga-tiga suspek menyebabkan kematian beliau. Gill berkata, tiga suspek itu sudah pun ditangkap polis. 

Gadis itu mendakwa dia dirogol semasa perayaan Deepavali pada 13 November lepas. Bagaimanapun kes itu tidak dilaporkan sehingga 14 hari kemudian. 

Dua pegawai polis yang terlibat mengendalikan kes itu turut dipecat dan yang lain digantung kerana keluarga gadis malang itu mendakwa pegawai terbabit menyuruh mereka menarik semula kes aduan yang dibuat. 

Gadis malang itu mengambil keputusan untuk membunuh diri selepas kejadian yang sama menimpa seorang pelajar wania yang dirogol di dalam bas pada 16 Disember lalu.

RAGUT : Warga Emas Maut, Isteri Cedera

KEPALA BATAS - Seorang warga emas maut manakala isterinya cedera selepas motosikal yang ditunggang mereka hilang kawalan lalu terbabas selepas mereka menjadi mangsa ragut dua lelaki di depan pasar awam Jalan Permatang Manggis di sini hari ini. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 7.45 malam semasa A. Joseph, 64, dan isterinya sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Bagan Ajam selepas menghadiri majlis hari jadi anak saudara mereka di Kampung Kovil. 

Beliau berkata, setiba di tempat kejadian, sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki menghimpit pasangan itu lalu meragut rantai leher yang dipakai isteri Joseph sebelum menolak motosikal mangsa ke tepi jalan.

"Mangsa gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas ke kiri jalan. Joseph meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala isterinya cedera ringan dan luka di tangan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini. 

Abdul Rahman berkata, mayat Joseph yang bekerja sebagai pekerja kontrak dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

"Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti suspek dan kami meminta saksi yang melihat kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan," katanya. Sementara itu, isteri Joseph, yang berumur 52 tahun enggan ditemubual kerana masih terkejut dan sedih dengan kejadian itu. - Bernama

BERSIH :8 Tuntutan Sudah Memadai

SHAH ALAM - Meskipun akur dan setuju bahawa tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak mengemukakan tuntutan yang menyeluruh dengan menyentuh perubahan struktur pilihan raya negara, namun untuk masa yang singkat, lapan tuntutan yang dikemukakan sudah memadai. 

Malahan menurut Ahli Jawatankuasa Bersih, Maria Chin Abdullah, lapan tuntutan itu juga gagal dilaksanakan sebaiknya oleh suruhanjaya yang dipertanggungjawabkan mengendalikan pilihan raya di negara ini. "Dengan lapan tuntutan ini juga SPR gagal untuk menyelesaikan tuntutan daripada Bersih. 

Kenapa hendak cakap tentang reformasi pilihan raya untuk jangka masa panjang?," katanya. "Sekarang ini contohnya ada proses yang baru, dakwat kekal tetapi belum mengumumkan prosesnya kepada orang awam. Patutnya sudah keluar di televisyen sekurangnya di RTM1 dan 2. 

Proses akan jadi lambat. Orang akan tanya soalan dan sebagainya. "Ada kemungkinan besar tak dapat habiskan jumlah pengundi di kawasan itu jika undi berakhir jam 5 petang," ujar beliau lagi ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini. 

Minggu lalu, dalam satu temubual khas bersama bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, beliau menggambarkan NGO yang menuntut pilihan raya di negara ini dijalankan secara bersih dan adil "gagal mengetengahkan isu sebenar meskipun mereka tahu apa yang mereka mahu". 

Meskipun berpeluang untuk menyuarakan dan merombak secara keseluruhan sistem pilihan raya di negara ini, Bersih dalam tuntutan gabungan itu katanya, langsung tidak menyentuh berhubung struktur yang membolehkan keseluruhan undang-undang itu dikaji semula. 

Gesaan seumpama itu katanya boleh membawa kepada kerajaan mengambil langkah menggubal perundangan baru yang kesannya jauh lebih besar. "Bukan satu dua tempat. Ini macam kita tukar bateri, tukar ‘spark plug’, tukar minyak hitam, 'quick fix’ ini (sebenarnya) boleh mendatangkan masalah yang lebih besar. Yang dasarnya tidak berubah," Rahman dipetik sebagai berkata. 

Namun menurut Maria, Bersih sejak awal lagi memang mendesak reformasi secara total dilakukan dalam sistem pilihan raya di negara ini. Namun katanya, tuntutan awal gabungan itu yang meliputi perubahan struktur tidak diendahkan oleh SPR sehingga lah pihaknya terpaksa memilih seminimum mungkin penambahbaikan yang boleh dilaksanakan dalam PRU13.

"Jangka masa yang panjang memang kita hendak proses ditambah baik dan diubah semula, tetapi untuk jangka masa pendek untuk pilihan raya umum akan datang, ini adalah standard minimum yang diperlukan yang hendak lah dilaksanakan oleh SPR," jelas beliau. 

Lantaran itu, beliau mahu pihak yang bertanggungjawab supaya ada 'political will' dalam memastikan pilihan raya di negara ini dilaksakan secara bebas, bersih dan adil demi menjayakan amalan demokrasi sebenar. "Kami harap kerajaan baru selepas PRU13 nanti lakukan reformasi secara serius dan melakukan 'overhaul'. 

Mereka patut lakukan 'overhaul' sekarang tapi sekarang kita sudah dekat dengan Pilihan Raya Umum ke-13. "Kerajaan dan SPR, Bersih rasa mereka tidak ambil inisiatif dan kepimpinan dalam memastikan pilihan raya akan berjalan dengan bersih," ujarnya lagi. - Sinar

Isteri Berusia 17 Tahun Mati Dihentak Dikepala



ALOR SETAR: “Aku bukan nak bunuh hang (kau), aku nak ajar hang.” Itu antara kata-kata yang didengar jiran beberapa jam sebelum seorang isteri muda, Nor Fatimah Anis Md Radzi, 17, ditemui mati di rumahnya di Kampung Alor Gelagah, dekat sini, semalam.

Mangsa yang baru enam bulan berkahwin dipercayai mati akibat hentakan objek tumpul di kepala dan polis menahan suaminya berusia 20-an yang disyaki terbabit kejadian itu. Turut ditahan bagi membantu siasatan, dua lagi lelaki, juga berusia 20-an.


Jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, dia menyedari pertengkaran antara mangsa dan suaminya jam 2 pagi selepas terdengar wanita itu menjerit kesakitan dipercayai akibat dipukul.

“Ini bukan kali pertama mereka bergaduh kerana kebelakangan ini saya kerap terdengar mereka bertengkar. Namun selalunya, pertengkaran mereka tidak lama...hanya beberapa minit.




“Tetapi, kali ini (pertengkaran awal pagi semalam) berlainan kerana saya percaya wanita itu dipukul suaminya. Saya dapat mendengar dengan jelas wanita itu merayu suaminya supaya jangan memukulnya.

12.28.2012

Pelajar 14 tahun ROGOL Remaja Perempuan 17 Tahun

KANGAR - Seorang pelajar berusia 14 tahun ditahan polis kerana disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di dua lokasi iaitu di Chuping dan Bukit Jernih dalam kejadian pada 18 Disember lalu. 

Ketua Polis Perlis SAC Zull Aznam Harun berkata pelajar itu ditahan Selasa lalu dan ditahan reman sehingga esok untuk membantu siasatan kes itu. 

Rakan pelajar itu yang berumur 18 tahun dan merupakan pekerja sebuah syarikat turut ditahan kerana disyaki mencabul adik perempuan remaja perempuan itu yang berumur 13 tahun juga di lokasi dan pada tarikh yang sama, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 

Katanya siasatan awal polis mendapati adik mangsa telah menemani mangsa bertemu dengan pelajar itu yang merupakan teman lelakinya dan rakan pelajar itu yang kemudian membawa mereka dengan motosikal masing-masing ke sebuah rumah di Chuping. 

Di rumah itu, katanya mangsa mendakwa telah dirogol teman lelakinya itu manakala adiknya dicabul oleh rakan pelajar itu dan mereka kemudian telah dibawa ke sebuah rumah di Bukit Jernih dan diperlakukan perkara yang sama. 

Zull Aznam berkata kes rogol itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan manakala kes cabul mengikut Seksyen 354 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan. - Bernama

Banjir Di Pantai Timur Tambah Buruk



KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan bertukar buruk petang tadi apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di beberapa pusat pemindahan di dua negeri Pantai Timur itu meningkat kepada 21,800 orang berbanding 14,930 sebelah pagi.

Pagi semalam saja keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang dilihat semakin pulih apabila lebih 4,000 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. 

Banjir di Terengganu sehingga ini sudah meragut enam nyawa iaitu tiga di Kemaman, dua di Setiu dan seorang di Kuala Terengganu. 

Menurut portal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air Sungai Golok di Rantau Panjang, Kelantan dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, Terengganu melebihi paras bahaya sehingga 5 petang tadi.

Di TERENGGANU, keseluruhan mangsa banjir yang berada di pusat penempatan banjir sehingga petang semalam meningkat kepada 14,894 orang berbanding 8,173 orang pada sebelah pagi.

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir mencatatkan peningkatan walaupun pusat pemindahan di tiga jajahan iaitu di Machang, Tanah Merah dan Kuala Krai ditutup tengah hari semalam. - Sinar


Bantuan Khas RM100 Dibayar Bermula 15 Januari...


Kementerian Pelajaran akan mula mengagihkan wang bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100 kepada 10,019 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara secara berperingkat bermula 15 Januari depan. 

Bahagian Pengurusan Maklumat kementerian itu memaklumkan, kaedah penyaluran bayaran dibuat ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah atau akaun khas Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank. 

Menurut kenyataan tersebut, mana-mana sekolah yang menerima kurang peruntukan, perlu membuat permohonan tambahan peruntukan beserta penyata bank sekolah dan jumlah yang diperlukan kepada Bahagian Kewangan kementerian secepat mungkin. 

Kementerian Pelajaran turut menegaskan bahawa sebarang pemotongan bantuan tersebut sama sekali tidak dibenarkan. ''Tarikh pemulangan lebihan peruntukan juga ditetapkan selewat-lewatnya pada 31 Mac 2013 kepada mana-mana sekolah yang menerima lebihan peruntukkan bantuan tersebut,'' kata kenyataan itu. 

Di bawah Bajet 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak September lalu telah meluluskan peruntukkan RM540 juta bagi pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2013. 

Bantuan ini bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga. Murid atau pelajar yang layak menerima bantuan tersebut mesti berstatus warganegara Malaysia, bersekolah kerajaan dan sekolah bantuan, murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannya bagi persekolahan tahun 2013. 

Pada masa yang sama, kenyataan tersebut turut meminta setiap Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Daerah memaklumkan kepada sekolah mengenai pelaksanaan bantuan antaranya termasuklah melalui surat siaran, garis panduan dan pemantauan bagi memastikan pelaksanaan pembayaran bantuan mengikut prosedur dan peraturan kewangan. 

Pihak terlibat perlu melaporkan rumusan agihan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada kementerian selewat-lewatnya pada 28 Februari depan mengikut format yang ditetapkan. Selain JPN dan daerah, pihak sekolah juga tidak terkecuali berperanan dalam perkara itu antaranya termasuklah memastikan murid yang layak menerima bantuan, menyemak dan merekod peruntukan yang diterima ke dalam Buku Tunai KWK, dan mengeluarkan resit rasmi pejabat apabila peruntukan telah sah dimasukkan ke dalam akaun KWK. 

Sekolah juga perlu mengeluarkan wang bantuan daripada bank dan mengagihkan secara tunai kepada ibu bapa atau penjaga murid dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh bantuan diterima. Pihak sekolah juga perlu memastikan ibu bapa atau penjaga menurunkan tanda tangan ke atas Senarai Akuan Penerimaan atau Penolakan Bantuan dengan disaksikan dua guru sebagai saksi. 

Sekolah yang telah membuat agihan bantuan ini kepada murid yang akan berpindah sekolah perlu meletakkan cop 'telah bayar' bantuan khas RM100 pada borang perpindahan sekolah murid bagi mengelakkan berlakunya pertindihan agihan bantuan berkenaan di sekolah baharu nanti. 

Bagi memastikan tidak ada murid yang tercicir daripada menerima bantuan tersebut, sekolah diminta mendahulukan peruntukkan sedia ada sekolah seperti wang SUWA atau lain-lain peruntukan sekiranya peruntukkan asal tidak mencukupi. 

Pengetua atau guru besar dinasihatkan memohon secara rasmi perkhidmatan polis pengiring daripada Ketua Polis di negeri masing-masing dalam urusan pengeluaran wang melebihi jumlah RM10,000. 

Dua Maut Tertimbus Runtuhan Tanah



SUNGAI PETANI: Dua pekerja kontrak maut apabila tertimbus dalam runtuhan tanah ketika sedang melakukan kerja memasang saluran paip bawah tanah di tapak projek perumahan di Ambangan Height, Bandar Amanjaya, dekat sini, hari ini.


Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi ketika mangsa, S Saravanan dan P Mogan, 39, yang juga warga tempatan bersama dua pekerja lain berada dalam sebuah lubang kumbahan sedalam 10 meter.



Bagaimanapun, secara tiba-tiba bahagian tengah antara dua lubang itu yang tidak dikorek runtuh lalu menimbus dua pekerja yang tidak sempat melarikan diri, manakala dua pekerja lain berjaya menyelamatkan diri.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Rosdi Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.58 lalu dua jentera bersama 13 anggota dan pegawai bergegas ke lokasi kejadian.




Menurutnya, sebaik tiba, mereka mendapati satu daripada dua lubang berkenaan sudah dipenuhi dengan runtuhan tanah, dan beberapa pekerja dengan dibantu seorang jentera pengorek cuba menyelamatkan dua mangsa yang terperangkap.



"Pasukan penyelamat kemudian mengorek runtuhan tanah menggunakan jentera pengorek itu, dan memerlukan hampir satu jam sebelum berjaya menemui mayat Saravanan dalam keadaan terduduk, manakala mayat Mohan ditemui berhampiran mayat Saravanan dalam keadaan terbaring.

"Mayat Saravanan dibawa naik ke atas pada jam 12.10 tengah hari, manakala mayat Mohan dibawa naik ke atas pada jam 12.32 tengah hari. Kami turut berdepan sedikit masalah kerana tanah merah yang menimbus kedua-dua mangsa agak keras, selain turut menggunakan peralatan skop dan cangkul," katanya.

Mayat kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, untuk bedah siasat. - HMetro


12.25.2012

Bersekedudukan Hampir 10 Tahun... 5 Anak Luar Nikah



PUCHONG: “Kami bersekedudukan hampir 10 tahun sejak 1998 dan hanya bernikah selepas mempunyai empat anak dan masa itu saya sedang mengandung anak kelima pada awal 2007 lalu.

“Setelah melahirkan tujuh anak dan bakal melahirkan anak kelapan pada Januari depan, suami pula menceraikan saya pada Mei lalu,” kata seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Wani, 30.

Menurut Wani, dia kini bingung memikirkan masa depan tujuh anaknya walaupun suaminya masih tinggal bersama dan berjanji akan rujuk semula selepas melahirkan anak perempuan dalam kandungannya itu.


“Suami pernah hanya memberikan saya RM2 sehari untuk perbelanjaan makan minum kami lapan beranak walaupun sebelum ini ada juga dia beri RM50 atau RM100 seminggu.



“Saya faham dengan kerjanya yang cuma bergaji antara RM500 dan RM700 sebulan, tetapi apa dikesalkan, saya diceraikan kerana perempuan lain,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam. HMetro


Banjir di Kuantan : Kedai Sukan Antara Yang Dimasuki Air



Pekerja sebuah kedai peralatan sukan Noraini Mohd Hassan, 21, mengemas kasut yang ditenggelami air selepas banjir di bandar Kuantan, hari ini. Banjir berlaku selepas hujan lebat dari malam semalam dan mereka yang tinggal di kawasan banjir dinasihatkan supaya berjaga-jaga kerana hujan lebat dijangka akan berterusan sehingga 9 Januari depan.- Foto Bernama

Berkahwin Tanpa Restu Ibu.... "Ampunkan saya!"



GEORGETOWN: Pelakon drama bersiri Trilogi Cinta, Siti Fazurina Mohd Famir hanya sempat memeluk ibunya selama beberapa saat sebelum ibunya itu ditarik ahli keluarganya yang lain meninggalkan sidang media dibuat pelakon berusia 30 tahun itu di Bayan Baru di sini, bagi menjelaskan kontroversi perkahwinannya, semalam.

Ibunya, Zubaidah Abu Bakar, 60, hadir pada sidang media itu bersama abang tiri Fazurina, Shahzuri Shaharudin, 36, serta adik-beradiknya yang lain, Mohd Fauzi Mohd Famir, 24, dan Mohd Firdaus Mohd Famir, 22. Bagaimanapun, mereka hanya berdiri berhampiran kumpulan media dan hanya mendengar sidang media tanpa berkata apa-apa.

Siti Fazurina kelihatan tersentak dan menangis apabila ibunya mengikut saudara-maranya yang lain selepas dia berkejar mendapatkan Zubaidah berhampiran tangga selepas ibunya bergegas meninggalkan sidang akhbarnya.

Bagaimanapun, dia hanya sempat memeluk ibunya selama beberapa saat sambil meminta ampun manakala Zubaidah didengar meluahkan kekesalannya dengan tindakan Siti Fazurina (berkahwin secara senyap) sebelum dia ditarik adik-beradiknya meninggalkan tempat itu.

Usaha Harian Metro untuk mendapatkan penjelasan Zubaidah mengenai perkahwinan anaknya itu gagal kerana dia enggan ditemu ramah media, termasuk ketika dihubungi melalui telefon, malam tadi. - HMetro



12.24.2012

Bomoh 64 Tahun ROGOL Kanak-Kanak 12 Tahun


                                     Gambar hiasan                                                                                

ALOR SETAR: Polis Kota Setar sedang memburu seorang lelaki berusia 64 tahun yang didakwa merogol seorang gadis bawah umur ketika mangsa mendapatkan rawatan tradisional daripadanya, dalam kejadian tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Md Jan berkata polis menjejaki suspek yang dikenali sebagai 'Walid' itu sejak Februari lepas, susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa. 


Gadis berusia 12 tahun itu mendakwa dirogol beberapa kali oleh bomoh tersebut ketika menjalani rawatan membuang sihir, di sebuah rumah sewa antara September dan November lepas, katanya di sini, hari ini. 

Katanya polis mendapati suspek sudah berpindah keluar daripada rumah sewanya yang turut dijadikan pusat rawatan dan dipercayai berada di luar daerah ini.




Sementara itu, ibu mangsa yang ditemui pemberita, berkata anak saudaranya yang berusia 16 tahun juga mendakwa dicabul bomoh tersebut ketika menemani sepupunya menjalani rawatan berkenaan.



Dakwanya setiap kali rawatan, lelaki tersebut akan meminta untuk bersendirian dengan anak gadisnya di dalam sebuah bilik, kononnya bagi melancarkan proses rawatan. - Bernama

Kemalangan Di Sana Sini - BERHATI-HATI DI JALAN RAYA


Wanita maut dalam kemalangan di Port Dickson



PORT DICKSON: Seorang wanita terbunuh manakala dua anak perempuannya patah kaki apabila motosikal dinaiki mereka dilanggar sebuah kereta di Kilometer 9.5 Jalan Pantai, dekat sini, kira-kira jam 11.50 malam tadi.

Ketika kejadian, mangsa, D Indrani, 47, bersama dua anaknya dalam perjalanan balik selepas menghadiri satu majlis di Avillion Cove, di sini. 

Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Port Dickson manakala dua anaknya masih dirawat. _HMetro


Remaja maut, motosikal rempuh belakang treler




SEREMBAN: Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh belakang sebuah treler di kilometer 260.3 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah utara, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pada 3.30 pagi itu, mangsa, Farul Rhyzuwan Abd Wahab, 19, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. 


Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaya 125Z dipercayai dalam perjalanan dari arah Senawang menuju ke Seremban. 

"Ketika sampai di lokasi kejadian, mangsa yang berada di laluan kiri lebuh raya itu tidak perasan sebuah treler membawa muatan bijih besi sedang berhenti di laluan berkenaan.




"Mangsa yang tidak sempat menggelak terus melanggar belakang treler berkenaan dan menyebabkan mangsa bersama motosikalnya tercampak sejauh beberapa meter," katanya di sini, hari ini.



Katanya, siasatan awal mendapati treler berkenaan yang dalam perjalanan menuju Pulau Pinang, sedang mengalami kerosakkan dan tidak dapat dialihkan ke laluan kecemasan. 

Katanya, pemandu treler berusia 44 tahun itu yang tidak mengalami kecederaan kemudiannya telah membuat laporan polis. 

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik Negeri ASP Abd Halil Hamzah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar, di sini untuk bedah siasat. - Bernama




Sadis... 4 Beranak Rentung



CHUKAI: Sungguh memilukan apabila empat beranak rentung selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 126.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, depan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kemasik, dekat sini, awal pagi tadi.

Kemalangan menyayat hati itu itu meragut nyawa seorang guru, Sabirin Sulaiman, 45, dan isterinya, Halina Saif @ Saib, 40, serta dua anak mereka, Siti Aisyah, 14, dan Siti Khatijah, 12. 


Ketua Polis Negeri, Datuk Jamshah Mustapa berkata, empat beranak itu terperangkap di dalam kenderaan selepas kereta Kia Sephia yang mereka naiki bertembung dengan bas Ekspres Budaya, kira-kira jam 1.30 pagi sebelum kenderaan mereka terbakar dan seterusnya membakar bas ekspres terbabit yang dinaiki lapan penumpang. 

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki keluarga terbabit dari arah Kemaman ke Dungun dikatakan gagal dikawal sebelum memasuki laluan kanan jalan.




Berikutan itu katanya, kereta terbabit dikatakan bertembung dengan bas ekspres yang datang dari arah bertentangan sebelum kereta itu diseret bas terbabit kira-kira 30 meter sehingga ke kaki lima jalan.



Katanya, pertembungan itu menyebabkan kereta dinaiki keluarga malang terbabit terbakar sebelum api itu menyambar dan membakar hampir keseluruhan bas ekspres terbabit yang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Melaka. 

Menurutnya, jalan di lokasi kemalangan bukanlah disenaraikan sebagai laluan berbahaya dan kereta terbabit dipercayai memasuki laluan bertentangan berikutan cuaca ketika itu hujan renyai. 

"Saya menasihati kepada semua pemandu supaya lebih berhati-hati terutamanya dalam keadaan cuaca yang sering hujan lebat menyebabkan air bertakung di atas jalan," katanya sambil memberitahu kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian. 

Sementara itu, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Rozlan Seman berkata, seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh serta Kemaman bersama tiga jentera bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan daripada orang ramai sebelum melancarkan operasi memadam kebakaran kedua-dua kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu. 

Katanya, bomba terpaksa memadam keseluruhan kedua-dua kenderaan terbabit sebelum melancarkan kerja-kerja mengeluarkan kesemua mangsa yang rentung dalam kenderaan terbabit. - HMetro

12.21.2012

BN Selangor : Akhirnya Mengaku Membeli Tanah Dengan Harga Murah

Mudahnya.... sekadar memohon maaf!!

Penyelaras BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed menggesa agar DAP tidak mengungkit isu-isu lampau berkaitan pentadbiran BN di Selangor sebelum tahun 2008.

NONE 













"Mengapa (DAP) perlu mengungkit semua isu ini?  Segala yang silap berlaku sebelum 2008.

"Kami (BN) berhadapan pelbagai isu dan ya, rakyat telah menghukum kami pada tahun 2008 dan PM juga telah mengaku silap dan memohon maaf," katanya.

Mohd Zin menegaskan demikian sewaktu diminta mengulas dakwaan-dakwaan DAP berhubung pemilikan 24 keping tanah oleh BN yang didakwa dibeli secara murah sewaktu BN mentadbir Selangor.

Menurutnya, tumpuan sekarang perlu diberikan kepada usaha membina negara dan rakyat Selangor juga sudah menghukum kesilapan-kesilapan BN di Selangor sebelum tahun 2008.- Malaysiakini

11 Tahun Jadi 'Gundik' Penjawat Awam


 4 kali gugur zuriat haram....

SHAH ALAM: Tidak mahu terus bergelumang dengan dosa, seorang ibu tunggal tiga anak yang menjadi wanita simpanan seorang pegawai kerajaan selama hampir 11 tahun, rela berdepan hukuman apabila menyerah diri di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), di sini, kelmarin. 

Wanita berusia 40-an itu mengaku sudah empat kali menggugurkan kandungan hasil hubungan haram itu, namun kini insaf selepas menyedari kekasih gelapnya itu hanya menjadikannya alat pemuas nafsu.

Malah, dia yang mahu dikenali sebagai Ros berkata, lelaki itu sering memukulnya hingga hidungnya patah akibat dipijak dan wangnya juga dikikis sehingga puluhan ribu ringgit termasuk untuk membeli kereta.

Menurut Ros, penyesalannya semakin mendalam selepas anak lelaki yang berusia 10 tahun mengetahui perhubungan terlarangnya itu dan menasihatkannya meninggalkan lelaki terbabit.

“Tambahan pula, kini lelaki itu sudah meninggalkan saya dan menjalin hubungan dengan perempuan lain. Jadi, terbukti dia bukan mahu menjadikan saya isteri keduanya seperti dijanjikan.

Sekadar renungan...

Daripada Maimunah r.a. berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Umatku akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah ‘Azza wajalla akan menurunkan azab siksa kepada mereka seluruhnya.” (Hadis riwayat Ahmad, kata al-Munziri - 3/265: isnadnya hasan) 

Dan lagi, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila zahir/nyata zina dan riba dalam sesebuah tempat, maka penduduk tempat itu telah menghalalkan untuk diri mereka azab dan siksa Allah.” (Hadis riwayat al-Hakim, dan katanya; sahih isnadnya) 

Bayangkan perkara dosa yang berleluasa, bukan setakat akan mengenai pembuatnya, bahkan ancaman tersebut akan mengenai penduduk disekitarnya. Bila agaknya berakhirnya keadaan ini, kalau masing-masing tidak takutkan Allah, masing-masing masih menolak hukum Allah. Kenapa sukar sangat manusia memertabatkan hukum Allah ye…? 

Atas penolakan hukum inilah sebenarnya yang membuatkan bala turun bertimpa-timpa. Pembunuhan di sana-sini, anak luar nikah melata dibuang di muka bumi tanpa ada sedikit belas kasihan. Ada yang diblender lagi untuk menghapuskan bukti. Cuba kamu tu yang diblender begitu. Kamu sudi… 

Firman Allah :- وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً 
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. (Surah Al-Israa' :32)

12.20.2012

Kejadian Aneh :Mayat Lemas Terlalu Berat


KOTA TINGGI: Keanehan berlaku ketika pihak berkuasa menguruskan sembilan mangsa bot karam di Perairan Teluk C berhampiran Bandar Penawar, di sini, malam kelmarin apabila mayat mereka gagal diangkat kerana terlalu berat.

Walaupun lima orang dewasa berusaha mengangkat satu mayat, usaha mereka tetap gagal dan keadaan hanya berubah selepas seorang ustaz dipanggil untuk membantu.

Sumber polis berkata, selain keadaan mayat yang berat, berlaku satu lagi keanehan apabila pacuan empat roda polis secara tiba-tiba tersekat di kawasan berpasir dan tidak boleh bergerak menyebabkan usaha membawa mayat ke hospital bertambah sukar.

Menurutnya, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam berkaitan penemuan mayat terdampar di kawasan itu kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.

“Semua mangsa dipercayai penumpang sebuah bot pancung yang membawa lebih 15 pendatang tanpa izin warga Indonesia yang bertolak dari Bandar Penawar melalui laluan tikus untuk pulang ke negara asal mereka.- HMetro

Sadis : Kanak-kanak 3 Tahun Hancur Seluruh Badan


NIBONG TEBAL: Seluruh badannya hancur hingga menampakkan tulang, manakala kepalanya pula berkecai dan hanya meninggalkan cebisan rambut.

Begitu keadaan mayat seorang kanak-kanak, Muhammad Aslam Maricar Said Ibnu Salam, 3, yang diseret sejauh 10 kilometer oleh sebuah kenderaan selepas dia tercampak keluar dari kereta dinaikinya bersama keluarga yang terbabas kerana mengelak bangkai haiwan di atas jalan.

Lebih memilukan apabila mayat mangsa hanya ditemui tiga jam selepas kereta dipandu bapanya, Said Ibnu Salam G M Ismail, 47, terbabas ketika cuba mengelak bangkai anjing di Kilometer 168.4, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini, malam kelmarin.

Mayat mangsa dalam keadaan mengerikan itu ditemui pengguna lebuh raya di tepi jalan berhampiran Hentian Sebelah Sungai Bakap, dekat sini, sebelum memaklumkannya kepada polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafien Mamat berkata, kejadian berlaku jam 8.45 malam apabila kereta Ford Laser yang dinaiki mangsa sekeluarga dalam perjalanan dari Bukit Merah Lake Town Resort di Taiping, Perak menuju rumah mereka di Jalan Shaik Madar, Ayer Itam, Georgetown, dekat sini. - HMetro

12.19.2012

Bertuahnya Kita .... Binatang Pun Tak Lari Dari Ujian

Nasibku yang malang....







AES : Rakyat Semakin Matang....



Rakyat terus tertanya-tanya....
Siapa Beta Tegap Sdn Bhd??? Kenapa kelam kabut sgt?? Datuk Solah KP JPJ kata tak swasta AES... tapi Beta Tegap ni siapa?? anak syarikat JPJ ke?? 

Syarikat konsesi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), Beta Tegap Sdn Bhd telah mendapat kebenaran untuk semakan kehakiman terhadap arahan Majlis Perbandaran Sepang (MPS) untuk menurunkan dua kamera had laju.

Peguam Beta Tegap, Fiona Bodipalar (kiri dalam foto) berkata Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memberikan kebenaran untuk semakan kehakiman itu didengar pada 14 Februari.

Dalam surat bertarikh 6 Disember, MPS telah mengarahkan syarikat itu menurunkan dua kamera had laju di Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan dalam tempoh 14 hari.

Bagaimanapun, berdasarkan nasihat guaman, arahan itu kemudiannya dipinda kepada 'menutup' peralatan tersebut dalam tempoh 24 jam.

Fiona berkata Hakim Datuk Zaleha Yusof yang mendengarnya dalam kamar,  turut mengeluarkan perintah supaya MPS "tidak akan mengambil tindakan untuk menurun atau menutup" kamera berkenaan sehingga kes itu selesai.

"MPS telah bersetuju dengan perintah itu," katanya hari ini.

Dalam permohonannya, Beta Tegap turut memohon pengisytiharan bahawa MPS tidak mempunyai bidangkuasa ke atas kedua-dua lebuh raya. - Malaysiakini

Remaja 18 Tahun Dirogol Di dalam Semak

 Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang remaja berumur 18 tahun dirogol ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di sebuah pusat membeli-belah Wangsa Maju, di sini, malam kelmarin. 

Dalam kejadian jam 10.15 malam itu, mangsa seorang diri berjalan kaki menuju ke stesen transit aliran ringan (LRT) Sri Rampai sebelum seorang lelaki berumur lingkungan 20-an tidak dikenali menekup muka mangsa dari belakang sebelum menariknya ke dalam semak berhampiran.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian berlaku terlalu pantas apabila suspek bertindak mengangkat mangsa yang meronta-ronta, ke bahagian tengah semak tanpa disedari orang ramai yang berada tidak jauh dari lokasi. 

Menurutnya, suspek seterusnya bertindak merogol mangsa dan beredar sambil berpesan supaya mereka bertemu lagi keesokan harinya (semalam) hingga mengakibatkan trauma kepada remaja tersebut. “Mangsa ditemui anggota Polis Bantuan stesen LRT dan kemudiannya diserahkan kepada sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Polis Wangsa Maju. 

Hasil pemeriksaan pihak hospital mengesahkan mangsa dirogol, namun mangsa tidak mengalami kecederaan di bahagian lain. “Lelaki berkenaan sebelum itu didakwa sering kelihatan berkeliaran di sekitar kawasan tersebut,” katanya. 

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat tentang suspek yang didapati berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan diminta memaklumkan segera kepada polis. “Suspek dipercayai berbangsa Melayu, berbadan gempal dan berambut kerinting serta ketinggiannya lima kaki empat inci. “Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya. 

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan, polis tidak menolak kemungkinan suspek terlibat merupakan penduduk di kawasan berhampiran dan merupakan seorang lelaki yang dikategorikan sebagai gila seks. 

Lelaki berkenaan juga dikatakan suspek sama ditahan 18 September lalu kerana dilaporkan menunjukkan kemaluan ketika memberhentikan kereta bersebelahan wanita dalam perjalanan ke stesen LRT berkenaan.

PRU13 : Abby Abadi Berjanji Akan Bantu Calon PAS

KANGAR - Bekas pelakon popular drama bersiri Gerak Khas, Abby Abadi berjanji akan membantu calon Pas berkempen dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). 

“Saya sanggup turun bersama Muslimat Pas sebagai perayu undi di seluruh pelosok negara pada PRU13 nanti. “Kami cukup bersedia untuk sama-sama menggempur pihak lawan pada kempen pilihan raya nanti untuk merayu undi,” katanya ketika menyertai perhimpunan kebangkitan rakyat peringkat negeri di dataran Kompleks Pas Perlis di Jalan Kampung Pondok di sini, malam kelmarin. 

Kira-kira 4,000 ahli Pas dan PR menghadiri program itu. Abby atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan berkata, beberapa rakan artis lain akan bersamanya tidak lama lagi untuk memberi sokongan kepada PR. 

Sungguhpun mengakui dirinya adalah dari keluarga penyokong Barisan Nasional (BN) bahkan ayah dan ibunya ialah orang Umno tetapi hatinya lebih terbuka untuk memilih Pas kerana ada hikmah di sebaliknya. “Saya ingin membina rumah di syurga,” katanya sambil menyifatkan dirinya begitu tenang setelah menyertai Pas. 

Abby menyifatkan penyertaannya dalam Pas sebagai jihad dalam kehidupannya setelah meninggalkan dunia lakonan. “Saya rasa begitu bahagia sebagai seorang Muslimah yang akan meneruskan perjuangan mencari kebenaran dan keadilan bersama parti pilihan,” katanya.- Sinar

Sistem Penguatkuasan Automatik (AES) Digantung.


Pejabat Peguam Negara hari ini mengarahkan supaya semua prosiding kes saman melalui Sistem Penguatkuasan Automatik (AES) digantung.

Dalam satu kenyataan petang ini, ia bagaimanapun menegaskan bahawa saman melalui AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah sah.

"Bagaimanapun, ekoran kebimbangan yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu mengenai undang-undang dan aspek teknikal lain, maka Pejabat Peguam Negara telah memutuskan untuk mengkaji perkara itu dan mengarahkan semua prosiding ditangguhkan sehingga kebimbangan tersebut ditangani.

"Satu keputusan akan dibuat dalam tempoh beberapa hari akan datang mengenai isu berkenaan," tambahnya.

Mengenai empat kes saman yang telah dilepaskan tanpa dibebaskan,l semuanya akan dikaji semula dan akan didaftar semula jika pendakwaan perlu dibuat. 

Polis: Jangan dengar khabar angin, tiada rusuhan kaum


SUNGAI PETANI – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang bertindak menyebar khabar angin kononnya Kuala Muda dikenakan perintah berkurung akibat rusuhan kaum sepertimana yang disebar menerusi laman sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS). 

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab menafikan perkara tersebut dan menegaskan, polis akan menjalankan siasatan terhadap pihak yang menyebarkannya kerana tindakan itu satu kesalahan. 

“Sehingga kini, hasil siasatan dan risikan polis mendapati insiden awal pagi 16 Disember di Flat Paya Nahu, Sungai Petani itu tiada kaitan dengan (dakwaan) kebencian kaum Melayu ke atas kaum India dan begitu juga sebaliknya,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media di ibu pejabat Polis Kuala Muda malam tadi. “Kalau dilihat melalui siasatan, ia berpunca daripada kes nak lumba motor, masing-masing nak tunjuk hebat. 

Bila tak puas hati panggil kawan-kawan dan tercetuskan kejadian itu. “Saya juga telah berjumpa dengan ketua kaum Melayu dan India pada hari sama jam 3 petang dan merayu mereka memberi penerangan jelas kepada masyarakat supaya jangan bertindak balas, jangan menyebar berita palsu dan jangan menghasut melakukan pergaduhan lebih besar,” katanya. 

Menurutnya, kesemua ketua kaum memahami dan berjanji akan memaklumkan kepada anak buah agar tidak bertindak di luar batas undang-undang. Berhubung insiden itu, katanya, 13 suspek telah ditahan reman dan lima yang tercedera telah menerima rawatan di hospital di mana empat daripadanya sudah dibenarkan pulang. 

Bagaimanapun, katanya, beberapa insiden yang berlaku selepas itu tiada kaitan dengan insiden pertama dan berlaku secara kebetulan. “Kita merujuk kepada khabar angin ada pergaduhan di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, kes bakar masjid, rusuhan kaum, darurat dan semuanya dikatakan berpunca daripada kes pertama adalah fitnah semata-mata. 

“Polis akan terus memantau dan menghantar lebih ramai anggota selain mengadakan sekatan jalan raya bertujuan meredakan keadaan bukannya disebabkan ada rusuhan,” katanya. 

Berhubung seorang pegawai polis yang dibelasah katanya, pegawai berkenaan sedang bercuti kerana ingin berkahwin, berkunjung ke sebuah kedai. “Berdasarkan siasatan, berlaku salah faham antara pegawai tersebut dengan seorang lelaki India yang mencetuskan pergaduhan. “Tetapi, ia tiada kaitan dengan isu perkauman dan berlaku secara kebetulan bukannya disebabkan insiden pertama,” katanya. 

Beliau bagaimanapun meminta penduduk Kuala Muda khususnya Sungai Petani bertenang dan jangan mempercayai berita palsu yang tersebar melalui Facebook, Twitter atau SMS kerana bimbang ada pihak akan terpengaruh yang mendorong kepada perkara tidak sihat. 

Menurutnya, polis sendiri menerima banyak panggilan telefon berikutan tersebarnya khabar angin mengatakan berlaku rusuhan antara kaum Melayu dan India di daerah Kuala Muda. 

Sehingga kini (sehingga sidang media dilakukan), Kuala Muda masih dalam keadaan aman dan tenteram dan tiada sebarang kematian dilaporkan berhubung isu berkenaan.

12.18.2012

Kes Rogol Pelajar 13 tahun... Teman Lelaki Diburu!

  Muhd Hazri Abdul ghafor

GEORGETOWN - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai boleh membantu siasatan kes rogol yang berlaku pada tahun 2009. 

Difahamkan, suspek dan mangsa adalah pasangan kekasih dan remaja perempuan itu mengaku melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya beberapa kali. Mangsa yang kini berusia 16 tahun kini dilaporkan sudah melahirkan anak dengan suspek yang semasa kejadian berumur 24 tahun. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, Mohd Hazri Abdul Ghafor, 27, beralamat No 1256-E, Jalan Paya Terubong, Ayer Itam, dipercayai boleh membantu polis dalam kes rogol seorang pelajar berusia 13 tahun (ketika laporan dibuat) kira-kira tiga tahun lalu.

“Laporan dibuat bapa mangsa pada masa itu (2009) mengatakan anaknya didapati mengandung dua bulan kerana disyaki dirogol teman lelakinya iaitu suspek. Usaha mengesannya tidak pernah dihentikan sebaik laporan diterima pada 27 Jun 2009.
 
“Setelah menerima laporan bapa mangsa, polis membuat serbuan dua kali ke rumah suspek iaitu 28 Jun 2009 dan 15 Disember 2012. Selain itu, suspek disenaraikan orang yang dikehendaki serta gambarnya turut disiarkan melalui media pada 10 Oktober 2009,” katanya kepada media semalam. 

Menurutnya, anggota polis juga diarahkan membuat risikan dan pemantauan sepanjang tahun di kawasan rumahnya namun suspek didapati langsung tidak pulang ke rumah. “Suspek didapati tidak pulang ke rumah selepas insiden itu. 

Kita sudah arahkan beberapa anggota untuk membuat risikan dan pemantauan di kawasan rumah suspek namun gagal ditahan kerana tidak pulang ke rumah. “Kita mohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek dapat menghubungi polis atau balai polis terdekat. 

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.,” katanya. 

Terdahulu, seorang peniaga membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat kes rogol membabitkan anaknya tidak diselesaikan polis setelah kes berlarutan sejak tiga tahun lalu. 

Bapa berusia 40 an itu kesal kerana polis memandang ringan kes anaknya yang juga budak di bawah umur. - Sinar

Anwar: Perak kubu penting Pakatan


SERI ISKANDAR - Dalam usaha menawan Putrajaya, Pakatan Rakyat (PR) harus menang dengan majoriti meyakinkan di Perak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) kerana Perak boleh menjadi kubu penting perikatan itu bagi mencapai matlamat memerintah negara.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, matlamat dalam PR sudah cukup mantap akan akan berkekalan sehingga mereka berjaya menawan Putrajaya kelak.

Beliau turut melaungkan janji untuk mengkaji semula perjanjian dengan syarikat yang membekalkan elektrik supaya dapat diturunkan tarif elektrik. "Kita tak peduli syarikat berkenaan dari mana atau bangsa apa. Kita mahu mereka berhenti menekan rakyat melalui tarif elektrik tinggi," katanya ketika berucap pada Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Negeri Perak di Padang Sidec, Bandar Seri Iskandar, kelmarin.

Hadir sama, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalannya, Mohamad Sabu; Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin dan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Dr Tan Seng Giaw.

Anwar yang juga Ketua Umm PR dan PKR berkata, kehadiran yang ramai ke majlis berkenaan merupakan tanda rakyat sudah muak dengan dakyah Umno dan mahu bangkit menumbangkan parti itu untuk merasai kebebasan.

Beliau turut menyatakan PR akan menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat bermula sekolah rendah hingga universiti sekiranya mendapat mandat memerintah negara. "Anak-anak muda adalah tenaga penting untuk negara dan mereka perlu diberi penduduk lebih baik secara percuma bermula dari sekolah rendah hingga universiti.

Kita juga akan hapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Insya-ALLAH, negara tidak akan bankrap," katanya. Menyentuh Himpunan 1 juta Rakyat pada 12 Januari 2013, beliau menegaskan perhimpunan bertujuan membersihkan PRU 13 dan rakyat perlu turun demi menyampaikan mesej kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, Abdul Hadi dalam ucapannya berkata, Umno lebih menekankan perkataan Melayu berbanding Islam dalam pemerintahan mereka serta tidak mempunyai ilmu dan akhlak mulia untuk memerintah negara.

"Memang tidak dinafikan bahawa kita harus sayang kepada bangsa kita. Tetapi ia tidak boleh dijadikan akidah. Begitu juga dengan ilmu. Jika kita ada ilmu tetapi penakut, bagaimana mahu memerintah negara?" katanya. Kira-kira 30,000 hadirin membanjiri himpunan.- Sinar

12.15.2012

20 Orang Murid Mati Ditembak

 26 termasuk 20 murid mati ditembak di sekolah....


NEWTOWN, Connecticut - Seramai 26 orang termasuk 20 kanak-kanak terbunuh dalam kejadian seorang lelaki melepaskan tembakan di sebuah sekolah rendah di sini, semalam - insiden paling buruk membabitkan kawasan sekolah dalam sejarah Amerika Syarikat (AS).

Suspek, seorang lelaki yang dikenali sebagai Adam Lanza, 20, ditemui mati di kawasan Sandy Hook Elementary School, dipercayai membunuh diri selepas menembak mangsa.

Adam juga dipercayai menembak ibunya sebelum menyasarkan sekolah tersebut. Dia dilaporkan menembak mangsa menggunakan dua pistol 9mm. Laporan CNN menyebut seorang cedera dalam kejadian itu. Antara maut termasuklah pengetua sekolah dan pakar psikologi.

Menurut polis, seorang dewasa turut ditemui mati di sebuah lokasi berbeza di Newtown. Polis juga berkata, mangsa di lokasi kedua dikenali sebagai Nancy Lanza, ibu kepada suspek yang melepaskan tembakan di kawasan sekolah.

Dia ditemui mati di rumah anak lelakinya. Nancy juga merupakan guru di Sandy Hook. Jurucakap polis Connecticut, Lt Paul Vance menyifatkan insiden ini sebagai sesuatu yang "tragis, sangat tragis." "Sukar untuk digambarkan," kata Vance kepada CNN. Abang suspek, Ryan berkata, Adam mempunyai rekod masalah mental. - Sinar

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails