8.28.2010

Datuk Lee Chong Wei Kecundang

Peminat badminton kecewa lagi.....

Entah apa yang tidak kena dengan permainan Datuk Lee Chong Wei malam tadi ketika bertemu Taufik Hidayat. Akhirnya ternyata bahawa sekadar memegang tahta nombor satu ’BWF World Ranking’ tidak menjanjikan dapat memiliki gelaran ’Juara Dunia’.

Nampaknya memang benarlah ramai dikalangan peminat badminton negara telah muak dengan galaran nombor satu dunia tetapi tidak dapat menjuarai kejohanan-kejohanan besar seperti Juara Dunia di Paris.

Sudah pastinya seluruh peminat badminton negara rasa kecewa melihat persembahan Lee Chong Wei terutama pada set penentuan yang nampak beliau tidak melawan kehebatan Taufik Hidayat.

Akhirnya Taufik Hidayat dapat mengalahkan pemain nombor satu dunia Lee Chong Wei dari Malaysia untuk maju ke semifinal Kejuaraan Dunia di Paris, Prancis.

Juara dunia 2005 dan Olimpic 2004 itu berjuang selama satu jam untuk meraih kemenangan 21-15, 11-21, 21-12 ke atas Lee Chong Wei di Stadion Pierre de Coubertin dan membuka peluang meraih gelaran juara dunia untuk kedua kalinya.

"Saya tidak percaya saya menang hari ini karena dalam pertemuan terakhir di Indonesia Terbuka saya kalah," kata Taufik dalam wawancara di tepi gelanggang selesai pertandingan.

Kali terakhir Taufik mengalahkan Lee Chong Wei dua tahun lalu di Prancis Super Series 2008 dan selepas itu pertemuan sebanyak lima kali berturut-turut beliau tewas.

Lin Dan juga Tewas....

Pemain badminton terbaik yang penah dihasilkan China, Lin Dan gagal mempertahankan kejuaraan dunia apabila dia tewas kepada pemain Korea, Park Sung-Hwan di sini semalam.

Park yang juga pemain pilihan ke-13 mempamerkan aksi hebat dan berkesan untuk menghalang kemaraan juara tiga kali itu untuk menang, 21-13, 21-13.

Lin ketinggalan sejak awal lagi dan sekadar dilihat bersahaja apabila mata terus direbut lawan dan turut kelihatan seperti berpuas hati dengan cara permainan seperti kejar-mengejar mata sahaja.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails