4.29.2010

Tahniah Saudara Ezam!!!

Ezam Mohd Nor antara empat dilantik senator...

Wak mengambil kesempatan di pagi yang nyaman ini untuk mengucapkan jutaan TAHNIAH kepada saudara Ezam Mohd Nor kerana akan bergelar 'Senator'. Tidak sia-sia pengorbanan beliau keluar dari PKR untuk melompat secara 'gilang gemilang' menyertai Umno.

Pinjam ayat dari 'sambaltumis'.... (tp nie tak de kaitan mereka yang hidup atau yang telah lompat parti)

Ada satu pantun dua kerat yang popular pada zaman Reformasi tapi masih relevan sampai sekarang, yang berbunyi seperti berikut;

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri,
Bercakap Bohong Lama Lama Jadi Menteri...

Bekas ketua pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd Nor adalah antara empat orang yang akan dilantik sebagai Senator.

Menurut The Star Online, mereka yang lain termasuk timbalan presiden MIC Datuk G Palanivel, pengerusi eksekutif firma Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan presiden Senat, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara, Isnin depan.

Ezam (kiri) juga adalah bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang terkenal kerana pernah mengakui mempunyai enam kotak yang dikatakan mengandungi dokumen mengenai salah laku pemimpin kerajaan.

Dia bagaimanapun kemudian menafikan perkara itu sebaliknya mendakwa kotak itu suatu pembohongan dan dijaja sebagai modal politik sejak 1999 selepas Anwar dipecat daripada Umno dan kerajaan.

Selepas meninggalkan PKR dan menyertai Umno, Ezam berkata dia bukan saja dikutuk kerana meninggalkan perjuangan mereka tetapi juga digelar ahli parti itu sebagai "Ezam Kotak".

4.25.2010

Weiii!! BN Menang laaa!!!!

Boleh jalan laaahhhh.....


Weiii!! BN Menang laaa!!!! HEEEEEE!!!!

Keputusan Tak Rasmi PRK Parlimen Hulu Selangor P094

Ulasan secara tak rasmi oleh para blogger @ berita online....


Tidak rasmi: BN menang di Hulu S'gor...

Pengundian tamat jam 5 petang. Proses pengiraan bermula jam 6 petang. Manakala keputusan dijangka diumumkan sekitar jam 9.30 malam.

7.50pm: Sumber-sumber BN mendakwa calon BN P Kamalanathan memang pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor dengan majoriti kira-kira 1,500 undi.

Difahamkan, Kamalanathan mendapat 21,919 undi, manakala PKR mendapat 20,305 undi.

Secara tidak rasmi, difahamkan kepimpinan PKR menerima kekalahan dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.-Malaysiakini..


Confirm! UMNO-Barisan Nasional menang!

Sebentar tadi dihadapan rumah teman, segerombolan kenderaan menteri-menteri bergegas ke arah Kuala Kubu Bahru dengan diiringi 2-3 bijik polis trafik bermotor dan berbelas-belas biji kereta pengiring!

Jelas, ini petanda kemenangan mereka telah terhidu!/budakbalun.blogspot

Tidak rasmi: Calon BN menang majoriti lebih 2,000 undi

7.50pm: Sumber-sumber BN mendakwa calon BN P Kamalanathan memang pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor dengan majoriti melebihi 2,000 undi.

BN – 19,067
PKR – 17,554
Majoriti – 1,513

http://best1of4.wordpress.com

Hulu Selangor: BN menang secara tidak rasmi, aduhai!

Belum sah lagi, tetapi nampak gaya Pakatan Rakyat kalah di Hulu Selangor. Aku memang kecewa, tetapi tidak putus asa. BN menang kerana undi Melayu, aduhai!

Tidak mengapa, sahabat. Tunggu PRU ke-13. Kita berjuang lagi.

http://buanadunia.blogspot.com

Dan terkini......


8.07pm: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan dalam perjalanan ke pusat pengiraan undi. Ini dilihat sebagai petanda bahawa BN menuju kemenangan.


8.05pm: Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon BN terus menambah undi kepada 22,395 undi, manakala PKR memperolehi 2,0815 undi.


Lagi terkini...8.20 malam


Undi yang dikira : 47,655 (97.38%)
PKR : 22,986
BN : 24,669
Majoriti : 1,683
Baki undi : 1,280

p/s : Segalanya adalah ketentuan Allah!!!

Kempen 'Superimpose' Yang Menjijikkan

Jangan memperbodohkan rakyat......

Gambar di bawah ini juga tersiar dalam risalah 'SELANGOR Kita' yang diedarkan secara percuma di beberapa kawasan di Hulu Selangor.







p/s : Ini kerja orang-orang yang ketandusan isu. Mereka memperbodohkan rakyat yang kini semakin celik IT @ Komputer.

Ucapan Terakhir Najib Berkempen di Hulu Selangorr

Najib berucap dengan membidas Anwar dan pembangkang.....

DS Najib hadiri program Himpunan Rakyat 1Malaysia dengan tema 'Legasi dan Harapan Bangsa' di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung

Antara ucapan DS Najib...

"Politics ketandusan moral ini cukupla... Enough is enough.

"Dia (Anwar) cabar saya berdebat dengannya..., buat apa debat dengan saya, buat perabihkan beras saja. Saya cadang dia berdebat dengan Saiful," sindir Najib sambil disambut gelak ketawa hadirin.

"Saya kenal Saiful pun tidak. Siapa yang pilih Saiful? Siapa lantik dia sebagai pegawai khas?

"Saiful itu jambu. Lepas itu dia kata Saiful ini tea boy saja? Tapi bawa ke Bangkok, bawa ke Singapura.

"Duduk di interconnecting room."

Najib juga secara sinis menyindir Anwar dengan mempertikaikan keistimewaan teh yang dibuat oleh Saiful.

"Ada juga jambu dalam pejabat saya. Tapi semuanya selamat di pejabat saya. Boleh check semuanya.

"Saya tak serang peribadi, saya tidak akan cerita di khalayak ramai. Kalau nak tahu detail boleh jumpa saya.

"Yang lain semua censor... Kalau nak tahu tunggu masa," kata Najib.

p/s: Wak teringin sangat nak jumpa DS Najib sebab nak tahu cerita secara detail... Agak-agak bila boleh jumpa ekkk!!!

4.24.2010

Hikmat Masyarakat Di Hulu Selangor

Kampung Ulu Rening dalam kenangan...

Rasanya dah seminggu Wak tak update blog kerana sibuk dengan tugasan khas di Hulu Selangor. Ini bukan le kerja politik tapi khidmat masyarakat yang ala-ala politik. Membuat kerja-kerja re-wiring di kawasan penduduk tempatan di Kampung Ulu Rening.

Projek yang Wak jalankan ini adalah arahan dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. So kita orang buat projek ini dengan niat membantu orang-orang susah di kampung tersebut tanpa memasukkan unsur-unsur politik. Namun telah ditetapkan oleh pihak tertentu yang Wak sendiri kurang pasti... namun semua rumah yang kita orang buat penambahan wiring ada lambang dacing.

Yang Wak rasa pelik bin heran nie ada sorang mamat memakai topi lambang dacing melawat rumah yang sedang kami buat re-wiring. Mangaku dengan selambe depan tuan rumah yang peruntukkan membuat kerja-kerja wiring nie datang dari pihak dia orang. Lantak korang laaa...

Setelah seminggu berkampung di Kamping Ulu Rening, banyak pengalaman yang Wak dapat secara langsung dari penduduk di situ. Memanglah kehidupan mereka agak ketinggalan namun semua kemudahan asas mencukupi. Cuma dari segi pendawaian rumah memang agak uzur.. memang sepatutnya kena diperbaharui terutama pada DB (distribution board).

Pada awalnya hanya 4 buah rumah yang perlu kami buat re-wiring tetapi atas permintaan penduduk setempat, telah bertambah menjadi 7 buah rumah. Semakin ramai penduduk yang datang kepada kami untuk mendapat bantuan pendawaian yang terdiri dari kipas siling, lampu pendaflour, soket outlet dan DB.

Bila keadaan nampaknya semakin tegang disebabkan pihak kami tak dapat memenuhi permintaan beberapa penduduk, Wak membuat cadangan pada beberapa Mak Cik dan Pak Cik yang tidak berpuas hati supaya membuat adauan terus ke bilik gerakan BN kat kampung tuu. Mintak dengan dia orang peruntukkan... kalau tak bagi jugak... ugut dia orang, nak pangkah PKR. Bagi dia orang menggelabah....

Nampaknya khidmat masyarakat yang team Wak buat nie telah menimbulkan rasa kurang senang dari penduduk yang tak dapat bantuan. Apapun Wak Cuma melaksanakan tanggungjawab saje... yang menurut perintah!

Memang banyak manfaatnya pilihanraya kecil di Hulu Selangor. Projek dan bantuan segera turun secara mendadak terus kepada penduduk tempatan. Namun setakat mana keadilan pembahagian bantuan tersebut masih diragui.

Banyak persoalan yang timbul dalam kepala otak Wak nie... Nampaknya PRK kali ini bukan saja parti PKR bersama Pakatan Rakyat berdepan dengan parti BN, malahan mereka sebenarnya berdepan dengan kerajaan 1Malaysia.

Apapun kita sama-sama tunggu keputusan PRK di Hulu Selangor P094. Hanya rakyat di Hulu Selangor yang dapat menentukan siapa yang berhak menjadi wakil mereka di parlimen nanti. Tungguuuu.....

Antara gambar yang dapat Wak rakamkan...





4.15.2010

Pelajar Kurang Ajar Menjadi-jadi

Rosak 9 kereta guru...

Hari ini keganasan dan sifat keterlaluan pelajar seperti sudah tidak ada kaedah lagi untuk memulihnya. Guru guru hari ini takut kepada anak murid,malah guru akan berfikir berkali kali untuk mendenda murid jika mereka melakukan kesalahan kerana takut diri mereka atau kenderaan akan jadi mangsa.

Tekanan guru yang mengajar di sekolah pada hari ini sangatlah berat. Bukan kerana untuk mengajar subjek dalam kelas tapi disiplin pelajar yang sangat buruk. Sebagai langkah pertama untuk membendung gejala kurang sihat di kalangan pelajar ini ialah mesti datang dari rumah iaitu kedua ibu bapa mereka yang mesti membentuk peribadi anak-anak. Pendidikan yang mesti diterapkan kepada anak-anak ialah CINTAKAN AGAMA.

PETALING JAYA: Marah kerana dihukum atas kesalahan disiplin, sekumpulan pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya Selatan boleh diibaratkan setan kecil apabila sanggup merosakkan sembilan kereta guru dengan menyimbah cat kuning dan putih, petang kelmarin.

Mereka juga bertindak ganas apabila memecahkan cermin belakang sebuah kereta Perodua Myvi milik guru.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, kumpulan pelajar samseng terbabit dipercayai melakukan kerja itu selepas waktu rehat sesi petang .

Kenderaan guru terbabit diletak bersebelahan pagar berdekatan makmal dan kumpulan pelajar terbabit dipercayai menceroboh kawasan sekolah dengan memanjat pagar.
Menurut sumber, seorang pelajar tingkatan dua dikenal pasti menjadi ketua kumpulan samseng itu dan bakal berdepan tindakan tegas.

Mereka pantas melarikan diri dengan memanjat pagar sebelum lesap ke kawasan perumahan berdekatan sekolah, katanya yang enggan dikenali.

Katanya, pelajar terbabit mengisi cat kapur berwarna putih dan kuning ke dalam beberapa karung plastik sebelum menyembur cecair itu di kenderaan guru.
Sumber itu berkata, difahamkan seorang daripada pelajar terbabit mahu merosakkan kenderaan guru disiplin, tetapi mungkin bertukar fikiran dengan merosakkan lapan lagi kenderaan lain yang berada di tempat letak kereta itu.

Bagaimanapun, pelajar tingkatan dua yang mengetuai serangan itu tersilap langkah apabila memecahkan kereta milik seorang guru wanita kerana menyangka ia milik guru disiplin yang menghukum mereka.

Difahamkan, kejadian disedari pengawal keselamatan sekolah apabila sekumpulan pelajar lain menjerit memberitahu ada pelajar menyimbah cat dan memecahkan kenderaan guru dipercayai menggunakan batu.

Antara kenderaan yang menjadi mangsa lepas geram kumpulan pelajar itu ialah Proton Exora, Perodua Myvi dan Perodua ViVA. Sekolah menengah terbabit juga sekolah angkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu diminta menghubungi talian 03-79662222. Difahamkan kes terbabit dilanjutkan kepada pengetahuan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Kementerian Pelajaran. - Metro

4.10.2010

Guru Di Sekolah Dah Tak Selamat

Pelajar Cedera Selamatkan Guru Dari Diserang

SHAH ALAM: Seorang pelajar lelaki cedera selepas dibelasah dengan topi keledar oleh dua lelaki yang menceroboh kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 27 di sini sebelum sesi sekolah bermula pagi ini.

Kedua-dua lelaki itu yang berumur 18 dan 23 tahun kemudiannya diberkas di sebuah pangsapuri di Subang Jaya tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Noor Azam Jamaluddin berkata suspek yang dipercayai bekas pelajar sekolah itu telah memasuki kawasan sekolah kira-kira 7 pagi sebelum terserempak dengan seorang guru wanita.

"Apabila disoal oleh guru itu, suspek dikatakan telah memberitahu bahawa mereka mahu berjumpa dengan sepupu salah seorang dari suspek.

"Guru berkenaan kemudiannya meminta mereka supaya menunggu di ruang menunggu. Tetapi suspek berang dengan kenyataan guru itu lalu memarahi dan mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah terhadap guru berkenaan," katanya.

Noor Azam berkata melihat kekecohan itu, tiga pelajar mendapatkan guru mereka dan turut meminta suspek yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol supaya tidak membuat kecoh dan memarahi guru mereka.

"Tetapi suspek menolak seorang pelajar dan menghayun topi keledarnya sebelum mereka bertindak melarikan diri dengan sebuah motosikal," katanya.

Noor Azam berkata guru berkenaan kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Shah Alam. - BERNAMA

Mengapa Pelajar Semakin Kurang Ajar….

Rotan kalau disimpan...anak jadi setan!

Wak dulu pernah jadi Warden.... Ketua Warden... dan Guru Disiplin di SMVKK @ SMTKK Jelebu. Mula posting tahun 1994 bulan Disember hingglah Mac 2003. Selepas tuu pindah mengajor di Kolej Komuniti Jelebu... dan sekarang di KKBB Melaka.

Banyak pengalaman yang Wak dapat semasa mengajor di Kuala Klawang. Sekolah nie kira kawasan luar bandar. Budaya kurang ajar pelajar-pelajar tidak begitu serius. Walau degil macam mana sekali pun, rasa respek pada cikgu tuu masih menebal.

Tapi zaman sekarang tak kira di sekolah bandar mahu pun di kampung atau kawasan felda... Pelajar2 dah kurang respek lagi kat cikgu-cikgu, kadang-kadang tu ada yang sanggup pukul cikgu, rosakkan harta benda cikgu, dendam dan macam-macam lagi. Dan yang terbaru mencederakan cikgu dengan cara yang begitu biadap dan kurang ajar. (Kisah lanjut pada entri sebelum ini)

Wak cukup terasa yang amat geram dan marah bila membaca cerita guru disiplin kena 7 jahitan akibat dari perbuatan pelajar-pelajar yang bermasalah tetapi tak boleh nak ditegur. Tak boleh nak dimarah.... Tak boleh nak disentuh.... Memang cukup biadap!!

Lagi satu perkara...sekarang zaman dah berubah. Ibu bapa dah banyak yang pandai pandai. Guru tak lagi dihormati. Guru siapa? Lepasan maktab. Ibu bapa banyak ada degree. Guru sudah boleh disaman. Guru-guru sudah boleh dipukul. So jangan rasa pelik kalau sekarang ini cikgu-cikgu, malah guru disiplin pun mereka tak peduli.... mereka semakin berani.

Wak mendengar keluhan dari rakan-rakan guru... Kebanyakkan mereka sekarang ini sudah hilang ‘mood’ untuk menegur pelajar-pelajar. Silap haribulan bukan pelajar yang salah, guru-guru pula kena tindakan. Mungkin guru-guru sekarang menggunakan pendekatan ‘aku datang mengajar, cukup bulan dapat gaji, apa nak jadi dekat engkau lantaklah’.

Yang menyedihkan kita ialah kebanyakan kes-kes yang berlaku adalah dikalangan anak bangsa Melayu. Orang Melayu memang hebat... pandai menambah stastistik perangai buruk, penagih dadah, bohsia, mat rempit, bojan, buli, buang anak, ragut dll. 1Malaysia Melayu memang boleh.

Sikap ibu bapa yang tidak membenarkan anak-anak mereka di didik dengan tegas dan tiada penggunaan rotan di sekolah menjadi punca utama masalah displin menjadi lebih serius.

Kebelakangan ini, sering terjadi di mana ibu bapa sering menunding jari pada guru-guru dan pihak sekolah apabila sesuatu masalah berlaku. Terdapat juga tindakan tegas diambil terhadap guru-guru apabila mendengar aduan anak-anak mereka yang tiada bukti, terlalu mempercayai anak-anak .

Mengapa ini semua berlaku??? Pelajar sekarang semakin kurang ajar!!! Antara punca-puncanya yang boleh kita kongsi bersama adalah seperti berikut:

1. Persekitaran pelajar-pelajar di luar sekolah lebih banyak terdedah dengan perkara-perkara yang bersifat negetif. Program yang dianjurkan oleh pihak-pihak kerajaan dan swasta lebih banyak ke arah hiburan sehingga melalaikan. Yang baik tu sikit sangat. Kita lebih kepada dunia dan lupa akhirat. Kalau ibu bapa sendiri lalai atas tuntutan agama, maka anak-anak akan semakin jauh.... dan terus sesat.

2. Sistem pelajaran dalam negara gagal ditafsir dengan baik walaupun falsafahnya molek. Maka bermaharaja lelalah unsur sekularisme dalam sistem pelajaran kita. Sepatutnya semua mata pelajaran dimasukkan elemen Islam bukan hanya mata pelajaran Islam sahaja yang bercakap atau berbincang soal agama.

3. Guru-guru terlalu terhad kuasanya dalam mendidik dan mendisiplinkan pelajar serta banyak pantang larangnya dalam usaha membentuk akhlak pelajar disekolah. Sekiranya guru bertegas maka guru akan disaman oleh ibu bapa yang serba moden.

4. Ibu bapa gagal menjalankan tanggungjawab mendidik anak dan menyerahkan 100% soal pelajaran dan pendidikan kepada pihak ketiga (sekolah, sekolah arab, guru fardu ain dan akhirnya kepada para bibik)

5. Keberkatan telah diangkat apabila dalam negara banyak berlaku maksiat (ulama dan pemerintah berkelahi, hiburan berlebihan dan melalaikan, salah guna kuasa, zina, minum arak, judi, berebut kuasa).

Sama-samalah kita renong-renongkan... fikir-fikirkan.... demi masa depan anak-anak kita dan juga anak2 bangsa harapan negara. Maka bersama-sama lah kita berikhtiar agar semua ini dapat kita perbaiki satu persatu agar masyarakat kita akan hidup aman dan damai serta sentiasa diberkati.. wallahu a’lam.



4.09.2010

Pelajar Sekarang Kurang Ajar

Guru disiplin terima 7 jahitan, cedera hidung sebab tegur pelajar bising



KULIM - Geram dengan teguran guru disiplin, sekumpulan 30 pelajar sebuah sekolah menengah di sini licik mengatur strategi 'serangan balas' menyebabkan guru terbabit cedera di hidung dan menerima tujuh jahitan di dahi terkena meja yang dibaling salah seorang kumpulan pelajar terbabit.

Kejadian jam 1.00 tengah hari kelmarin berlaku selepas guru yang enggan namanya disiarkan mendakwa sedang mengelolakan mesyuarat Persatuan dan Kelab di dewan sekolah diganggu sekumpulan pelajar yang membuat bising.

Terganggu dengan tindakan itu, guru terbabit memberi teguran namun tidak diendahkan sebaliknya kumpulan pelajar terbabit mencabar guru terbabit mengambil tindakan.

“Dalam kejadian itu saya anggarkan 20 hingga 30 pelajar terlibat. Saya mengejar kumpulan pelajar tersebut bertujuan untuk tidak terus mengganggu mesyuarat yang sedang saya jalankan.

"Tanpa disedari tindakan pelajar terlibat merupakan satu rancangan yang telah dirancang. Apabila sampai di tangga, salah seorang pelajar telah bersedia menunggu di belakang dinding membaling meja ke arah saya. Saya tidak dapat mengelak dan mengenai dahi dan muka saya,” katanya, kepada Sinar Harian semalam.

Mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Kulim, sebelum dibenarkan pulang pada hari sama.

“Saya mengesyaki seorang pelajar tingkatan tiga membaling meja ke arah saya dan kejadian yang berlaku kepada saya bukan kali pertama, saya difahamkan ada kes guru diludah pelajar dan menjadi mangsa maki hamun, selain kenderaan guru turut dirosakkan termasuk seperti tayar dipancitkan dan badan kereta dicalar dengan kata-kata kesat.

"Saya sudah membuat laporan polis dan tindakan itu adalah untuk melindungi guru lain juga,” katanya

Guru terbabit yang kecewa dengan kejadian tersebut mahu pelajar terbabit dikenakan tindakan tegas termasuk buang sekolah bagi menjaga keselamatan guru yang mengajar di sekolah ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata dan jika sabit kesalahan boleh di penjara tidak kurang dari tujuh tahun.

Sementara itu, Pegawai Pelajaran Daerah Kulim, Abu Bakar Md Ali, enggan memberi sebarang kenyataan ketika ditanya mengenai kejadian itu.

Kesan Buruk Akibat Judi

Amalan warisan syaitan cetus porak-peranda dalam masyarakat...

BERJUDI adalah jalan singkat yang salah untuk mengejar kekayaan dan wang ringgit. Judi disebut ‘Al-Maisir’ dalam Bahasa Arab dan ditafsirkan sebagai suatu bentuk permainan beradu nasib, menggunakan wang atau harta benda sebagai taruhan dengan pemenang akan mendapat hasil taruhan berlipat ganda.

Islam menegah umatnya daripada bergelumang dengan perjudian yang ternyata bersifat keji dan amalan warisan syaitan. Selaras dengan firman Allah bermaksud:

“Wahai orang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala, mengundi nasib dengan batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan mengerjakan solat. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?” (Surah al-Maidah, ayat 90-91)

Seseorang yang meraih hasil daripada perjudian, ketahuilah ia sumber haram dan tidak diberkati Allah. Maka, kesan seterusnya terpaksa ditanggung akibat berjudi adalah ahli keluarga sendiri.

Apabila rezeki haram disogok ke mulut isteri, anak dan sebati menjadi darah daging mereka, tidak mustahil kesan negatif akan terserlah sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang.

Contohnya, luntur nilai silaturahim sesama keluarga, kehidupan porak-peranda, tiada kepercayaan dan hormat-menghormati, sukar mencapai kejayaan dalam apa juga yang dilaksanakan, terjebak dalam masalah sosial dan sebagainya.

Enggan adakan hubungan seks, isteri disimbah asid

KUANTAN 8 April - Tindakan seorang isteri yang enggan mengadakan hubungan seks dengan suaminya kerana tidak sihat mengundang padah apabila dia disimbah asid di rumah mereka di Felda Bukit Sagu 2, di sini awal pagi semalam.

Suaminya yang dipercayai kaki judi itu bertindak demikian sehingga mendatangkan kecederaan parah di muka dan tubuh isterinya yang ketika itu sedang tidur kira-kira pukul 2 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Zulkifli Taha berkata, ketika kejadian, lelaki berusia 47 tahun itu dikatakan baru pulang ke rumah selepas keluar bermain judi. - Utusan

4.08.2010

Kes Buli Di Sekolah: Tindakan Segera Sebelum PARAH

Pelajar perempuan cedera dibuli `geng kapak'...

Buli ialah merupakan satu bentuk penyalahgunaan (abuse). Buli boleh berlaku dalam bentuk langsung (direct) seperti ejekan, ugutan, tekanan atau tindakan fizikal. Selain itu, buli juga boleh berlaku dalam bentuk yang tidak langsung (indirect) yang menyebabkan seseorang pelajar terpinggir dari kawan-kawannya.

Isu kes buli dan gangsterisme di sekolah telah menimbulkan suasana yang tidak selamat di sekolah. Hampir setiap hari di setiap sekolah di serata dunia akan menghadapi masalah dalam kes disiplin pelajar-pelajar mereka . Kes yang paling popular ialah kes buli. Di Malaysia kita boleh lihat sendiri gejala buli berlaku dalam sesebuah komuniti . Kes ini telah menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat khususnya para ibu bapa.

Banyak faktor yang mempengaruhi kes buli ini antaranya masalah disiplin yang semakin merosot di kalangan pelajar, kelemahan peraturan sekolah dan sikap tanggungjawab guru terhadap pelajar, sistem sekolah yang terlalu mementingkan pencapaian akademik dan mengenepikan aspek sukan, kokurikulum, pembinaan sahsiah dan kerja berpasukan.

Langkah-langkah pencegahan dan kesedaran perlu diambil bagi mengatasi masalah ini. Antara pendekatan yang boleh diambil ialah melengkapkan pelajar dengan skil komunikasi sosial yang baik. Beberapa skil komunikasi sosial yang diperlukan ialah pengurusan konflik (conflict resolution), pengurusan kemarahan (anger resolution), skil asertif (assertive skills) dan skil perundingan (negotiation skills). Setiap sekolah juga perlu menganjurkan program khas pembentukan peribadi pelajar sebagai usaha menangani gejala buli yang semakin menular.

Bertindaklah sebelum PARAH!!!


Kot yee pun... Jangan le selak mak cik!!!! Nampak spender dah tuuu....

PEKAN 7 April - Seorang pelajar perempuan cedera di muka dan punggung selepas dibuli sekumpulan pelajar lelaki yang menggelarkan diri mereka sebagai `geng kapak' di sini semalam.

Kejadian pada pukul 1 tengah hari itu menimpa Norizan Janal Abidi, 15, pelajar tingkatan tiga dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Mahmud Mat di sini selepas dia dikatakan enggan menyerahkan wang yang diminta oleh `geng kapak' itu yang juga merupakan rakan sekelasnya.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supritendan Yahaya Othman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut. - Utusan

4.06.2010

Zul Noordin! Tolong Jawab... Jangan Jadi Pengecut!!!

Soo Nee dakwa Zul minta wang .....

ALOR SETAR - Exco Kerajaan Negeri, Lim Soo Nee menyifatkan Ahli Parlimen Kulim :Bandar Baharu, Zulkifli Noordin seorang yang gemar memutar belit fakta.

Katanya, Zulkifli sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan dirinya, walaupun terpaksa mempergunakan nama pihak ketiga.

“Saya dedahkan perkara ini kerana tidak sanggup lagi melihat rakyat ditipu dengan mudah oleh Zulkifli. Dengan penampilan dirinya itu saya yakin ramai yang sudah terpedaya,” katanya, ketika ditemui, di sini.

Soo Nee, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim berkata, beliau terpanggil untuk mendedahkan rahsia Zulkifli kerana tidak sanggup lagi bersubahat dengan Ahli Parlimen bebas itu, terutama apabila Zulkifli mendakwa beliau ditawarkan ganjaran besar untuk memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengaitkan mereka dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

“Jika benar beliau ikhlas dan profesional, sepatutnya ketika menerima tawaran itu beliau membuat laporan polis atau mendedahkannya kepada umum. Tetapi kenapa baru sekarang, setelah hampir empat tahun berlalu?” katanya.

Soo Nee berkata, ketika sama-sama berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12), Zulkifli pernah mengaku menyimpan bukti kes pembunuhan itu, ketika mewakili tertuduh dalam kes terbabit, Cif Inspektor Azilah Hadri, tetapi menarik diri kerana didakwa terdapat campur tangan pihak ketiga dalam persediaannya membuat pembelaan.

Mengulas mengenai insiden yang dianggapnya menganiayai rakan separti, Soo Nee berkata, Zulkifli pernah menghantar dua khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadanya pada PRU-12, untuk meminta wang bagi digunakan ketika berkempen dengan menggunakan nama pihak ketiga.

“Mengikut rekod SMS itu, katanya, jentera Pas meminta RM21,000 untuk berkempen dan jika tidak dipenuhi, jentera Pas akan memboikot kempen itu. Katanya, saya hanya perlu tanggung sebahagian kos, iaitu RM7,000,” katanya.

Soo Nee berkata, memandangkan beliau tidak memberi maklum balas kepada SMS itu dengan segera, Zulkifli menghantar SMS kedua, memaklumkan kemarahan pihak terbabit dan meminta beliau memberi sejumlah yang mampu.

“Setelah Pakatan Rakyat (PR) menang dalam pilihan raya itu, kebetulan saya terjumpa Yang Dipertua Pas Kulim Bandar Baharu ketika itu, Yaakub Husin dan bertanya mengenai hal itu, tetapi beliau menafikan meminta wang untuk berkempen. Sejak itu, saya tertanya-tanya bagi tujuan apa duit itu diambil oleh Zulkifli?” katanya.:

Dengan pendedahannya itu, Soo Nee mencabar Zulkifli membuat kenyataan balas terhadap semua tindakannya, atau setidak-tidaknya meletakkan jawatan untuk menegakkan kebenaran.

“Eloklah buat pilihan raya kecil (PRK). Selepas itu kita lihat sama ada penduduk Kulim Bandar Baharu masih menyokong beliau atau sebaliknya,” katanya.

Soo Nee berkata, beliau berani membuat tuduhan ini kerana sehingga kini beliau masih menyimpan bukti, termasuk SMS yang dihantar Zulkifli dua tahun lalu, bertarikh 5 Mac dan 6 Mac.

Sementara itu:, Zulkifli, ketika dihubungi berkata, beliau tidak berminat berbalas kenyataan secara terbuka.

Menurutnya, apa sahaja tuduhan yang dilemparkan kepadanya “tidak perlu diperbesarkan” dan beliau “tidak kisah dengan tuduhan itu”, walaupun tuduhan itu sedikit sebanyak akan mencalar imejnya sebagai seorang pemimpin.

“Saya tidak minat untuk menjawab semua pertuduhan itu secara terbuka.

“Saya tak minat langsung nak komen isu ini. Apa yang saya boleh katakan ialah saya kenal Soo Nee sebagai seorang rakan dan ucapkan selamat maju jaya kepadanya.:

”Saya minta dia jaga kawasan dia dengan elok supaya dapat jadi calon pada masa akan datang.

“Biarlah apa dia nak kata. Saya tetap dengan pendirian saya, tak mahu berbalas kenyataan tentang isu yang dibangkitkan,” katanya.

4.03.2010

Hulu Selangor : Umno-BN Semua HALAL

Orang lain semua tak boleh.... Tapi Umno-BN.....



Sudah menjadi resam bagi Umno-BN bila pilihan raya kecil (PRK) datang lagi. Semua tindakan mereka HALAL!!! Pakatan Rakyat (PR) buat semua HARAM!!!
Umno-BN... semua boleh!!! PR... mana boleh???
Umno-BN... melaksanakan tanggungjawab!!! PR tak bertanggungjawab!!!
Umno-BN... jasa kepada rakyat!!! PR... menipu seluruh rakyat!!!
Umno-BN... menabur bakti!!! PR.... menabur janji!!!

Namun hakikatnya... rakyat kini semakin matang. Tahu membezakan...
Mana intan mana permata.....
Mana yang jujur mana yang kufur....
Mana kenyataan mana lakonan....
Mana yang nyata mana yang berpura....

Mafrel bidas 'sogokan' pilihan raya....

Badan pemantau pilihan raya, Malaysian for Free and Fair Election (Mafrel) membidas tindakan kerajaan menyogok pengundi Hulu Selangor dengan limpahan projek perumahan dan sekolah.

Pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh berkata Umno-BN sekali lagi menunjukkan ia tidak menghormati proses pilihan raya demokratik, dan menggesa Suruhanjaya Pilihanraya bertindak tegas terhadap parti itu.

"Ini satu jenis kempen dan kalau berbalik kepada peraturan pilihan raya dia merupakan satu kesalahan peraturan pilihanraya.
“Jadi seharusnya pihak SPR memberikan amaran dan kemudian mungkin mengambil tindakan supaya mengeluarkan arahan supaya tidak ada berlaku apa-apa kempen sekarang sehinggalah apabila hari penamaan calon," katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Mafrel, pihak kerajaan mungkin mendakwa apa yang dilakukan mereka itu dalam rangka menjalankan tanggungjawab sebagai penjawat jawatan kerajaan tetapi hakikatnya ia jelas berunsurkan kempen.

Kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor sepatutnya belum boleh dimulakan selagi proses penamaan calon pada 17 April ini belum berlansung.
Namun, semalam Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Hulu Selangor akan mendapat empat sekolah baru, dan projek pembinaan banjir bernilai RM2 juta ringgit.

Muhyiddin juga berkata Kementerian Pendidikan sedang mengenalpasti tapak sesuai untuk membina sebuah sekolah aliran Cina.

Hari ini pula Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan projek perumahan baru untuk warga Felda di Gugusan Sungai Dusun.

Projek bernilai RM32 juta ringgit ini membabitkan 2,50 unit, setiap satunya bernilai antara RM42,000 dan RM75,000 ringgit.- Malaysiakini

4.01.2010

Dedah Jangan Tak Dedah

Katak oh katak....

Kalau sebelum ini kita di sajikan dengan pendedahan demi pendedahan oleh barisan katak-katak dalam Dewan Parlimen, sekarang ini giliran katak dari Behrang pula membuat pendedahan di persidangan DUN Perak.


Nampaknya mereka semua ini ada tugas baru iaitu membuat pendedahan demi pendedahan dan seolah-olah berlumba-lumba mencari publisiti murahan. Macam dah tak de kerja lain untuk membela nasib rakyat di tempat mereka wakili.

Mungkin sebab mereka semua merasakan tidak lagi dipeduli oleh rakyat di kawasan yang mereka wakili.. justeru mereka mencari mekanisma baru demi mencari secho'et sokongan di Dewan Parlimen @ DUN.


Mereka tidak sedar rakyat dah meluat, muak lagi meloyakan dengan permainan politik bangang mereka yang kebudak-budakkan. Inikah yang dimahukan oleh rakyat yang mereka wakili. Bagaimana permasalahan rakyat yang kini semakin terhimpit dengan beban kos sara hidup yang semakin mencengkam.

Dan dicelah-celah pendedahan yang dibuat oleh para barisan katak-katak hina ini, ada pulak suara sumbang dari MB Perak (belum mendapat tanda HALAL dari rakyat Perak). Entah apa tujuan pendedahan yang dibuat dalam penggulungan perbahasan persidangan DUN baru-baru ini.... Sekadar menjadi penyedap kepada segala pendedahan-pendedahan yang telah dilakukan oleh barisan katak.

Yang pastinya... Rakyat semakin bijak menilai!!!!

IPOH 31 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mendedahkan yang beliau merupakan salah yang ditawarkan jawatan Menteri Besar Perak jika beliau bersetuju menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas Pilihan Raya Umum ke-12.

Beliau yang kini menjadi Menteri Besar selepas Barisan Nasional mengambil alih pemerintahan negeri itu mendedahkan perkara tersebut ketika menggulung perbahasan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di sini hari ini. - Utusan

p/s : Pelik bin heran... mengapa baru sekarang sibuk nak buat pendedahan itu dan ini. Dan mengapa perlu lakukan pendedahan hanya di dalam dewan yang mulia... Dewan Parlimen dan DUN? Sudah pastinya ia mencemarkan kemuliaan dewan tersebut. Lu pikir laa sendiri!

Robohkan Saje Tugu Negara

Pindah lokasi sambutan Hari Pahlawan @ robohkan saja tugu Negara?

Dalam sebuah hadits shahih dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, bahwa beliau berkata kepad Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu 'anhu.

"Artinya : Janganlah engkau tinggalkan patung kecuali engkau telah membuatnya menjadi tidak berbentuk, dan jangan pula meninggalkan kuburan yang menjulang tinggi kecuali engkau meratakannya". [Hadits Riwayat Muslim dalam Al-Jana'iz, 969]

Kerajaan pada Rabu memutuskan lokasi sambutan Hari Pahlawan yang sering diadakan di Tugu Negara pada setiap 31 Julai akan dipindahkan ke Putrajaya, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pemindahan lokasi itu adalah sebagai mematuhi garis panduan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini yang menyatakan sambutan itu tidak boleh diadakan di kawasan yang mempunyai patung menyerupai manusia.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat bersama antara Kementerian Pertahanan dan Jabatan Perdana Menteri pada Rabu.

"Pada tahun ini kita akan adakan sambutan di satu tempat yang tertakluk kepada Perdana Menteri tetapi dataran tetap akan dibuat atas persetujuan bersama antara Kementerian Pertahanan, Polis Diraja Malaysia dan Jakim.

"Elemen-elemen perayaan kali ini akan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Jakim dan disahkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini. - Bernama

Akhirnya kerajaan akur juga dengan Majlis Fatwa. Majlis fatwa dah lama keluarkan fatwa kata haram kepada upacara bertafakur dihadapan Tugu Negara yang sebelum ni setiap tahun diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan adalah sama dengan keputusan yang telah diambil dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 7 Oktober 1987 iaitu bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik. - e-Fatwa

Tapi Wak rasa kalau robohkan Tugu Negara pun lagi baik. Tak de la lagi patung yang menyerupai manusia di situ. Ini bermakna kalau tugu Negara tu dah tak de sekali pun... Hari Pahlawan tetap boleh disambut dilokasi yang baru. Tak de lagi upacara mengalungkan bunga di tugu tersebut. Cuma Wak nak berikan sekalung tahniah kepada DS Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Jamil Khir Baharom. Walaupun agak terlewat (hampir 15 tahun) setelah Fatwa ni dikeluarkan pada muzakarah kali ke 39 bertarikh 21 September 1995..

MENYIMPAN patung berupa manusia, selain daripada tujuan permainan, adalah haram. Sebagai contoh, patung yang diperbuat daripada tanah liat atau kaca untuk dijadikan perhiasan. Ini termasuk patung yang menggambarkan amalan sesuatu rakyat yang sering dibeli untuk dijadikan cenderamata yang diletakkan dalam almari perhiasan.

Perbuatan ini jelas dicela oleh Allah SWT seperti dalam surah al-Anbiya ayat ke-52 yang menceritakan mengenai pertanyaan Nabi Allah Ibrahim terhadap ayah dan kaumnya yang menyembah berhala: “Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Apakah hakikatnya patung-patung ini yang kamu bersungguh-sungguh memujanya?”

Muhammad Ali al-Sabuni menjelaskan dalam Rawai’ al-Bayan, sebab Islam mengharamkan berhala disebabkan ia ‘dien tauhid,’ yang memusuhi perbuatan syirik. Sehubungan itu, mengadakan patung amat ditentang kerana ia adalah jalan yang menyebabkan manusia syirik kepada Allah SWT.


Kawin Jangan Tak Kawin

Pelajar pintar mahu segera nikah...

Kalaulah dah gatal sangat nak kawin.. jangan halang budak pintar nie. Kawinkan ajelah. Daripada mereka membuat kerja tak senonoh nanti lagi memalukan emak bapak. Lebih baiklah dia buat kerja yang senonoh ... Nikah kan habis cerita.

Lagi satu budak nie kan pintar. Tapi Wak rasa dia dah terlebih pintar tang lain laaa. Tu sebab umur baru 15 tahun dah sibuk nak kawin. Pandai pulak buat report polis. Mungkin mereka belajar dari PERKASA yang telah membuat 13 report polis tempohari.

Cuma apa yang diharapkan bila dah kawin nanti jangan menyusahkan emak bapak. sekarang nie korang berdua muda lagi. Pikir sedap je lah... Ingat mendirikan rumah tangga nie macam main pondok-pondok. Banyak tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai suami dan isteri. Paling tidak persiapan dari segi ilmu berumahtangga. Kalau sekadar umur 19 dan 15 tahun Wak rasa tak cukup matang lagi dalam hal rumahtangga.

Sekarang nie pun banyak kes penceraian berlaku disebabkan pasangan tidak cukup ilmu dalam berumahtangga. Kalau nak kawin cuma pikir nak sedap je, lebih baik tak payah kawin sebab sedapnya tu sekejap jeee....

Apa pun wak simpati kepada ibu bapa dan keluarga pelajar pintar nie. Banyak kan bersabar. Mungkin ini dugaan dari Yang maha Esa. Adalah hikmahnya tuu. Ibu bapa mana yang tak hancur lulur hatinya bila mana anak kesayangan yang diharapkan berjaya dalam pelajaran, (tahun nie ambil PMR) tapi lain pulak jadinya.


HALIMATON dan Mohamad Noor menunjukkan salinan laporan polis dan keratan laporan akhbar berhubung kes mereka di Ibu Pejabat Daerah Langkawi, semalam.

Halimaton yang dilaporkan hilang berada di rumah keluarga teman lelaki

LANGKAWI: Halimaton Abd Rashid, 15, pelajar pintar yang dilaporkan hilang dari rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, sejak lapan hari lalu kini berada di rumah keluarga teman lelakinya di Kampung Kisap, di sini

Ketika ditemui, Halimaton yang berasal dari Kampung Lanai, Kupang, Baling, berkata dia sanggup meredah segala kepayahan bagi memastikan dia dan teman lelakinya, Mohamad Noor Abdullah, 19, dapat berkahwin dalam tempoh terdekat.

Halimaton yang tidak bersekolah sejak seminggu lalu berkata, dia membuat laporan di Balai Polis Kuala Teriang, di sini, manakala Mohamad Noor juga berbuat demikian bagi mempertahankan diri. “Kami belum berkahwin dan sedang berusaha ke arah itu. Beberapa hari lalu kami menemui Pegawai Agama Daerah Langkawi, katanya.

p/s : Teringat lagu allahyarham Ahmadi Hassan "kawin kawin kawinnnnnn..... jangan tak kawin!!!!"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails