3.31.2009

WAJARKAH GURU ‘GRED A’ DIBENARKAN BERPOLITIK

Dalam ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno Sabtu lalu, Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kepakaran golongan itu dapat digembleng dan dimanfaatkan bagi memantapkan lagi Umno.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 P U (A) 246, pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dilarang mengambil bahagian dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik.

Pegawai kerajaan dari Kumpulan A atau Pengurusan juga tidak boleh mengambil bahagian secara aktif dalam politik seperti berkempen, sama ada pada waktu pejabat mahupun di luar waktu pejabat kerana dikhuatiri boleh menyeleweng daripada tugasnya.

Bagaimanapun, kakitangan Kumpulan Sokongan dibenarkan bergerak aktif dalam politik dengan syarat mendapat kelulusan ketua jabatan yang harus menilai semua faktor sebelum memberi kelulusan.

Apa yang Wak rasa, golongan pendidik, terutama guru Kumpulan A harus diberi kelonggaran dan kebenaran untuk terbabit dalam aktiviti politik serta memegang jawatan dalam parti. Namun begitu teluskah pihak kerajaan dalam isu ini jika didapati para guru memberikan sokongan bukan kepada pihak kerajaan yang memerintah sekarang khsusnya UMNO. Apakah para pendidik ini akan terus dibenarkan berpolitik jika nadanya seperti ‘melawan arus’.

Jika diperhatikan sekarang inipun sebenarnya pihak kementerian dan juga jabatan pendidikan sendiri seperti mengizinkan dan merestui para pendidik yang terlibat dengan politik dengan syarat menyokong kerajaan UMNO.

Wak memetik berita dari Berita Harian Online di mana Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam berkata bahawa cadangan untuk membenarkan guru Kumpulan A bergiat aktif dalam politik tidak sesuai dilaksanakan kerana ia dikhuatiri boleh memecahbelahkan warga pendidik di sekolah.

Beliau menegaskan, sesetengah guru mungkin taksub dengan parti yang disokong sehingga wujud sikap berpuak, sekali gus menjejaskan pelajar.
"Pada asasnya, guru dan pegawai tinggi kerajaan tidak dibenarkan menyertai politik dan mereka perlu bersikap neutral.

"Jika guru dibenarkan berpolitik, pegawai kerajaan dari kumpulan lain juga pasti akan menuntut hak yang sama," katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Ismail berkata, buat masa ini larangan itu masih kekal dan wajib dipatuhi pegawai kerajaan termasuk guru.

3.30.2009

APA BEZA MEDIA ARUS PERDANA DENGAN CERITA DI INTERNET

Tengah malam tadi Wak ada melayari internet… Mengintai blog-blog bercerita pasal penamaan calon untuk PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai…

Cerita yang Wak nak fokus dalam entri kali ini ialah peristiwa solat maghrib yang diimamkan oleh Ir Nizar. Sama2lah kita fikirkan... Hal dalam masjid ni pun ada pihak yang ingin politikkan... Macam tak de isu lain. Sepatutnya bila berada 'di rumah Allah' ni kita jangan kira apa parti kita. Orang Islam ni paling Afdal untuk bersatu hati bila mana kita sama2 solat berjemaah.

Bacalah dua berita yang berbeza tapi pada satu peristiwa yang sama...

Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbanadaran Taiping jam 8.45pagi.

Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama.

Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.

Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.

UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama'iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.
Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.

Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.

Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, "jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir". Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain . Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan "ajaib" tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.

Pagi tadi time ngadap computer, terbaca pulak berita kat bawah ni… ‘Berita Harian Online’

TAIPING: Pada hari pertama berkempen, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamalaluddin cuba mencetuskan kekecohan apabila 'merampas' majlis bacaan Yassin dan solat hajat anjuran Barisan Nasional (BN) di Masjid Simpang di sini, 7.30 malam.

Perkara itu didedahkan Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir yang mendakwa Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid itu dan terus mengimamkan solat Maghrib.

"Bagaimanapun, dia kemudian bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak," katanya kepada pemberita selepas mengadakan program lawatan dan memperkenalkan calon BN, Ismail Saffian di Tokong Nyee Wong Kong, di sini,
Zambry berkata kejadian turut disaksi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Beliau berkata, tindakan Nizar itu seperti dirancang dan jelas calon Pas itu sanggup menggunakan masjid sebagai gelanggang berpolitik untuk berceramah.

"Perbuatan Nizar sangat menyedihkan dan satu tindakan provokatif.
"Saya percaya beliau, selepas ini tidak teragak-agak menggunakan pelbagai alasan untuk menjadikan masjid sebagai tempat melakukan perbuatan seumpama itu.

Nota : Bayangkan kalau berita ni bukan saja ada di Berita Harian, Utusan Malaysia, Metro, Kosmo dan yang seangkatan dengannya… Agak2 orang kampong nak percaya berita yang mana ekk?... Tapi kena ingat juga yaa… Yang melayari internet ni pun asal usulnya dari kampung jugak. Anak-anak muda dan golongan inteleks ni kalau time mengundi biasanya balik kampung terutamanya kalau ada PRK.

Itu pentingnya sumber-sumber dari Harakah dan Suara Keadilan… Biar seimbang penyampaian maklumatnya. So sama2lah kita fikirkan…

3.28.2009

BILA SI KHAIRY BERUCAP

Pagi tadi dalam ucapan sulong sebagai Ketua Pemuda UMNO....

Wak perasaan semasa Pengerusi tetap mempersilakan Khairy Jamaludin untuk menyampaikan ucapan, ada suara-suara sumbang 'mengeboo' dari perwakilan yang tak senang dengan Ketua Pemuda UMNO yang baru nii.

Pengerusi siap menyuruh para sidang hadirin bertenang. Wak nampak ada sesuatu yang tak kena dengan perlantikkan beliau sebagai Ketua Pemuda. Memanglah ada pertembungan antara penyokong Mukhriz dan Khairy terutamanya kita dapat lihat selepas pengumuman si Khairy menang dalam pengiraan undi jawatan Ketua Pemuda tempohari di PWTC.

Ingat kekecohan kat PWTC temmpohari dah reda... Rupanya masih membara. Ini petanda yang kurang baik kepada Pemuda UMNO dan sekaligus menjejaskan UMNO itu sendiri.

Apatah lagi dengan ditambah kenyataan dari mantan Perdana Menteri Dr Mahatihir dalam blognya. Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak menghadiri majlis perasmian perhimpunan agung Umno semalam kerana Pemuda Umno secara langsung dan terbuka, merestui politik rasuah.

Beliau yang juga mantan presiden Umno itu berkata, hukuman yang dijatuhkan ke atas orang berkenaan tidak setimpal dan tidak adil "kerana orang lain yang didapati bersalah sama sepertinya, tidak dibenar bertanding".

"Tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti dan oleh orang ramai, dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua." Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, pergerakan tersebut telah merosakkan imej Umno dan imej orang Melayu sendiri.
Dr Mahathir berkata, beliau juga hairan kenapa lebih enam jam diperlu untuk mengira hanya 790 undi.

"Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri.

"Ini menjadi soalan bukan daripada saya seorang tetapi oleh semua orang ramai. Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa.

"Ini juga menghakiskan lagi kepercayaan rakyat kepada Umno."

3.27.2009

AMANAT TERAKHIR PAK LAH : UMNO MESTI BERUBAH

Sekadar menulis dari yang tersirat di hati....

Wak bukanlah seorang penganalisis politik atau seorang penulis yang memang ada kehebatan tersendiri dalam melahirkan suara hati atau memberikan pandangan. Tapi sekadar ingin menulis untuk berkongsi pandangan dengan cara Wak. Dari kaca mata seorang rakyat biasa yang mendengar luahan dan citrawara rakan-rakan di kedai kopi, di bilik pensyarah, di gelanggang badminton dan juga diceruk kampung….

Wak nak merujuk ucapan dasar atau bolehlah dikatakan sebagai amanat terakhir dari mantan Presiden UMNO. Tidak ada apa yang mengejutkan dan tidak ada apa juga yang menarik. Cuma Wak nak fokus berkenaan kenyataan beliau bahawa Umno tidak akan berjaya melakukan perubahan dalaman jika mengambil pendekatan "order lama" yang tidak disenangi masyarakat, termasuk menyekat kebebasan rakyat.

Ucapan dasar terakhirnya bertema "Masa Depan dan Survival Parti", kedengaran bernada cemas seperti juga beberapa pemimpin kanan parti, imbas kembali penglibatan lamanya dalam Umno dan ramuan untuk parti itu mengorak langkah kedepan. Beliau menyebut lima faktor yang menjadi punca penolakan rakyat terhadap Umno:

1.Setelah selesa kerana lama berada di tampuk kuasa, sebahagian pemimpin Umno tidak seakrab dahulu dengan rakyat jelata yang selama hari ini menjadi akar kekuatan Umno.

2.Tumpuan yang kurang seimbang kepada masyarakat luar bandar dalam keghairahan dan hasrat untuk mencapai status negara maju di peringkat global.

3. Program-program politik Umno yang kurang berkesan mendampingi generasi muda, selain dari apa yang dilaksanakan oleh pelbagai institusi kerajaan.

4. Perbalahan berpanjangan sesama sendiri terutama ketika berebut jawatan di dalam parti telah meruntuhkan semangat kekeluargaan di kalangan ahli.

5. Sifat mengutamakan kebendaan hingga menjadikan sebahagian ahli bersifat tamak – bersifat haloba, lalu memberikan persepsi negatif bahawa Umno adalah parti yang korup.

Merujuk kepada faktor yang ketiga, Wak rasa bagi mendampingi generasi muda lebih sesuai dilaksanakan oleh barisan Pemuda UMNO yang kini diketuai oleh menantu Pak lah, Khairy Jamaludin (KJ). Namun jika pemuda UMNO masih ingin meneruskan saranan dari mantan Ketua Pemuda UMNO yang banyak menyebut tentang ‘petualang’, Wak rasa amat malang bagi UMNO, dan yang lebih membimbangkan isu tersebut akan lebih mempercepatkan berakhirnya talian hayat Umno.

"Pergerakan Pemuda Umno hari ini mengambil ketetapan untuk menentang habis-habisan permainan politik kotor dan keji oleh si petualang ini." Nampak macam hebat saranan si mantan ni, tapi takut memakan diri.

Maka berdasarkan dari ucapan beliau di atas, maka pemimpin tokoh utama Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sasaran lepas geram pembahas dalam persidangan Pemuda Umno tempohari.

Pembahas dari Pulau Pinang, Mohd Zaidi Mohd Said berkata, Umno melakukan kesilapan "kerana membebaskan Anwar" dari penjara. "Anwar ini boleh janjikan bulan dan bintang... Cukuplah sandiwara Anwar Ibrahim ini.

"Kesilapan kita kerana membebaskan Anwar Ibrahim, inilah akibat yang kita tanggung hari ini," katanya ketika membahaskan usul, menyentuh isu-isu ketuanan Melayu dan Pakatan Rakyat.

Demikianlah kebiadapan pembahas dalam perhimpunan Agong pemuda UMNO yang melangkaui bidang kuasa dan tugas sebenar sebagai seorang warga negara yang mesti menghormati maruah dan hak seorang warga negara Malaysia.

Anwar dibebaskan atau ditahan tidak ada kaitan dengan perhimpunan agong UMNO. Ia berkaitan dengan undang-undang dan perbicaraan di mahkamah yang masih diharapkan ada bibit keadilannya, walaupun yang jelas ianya difitnah dan dianaiya dan dipermalukan oleh musuh politiknya.

Persolannya lagi… Mengapa orang-orang UMNO ini begitu takut dengan manusia bernama Anwar. Dari mula hari pemecatannya sebagai TPM, merengkok dalam penjara sehinggalah keluar dari penjara dan menjadi seorang ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat … Tak habis-habis serangan demi serangan termasuk serangan peribadi dan dikatakan gilakan kuasa, sanggup bersekongkol dengan musuh, menghina tanah air sendiri di serata dunia, mempersenda institusi raja, manusia berbagai-bagai topeng yang mengamalkan budaya hipokrasi dan lain di depan, lain di belakang.

Andainya budaya sebegini diteruskan oleh pejuang-pejuang Pemuda UMNO khususnya, Wak rasa amat sukar untuk menarik jenerasi muda untuk memberikan sokongan kepada UMNO. Bak kata Tengku Razali bahawa dianggarkan terdapat 6 juta pengundi baru pada PRU13 yang akan datang. 2 juta pengundi terdiri dari mereka yang tidak sempat untuk mengundi pada PRU12 dan 4 juta lagi adalah pengundi baru.

Dengan menyerang dan menentang habis-habisan manusia yang bernama Anwar sebenarnya menampakkan kelemahan barisan Pemuda UMNO. Menampakkan bahawa mereka hanya tahu menuding jari kepada orang lain atas sebab tidak mahu mengakui kelemahan diri sendiri. Dan yang lebih malang lagi sebenarnya ia petunjuk bahawa UMNO masih tidak berubah. Masih ditakuk yang lama. Generasi muda dah muak dengan strategi ini. Apatah lagi di zaman siber ini maklumat dan informasi boleh dijejaki hanya di hujung jari.

Jika benar-benar khususnya Pemuda UMNO ingin berubah dan ingin terus mendapingi generasi muda, Wak rasakan mereka perlu tampilkan kehebatan mereka dalam memperjuangkan Bangsa Melayu, tidak perlu mengamalkan budaya mencaci dan mencerca, ketepikan kepentingan diri, rapatkan barisan dan lupakan perbalahan sesama sendiri terutama ketika berebut jawatan di dalam parti . Namun persoalannya sekarang mampukah Ketua Pemuda yang baru, KJ menggalas tanggungjawab ini. Tepuk dada… rasa bangga! (Ketika diumumkan kemenangan beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO)

Wak cukup senang melihat politik orang Cina tak kiralah MCA ke, DAP mahupun GERAKAN. Walau dalam isu apa sekalipun jarang kedengaran mereka menghina, mencerca atau mencaci bangsanya sendiri. Tapi itulah Melayu namanya. Kalau tidak masakan boleh berlaku peristiwa Hang Tuah membunuh Hang Jebat dalam sejarah orang Melayu. ‘Tak Melayu hilang di dunia’.

Kita sama-samalah tunggu dan lihat perubahan yang akan dilakukan di bawah kepimpinan UMNO yang baru. Bak kata Pak Lah "Jika kita tidak melakukan perubahan berani, selaras dengan transformasi masyarakat yang begitu dinamik dan perkembangan global yang begitu radikal, kita akan menyaksikan hari-hari berakhirnya parti Umno yang kita kasihi ini."

3.26.2009

MASIHKAH KITA INGAT...

Hujung minggu lepas, Wak balik kampung. Masa melalui jalan kat depan masjid Peserai Wak terpandang kain rentang tergantung kat pagar masjid.

Namun bila bicara pasal boikot ni, nampaknya kempen tu dah sejuk. Itulah kita... kalau tak gitu orang2 lama tak buat peribahasa 'hangat2 taik ayam....!

Bab boikot nipun ramai yang memberikan pendapat berbeza... Ada yang kata kalau kita boikotpun bukannya Israel @ USA yang terjejas tapi orang kita sendiri yang niaga KFC, McDonald, pekerja2 TESCO dan macam-macam lagilah alasan. Apatah lagi dalam keadaan kegawatan ekonomi ni, ramai dikalangan orang kita yang diberhentikan kerja,kalau kerja kat kilangpun dah tak de OT, kerja seminggu 3-4 hari jeee...

Tapi kita kena ingat... keganasan Israel ni dah sampai tahap gaban. Dah tak de perkataan yang sesuai kat dunia ni untuk menggambarkan kekejaman yang dilakukan terhadap penduduk Palestin terutamanya penduduk2 Gaza. Walaupum kini tiada lagi kedengaran serangan2 dilancarkan di bumi Gaza, namun sekatan demi sekatan dikenakan terhadap bantuan kemanuasiaan terhadap penduduk2 Gaza.

Penduduk2 Gaza kini lebih menderita untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan selepas kekejaman yang dilakukan oleh ISrael terhadap bumi Gaza... Tapi kita di sini masih boleh ketawa besar... (bawak mengucap kak long! nasib baik kat PWTC tak de langau2 berterbangan... kalau tidak, konyang den!).. makan mewah di mana saja, beli belah di TESCO dan sebagainya, apa saje yang kita nak, boleh order.... Itulah bezanya kita berbanding dengan penduduk2 Gaza...


Wak tak dapat nak cerita dan nak bayangkan penderitaan dio orang semua. Semoga mereka tabah dalam menhadapi ujian yang amat getir ini. Apa yang diharapkan semoga kita semua bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan sementara kepada kita. Marilah kita bersama berdoa agar kita semua dan cucu cicit kita tidak diuji seperti mana penduduk Gaza menerima ujian yang rasanya tak tertanggung oleh kita semua...



Nota : Sila edarkan poster ini kepada rakan atau dicetak, atau ditampal di blog anda. Sebagai satu usaha kecil kita untuk memberi kesedaran kepada masyarakat umum akan keganasan Zionis di Gaza.

3.25.2009

WANITA UMNO TAK SETUJU PPSMI

Akhirnya ada juga suara dari orang Melayu UMNO yang tak setuju dengan PPSMI

Dua Wanita Umno bahagian mengesa kerajaan mengembalikan penggunaan bahasa ibunda dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPMSI) yang diamalkan di sekolah-sekolah.

Usul daripada Wanita Umno Ledang, Johor dan Kuala Langat, Selangor itu merupakan sebahagian usul pendidikan yang diterima tanpa bahas dalam perhimpunan Wanita Umno 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara hari ini.

Wanita Umno Ledang membuat gesaan itu dalam kerana perlaksanaan PPSMI di sekolah kebangsaan didakwa "melemahkan minat murid, terutamanya daripada kawasan luar bandar".

Usul itu menyebut: "Menegaskan kerajaan menimbang semula kesan negatif pengajaran dan pembelajaran (Sains dan Matematik) dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah bagi mata pelajatan Sains dan Matematik."

Wanita Umno Kuala Langat pula menyifatkan bahasa Melayu perlu digunakan kembali berdasarkan ketetapan dan peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaaan dan bahasa rasmi negara.

Nota : Macamana pulak dengan gerombolan Melayu yang lain.... kita tunggu dan lihat beb! Semoga ini menjadi petanda positif bagi menyokong GMP...

3.23.2009

Apa kata Prof. Emeritus Datuk Nik Safiah

Sekilas pandang....

Kebetulan pada pagi Sabtu yang lepas, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim berucap di UPSI. Dalam ucapan itu beliau berkata, sekiranya UMNO tidak memansuhkan PPSMI dan membela bahasa Melayu, maka UMNO akan kalah lagi dalam pilihanraya akan datang.

Ini diikuti dengan tepukan gemuruh para pelajar.

Nota: Bukan Wak yang kata... Tapi itulah rentaknya. Wak rasa-rasa pelajar di UPSI tu dah lebih umur untuk mengundi pada PRU13 nanti. Tapi Wak kurang pasti makna disebalik 'tepukan gemuruh' tuu... Tepuk dahi jawablee sendiri! Apapun.. sama2lah kita tungguuuuu diperhimpunan orang2 yang katanya Melayu tapi duduk dalam UMNO (United Malay National Organisation)

3.18.2009

Kajian: PPSMI 'bantut kecerdasan murid'

Jimadie Shah Othman | Mar 18, 09 12:13pm

Kajian lapan universiti awam mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) "menimbulkan kerugian berganda kepada murid" dan "tidak menguntungkan, sebaliknya membantut tahap kecerdasan murid."

Kajian yang diusahakan Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina) dan melibatkan 53 pakar bahasa itu mendapati, pelaksanaan PPSMI hanya memberikan kesan minimum – kurang daripada 4 peratus – kepada pencapaian bahasa Inggeris secara menyeluruh.

"Dari segi perkiraan analisis kos-faedah dalam konteks pelaburan jangka panjang, amalan PPSMI tidak menguntungkan, sebaliknya membantut tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan datang.

"Dengan ini, disarankan supaya dasar PPSMI diberhentikan.

"Ia juga harus diterokai pendekatan alternatif pengajaran bahasa Inggeris cara lain yang lebih konkrit dan praktikal, iaitu dengan menggubal dan menambahbaikan kurikulum dan pedagogi mata pelajaran bahasa Inggeris itu sendiri," laporan itu dipetik.

Laporan sepuluh halaman itu turut mendedahkan pelaksanaan PPSMI menimbulkan kerugian berganda kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terlibat – bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. (malaysiakini)

Kongres Melayu mahu PPSMI dibatalkan

Lagi sokongan mansuhkan PPSMI...

Pertemuan bersejarah cendekiawan Melayu dalam kongres kebudayaan kedua hari ini meluluskan 10 resolusi penting, termasuk membawa akibat pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Deraf resolusi-resolusi yang menyentuh pelbagai bidang termasuk pendidikan, politik, keperlembagaan, ekonomi dan agama diedarkan di hujung pertemuan dua hari di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur.

"Kami mendesak hanya satu bahasa kebangsaan tunggal dilaksanakan dalam seluruh sistem pendidikan dari tahap rendah hingga universiti demi perpaduan bangsa, keutuhan negara dan kemajuan seluruh kapisan masyarakat; pelaksanaan dasar pengajaran selain bahasa kebangsaan akan melemahkan maruah bangsa, menjatuhkan martabat negara dan menanam perpecahan antara kaum dan lapisan masyarakat; segala tindakan berkaitan bahasa kebangsaan mestilah selaras peruntukan semua perundangan negara," resolusi kelima dipetik.

Sementara resolusi keenam mengenai 'bahasa, kesusasteraan dan kesenian' berbunyi:

"Dasar bahasa dalam pendidikan mestilah dikembalikan kepada dasar yang berkuatkuasa sebelum 2003 sebagai bahasa pengantar di seluruh sistem pendidikan daripada tahap rendah kepada tahap universiti."

Kongres kedua itu yang diadakan selepas pertemuan pertama pada Disember 1957 juga menegaskan kembali peri pentingnya sistem pemerintahan raja berperlembagaan dan demokrasi didaulatkan kerana kedua-dua unsur itu "bahagian sempurna dan utuh bagi kerajaan Malaysia."

"Institusi raja dan Majlis Raja-raja adalah menjadi bahagian utuh daripada sistem pemerintahan Malaysia, maka segala kemuliaan dan kuasa yang termaktub sebagai 'pemerintah tertinggi' mestilah dipelihara dan dijunjung tinggi oleh semua pihak," kata profesor Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) Datuk Dr Zainal Kling sewaktu membacakan resolusi mengenai politik.

Nota : Petikan berita mengenai PPSMI dan institusi Raja diambil dari Malaysiakini... Semoga banyak pihak lagi yang terus menyokong mansuhkan PPSMI.

3.17.2009

PPSMI: RINTIHAN SEORANG GURU...

Oleh : Guru Ditindas PPSMI

Begitu tersentuh apabila Dinsman mengutarakan artikelnya yang bertajuk "Menunggu guru bersama budayawan bantah PPSMI". Aku bukanlah seorang guru bahasa yang boleh mengetik susunan dan laras bahasa yang sesuai.

Aku hanya guru biasa yang berada jauh di ceruk mata masyarakat. Memang aku, mewakili sebahagian guru yang hanya mampu menahan amarah, bila mana kelihatan "bacul" menunggu orang lain melontarkan masalah kami untuk diselesaikan.

Mengapa "bacul" lebih sesuai untuk kami. Secara praktikalnya, kami guru-guru Malaysia telah lama dan mungkin akan selama-lamanya dimomokkan oleh penguasa yang sedia ada. Macam-macam ancaman dan pekeliling telah membelenggu kami.

Tidak cukup dibelenggu dengan segala macam momokan, bebanan tugas dari masa kesemasa disuap sehingga tersengkak tak terkuasa untuk digalas. Bagaikan guru ini adalah "super power" yang boleh menyelesaikan kesemua permasalan dunia ini. Masyarakat tidak mempunyai nilai, lalu matapelajaran Sivik dan Kenegaraan diperkenalkan.

Bila kuantiti moral masyarakat merudum maka ada ura-ura untuk mewajibkan semua pelajar mempelajari Pendidikan Moral. Apabila berlaku kes penculikan kanak-kanak maka akan diperkenalkan pula sistem pembelajaran sehingga jam empat petang.

Guru-guru terseksa
Tidak tahukah mereka bahawa guru-guru sekarang ini membawa buku-buku anak murid untuk diperiksa di rumah. Tidak tahukah mereka bahawa guru-guru sekarang ini balik ke rumah pada jam dua petang dan kembali semula ke sekolah untuk aktiviti ko-kurikulum, tuisyen dalaman yang tidak berbayar, menceriakan sekolah, membuat laporan itu dan ini untuk pentadbiran dan jabatan, menjaga pelajar selama 24 jam sebagai warden yang melayan kerenah 300 ke 500 pelajar (ibu bapa sendiri pun tak bersama 24 jam),dan macam-macam kerja lagi yang kalau diperincikan maka akan terpacul masyarakat berkata kami ini terlalu berkira.

Sudah menjadi satu macam sumpahan kepada kami, bahawa penguasa bila-bila masa boleh mencabut rezeki kami. Takut benar kami bila mendengar Ulu Tembeling, Lembah Danum dan segala macam tempat yang tidak pernah terlintas dalam pendengaran kami. Kami telah begitu lama diancam sebegini.

Pantang mendengar sedikit sahaja berita bahawa kami tidak sesekutu dengan pentadbiran maka macam-macamlah di buatnya. Pentadbir yang dilantik untuk menjilat ludah penguasa, menjadi mata dan telinga walau penjilat-penjilat ini pekak dan buta, dengan rakus menunggu masa untuk menghukum sesiapa sahaja.

Surat tunjuk sebab, dipindahkan 24 jam, diburu seperti pesalah, sehinggakan sudah mengandung lapan bulan pun gambar diambil kerana duduk semasa mengajar dan dipaparkan dalam mesyuarat atau perkembangan staf. Bertambah teruk lagi kesalahan tersebut diulang tayang walaupun anak yang dikandung telah berusia dua tahun. Hendak bersuara secara lantang pun kami terpaksa berfikir-fikir.

Hubungan masyarakat pun kian meruncing!
Sudahlah di sekolah begitu, berada dalam masyarakat pun apa kurangnya, pantang kita duduk bermuzakarah isu semasa yang menjentik batang hidung penguasa, maka berdedailah maklumat sampai ke sekolah, jabatan dan malahan ke kementerian. Mengatakan diri kami ini tidak sedar diuntung.

Sudah diberi gaji mahu memberontak pula. Mengharapkan kesatuan-kesatuan guru mereka samalah seperti kami, terpaksa berteluku lutut di bawah telunjuk penguasa, cakap lebih-lebih nanti tindakan akan menjelma.

Kami bukan macam doktor, yang boleh meletak jawatan kerana diarahkan ke kawasan pendalaman, lalu dipujuk semula dengan macam-macam insentif. Itu belum dikira para doktor yang membuat locum (bayaran puluhan hingga ratusan ringgit sejam) dan memiliki klinik persendirian.

"Kalau Makcik nak sihat lagi bolehlah datang ke klinik nie ye makcik". Lalu menghulurkan sekeping kad nama. Terpukul betul bila mendengar kata-kata tersebut. Kami guru-guru, nak buat tuisyen kat rumah dengan untung RM20 untuk satu sesi pun dihalang bagai nak rak. Yang dengki sangat pada kami ni apasal?

Akhirnya kami memencilkan diri sehingga kami boleh diinjak-injak tanpa rasa hormat. Menjadi "bacul" bertaraf profersional. Bagi kami, yang seperti sudah putus harap ini, biarlah orang lain melaungkan perasaan kami ini. Laungkanlah supaya si Dr tua itu dengar akan keperitan masyarakat.

Kalaulah penguasa itu hendak meneruskan PPSMI biarkan dia, kami tetap akan mengajar dalam Bahasa Melayu. Kami berlapang dada menjemput penguasa itu datang mencemar duli untuk datang ke sekolah pinggir bandar dan lihat sendiri kebanggaan yang diwar-warkan peratusan Lulus Peperiksaan Awam bagi matematik dan sains meningkat.

Guru-guru dah lama lawan PPSMI
Sebenarnya kami sudah lama menentang PPSMI semenjak awal lagi, tapi dengan cara kami. Terima kasih kepada GMP dan seluruh rakyat yang masih mengasihani nasib anak-anak bangsa kita.

GURU MALAYSIA


Kami guru Malaysia,
Berikrar & berjanji,
Membimbing & mendidik,
Putera puteri negara kita,

Pada Seri Paduka,
Kami tumpahkan setia,
Rukun Negara kita,
Panduan hidup kami semua,

Di bidang pembangunan,
Kami tetap bersama,
Membantu, membina,
Negara yang tercinta,

Amanah yang diberi,
Kami tak persiakan,
Apa yang kami janji,
Tunai tetap kami tunaikan.

Kepada Duli Tuanku, Kami dari dulu lama lagi, telah berjanji akan sentiasa setia kepada Tuanku. Dengarlah rintihan kami.

Nota : Ini jugalah luahan isi hati majoriti kami yang mengajar di IPT.... Kami rela dalam keterpaksaan. Sesungguhnya kami sentiasa menyokong GMP dengan mengembalikan P & P dalam Bahasa Melayu diperingkat sekolah rendah, sekolah menengah dan juga IPT... Andainya pihak yang mempunyai kuasa untuk kembali ke pangkal jalan masih lagi gila dengan kuasanya, kami akan gunakan 'kuasa tangan' kami untuk mengubahnya.. Semoga kita semua sabar menunggu 'hari itu'....

3.16.2009

ASB & ASN : MAJLIS PENASIHAT SYARIAH SC BERCANGGAH DENGAN MAJLIS FATWA

Salam Islah!

Susulan kepada rencana yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin dalam laman webnya yang Wak titipkan dalam blog ni tempohari, banyak persoalan yang bermain difikiran Wak. Sebenarnya Wak dah bersetuju untuk membuat loan ASB-i di Maybank setelah mendengar penerangan dari seorang pegawai Maybank di Melaka.

Apabila Wak membaca tulisan Ustaz Zaharuddin, serta merta Wak tangguhkan permohonan loan ASB-i tersebut. Beberapa perkara yang sebelum ini Wak tak tahu, kini menjadi persoalan antaranya ialah :

1.Mengapa ASB melabur dalam Maybank Group dan bukan di Maybank Islamic? Apabila ia diletakkan di bawah Maybank Islamic sekurang-kurang dapat menghindarkan dari diguna pakai untuk aktiviti riba. Bila diletak kepada maybank group, ia diguna untuk riba kerana asset maybank islamik berbanding maybank riba tidak sampai 15 %. iaitu asset maybank islamic hanyalah sekitar RM 25 Bilion, manakala maybank group (riba) sebanyak RM 230 bilion.

2.Mengapa pihak Majlis Fatwa Kebangsaan yang memberikan hukum ASB ni ‘Harus’ tidak berbincang dengan pihak Masjlis Syariah SC sebelum memutuskan mengeluarkan hukum ASB. Ini ada sangkut paut dengan merujuk bahawa Majlis Syariah SC memang lebih tepat dan tegas berbanding majlis fatwa , namun Majlis Syariah SC pula adalah lebih ringan berbanding Majlis Fiqh Antarabangsa Sedunia.

Majlis Penasihat Syariah SC ini lebih tegas dan berhati-hati dalam perkara berkaitan pelaburan samada mengikut panduan syariah atau tidak. Adalah lebih baik semua majlis penasihat syariah di semua institusi kewangan dan majlis fatwa sendiri mengikut jejak seperti masjlis syariah SC . Ini kerana berbanding majlis fatwa, Majlis Syariah SC memang lebih tepat dan tegas, namun Majlis Syariah SC pula adalah lebih ringan berbanding Majlis Fiqh Antarabangsa Sedunia.

3.Andainya kaedah dan implementasi ASB dan ASN bercanggah dengan panduan sebuah saham amanah yang diiktiraf PATUH SYARIAH oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, mengapa pihak yang berkaitan meluluskan pinjaman Islamic. Sebagai contohnya Maybank menawarkan pinjaman ASB-i. Apa akan jadi dengan sistem kewangan kita andainya dalam penyediaan pinjaman Islamic (sebagai contoh ASB-i) tetapi saham amanah itu sendiri tidak diiktiraf Patuh Syariah…… Haru biru kawan!!

4.Apakah langkah seterusnya yang akan diambil oleh pihak kerajaan bagi menangani kegawatan yang berkaitan Hukum ASB dan ASN ini? Orang ramai akan lebih keliru dengan keputusan yang dibuat oleh Majlis Syariah SC yang nampaknya tidak seiring dengan Majlis Fatwa Kebangsaan. Apa yang diharapkan kedua-dua pihak duduk semeja bagi membincangkan perkara ini. Apa yang penting segala tindakan tidaklah dipengaruhi oleh anasir-anasir politik yang akan menghalalkan cara. Sesungguhnya orang ramai ternanti-nanti status ASB dan ASN…

Tepuk dada Tanyalah iman………..

3.13.2009

PPSMI : ISU POLITIK ATAU DIPOLITIKKAN….

Wak menulis…

Dalam keadaan kesuraman eknomi dunia dan tempias ke Negara kita, rasanya kebelakangan ini tidak pernah sunyi daripada pelbagai kejutan dan kontroversi. Kisah peralihan kuasa pemerintahan di Perak masih bergelora, kini isu PPSMI semakin ‘panas’ selepas kejayaan GMP menghimpunkan lebih 100 ribu rakyat yang datang dari pelusuk tanah air yang majoritinya orang Melayu.

Wak tidak mahu bercakap soal politik kerana telah banyak para blogger mempersembahkan dengan pelbagai cara dan idea. Wak pun bukanlah ingin menjadikan blog ini sebagai blog reformasi yang lebih banyak membicarakan hal-hal politik. Bukan politik namanya jika sunyi, sepi dan suram. Wak ingin menyentuh tentang isu yang terhangat di pasaran iaitu perhimpunan 100 ribu yang dianjurkan oleh GMP baru-baru ini. Sebaik-baiknya isu yang melibatkan sistem pembelajaran ini tidak dipolitikkan.

Tetapi sayang seribu kali sayang, rentaknya sudah dimainkan oleh pihak pemerintah sendiri yang mengaitkan perhimpunan GMP itu telah didalangi oleh parti pembakang dari Pakatan Rakyat berdasarkan penyertaan beberapa pemimpin mereka pada demonstrasi jalanan itu.

Apa masalahnya dengan kehadiran pemimpin pembangkang pada demontrasi 100,000 Bantah PPSMI 7 Mac lalu? Sejak awal lagi, Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) sudah mencari tempat berpaut bagi menggerakan demontrasi itu. Tiada isu tentang kaitan pembangkang pada demontrasi ini. Mereka semua adalah rakyat Malaysia. Rakyat yang cintakan Bahasa Melayu.

GERAKAN Memansuhkan PPSMI (GMP) telah menafikan didalangi pihak tertentu termasuk pembangkang dalam usaha gerakan itu membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Pelaksanaan PPSMI sejak tahun 2003 telah mencetuskan kontroversi dan perdebatan, dan kebelakangan ini ia berkisar mengenai rasional sama ada dasar itu patut diteruskan atau sebaliknya termasuk ahli akademik serta sasterawan menyertai medan politik dalam menyuarakan bantahan mengenai penerusan dasar itu.

Gerak hati Wak bertanya, apakah makna sebenar demokrasi jika kita semakin tidak betah bersuara. Baru membuat sesuatu yang tidak sealiran dengan pemerintah, dilabelkan begitu dan begini. Jika sistem demokrasi Malaysia mengamalkan sikap keterbukaan, apakah pandangan terbuka seseorang wajar diselewengkan?

Nama-nama besar seperti sasterawan negara Datuk A Samad Said, Datuk Dr Hassan Ahmad, Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan , Profesor Emeritus Nik Safiah karim dan lain-lain lagi. Kalau cendekiawan dan tokoh bahasa Melayu sanggup turun ke jalan berdemo mempertahankan bahasa Melayu, maknanya masa depan bahasa Melayu semakin tergugat dan kelam. Pejuang bahasa memilih jalanan kerana sudah tidak ada lagi lorong-lorong yang boleh dimasuki.

Mereka juga dianggap penderhaka dan perosak bangsa, walhal merekalah yang bersusah payah mengumpul kudrat dan menatang semangat untuk menongkat kembali Bahasa Melayu dalam pendidikkan anak-anak kita.

Apa yang kita khuatiri pengerak PPSMI adalah tinggalan saki baki penjajah yang bersarang di kalangan golongan elit dan feudal negara. Seperti dijelaskan, ilmu (seperti khutbah dan tazkirah di masjid) perlu disampaikan dalam bahasa mudah difahami masyarakat setempat. Ilmu perlu menyeluruh, boleh diakses seluruh anggota masyarakat tanpa sempadan bikinan seperti bahasa, kuasa, keturunan kedudukan dan pangkat.

Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu amatlah berguna buat kelangsungan tamadun bangsa Melayu. Kerana setiap tamadun itu dikenali bukan sekadar kerana kecanggihan teknologinya, tetapi kerana latar budaya dan bahasa pendidikannya.

Persoalannya … Adakah PPSMI ini satu isu politik yang perlu diselesaikan oleh orang-orang politik sendiri.. yang mana kuasa ada di tangan mereka. Atau mereka sengaja mempolitikkan isu PPSMI demi menidakkan suara-suara rakyat yang semakin bergema. Jangan tunggu sehingga rakyat membuat perhitungan di atas kertas.. Ini sudah pastinya PPSMI ditentukan nasibnya melalui medan politik…. Suara rakyat suara keramat!

PPSMI : ISU POLITIK ATAU DIPOLITIKKAN….

Berita terkini : Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dipanggil polis untuk siasatan berhubung perarakan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Sabtu lepas. Mungkin ramai lagi yang akan dipanggil oleh pihak polis.....

Wak menulis…

Dalam keadaan kesuraman eknomi dunia dan tempias ke Negara kita, rasanya kebelakangan ini tidak pernah sunyi daripada pelbagai kejutan dan kontroversi. Kisah peralihan kuasa pemerintahan di Perak masih bergelora, kini isu PPSMI semakin ‘panas’ selepas kejayaan GMP menghimpunkan lebih 100 ribu rakyat yang datang dari pelusuk tanah air yang majoritinya orang Melayu.

Wak tidak mahu bercakap soal politik kerana telah banyak para blogger mempersembahkan dengan pelbagai cara dan idea. Wak pun bukanlah ingin menjadikan blog ini sebagai blog reformasi yang lebih banyak membicarakan hal-hal politik. Bukan politik namanya jika sunyi, sepi dan suram. Wak ingin menyentuh tentang isu yang terhangat di pasaran iaitu perhimpunan 100 ribu yang dianjurkan oleh GMP baru-baru ini. Sebaik-baiknya isu yang melibatkan sistem pembelajaran ini tidak dipolitikkan.

Tetapi sayang seribu kali sayang, rentaknya sudah dimainkan oleh pihak pemerintah sendiri yang mengaitkan perhimpunan GMP itu telah didalangi oleh parti pembakang dari Pakatan Rakyat berdasarkan penyertaan beberapa pemimpin mereka pada demonstrasi jalanan itu.

Apa masalahnya dengan kehadiran pemimpin pembangkang pada demontrasi 100,000 Bantah PPSMI 7 Mac lalu? Sejak awal lagi, Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) sudah mencari tempat berpaut bagi menggerakan demontrasi itu. Tiada isu tentang kaitan pembangkang pada demontrasi ini. Mereka semua adalah rakyat Malaysia. Rakyat yang cintakan Bahasa Melayu.

GERAKAN Memansuhkan PPSMI (GMP) telah menafikan didalangi pihak tertentu termasuk pembangkang dalam usaha gerakan itu membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Pelaksanaan PPSMI sejak tahun 2003 telah mencetuskan kontroversi dan perdebatan, dan kebelakangan ini ia berkisar mengenai rasional sama ada dasar itu patut diteruskan atau sebaliknya termasuk ahli akademik serta sasterawan menyertai medan politik dalam menyuarakan bantahan mengenai penerusan dasar itu.

Gerak hati Wak bertanya, apakah makna sebenar demokrasi jika kita semakin tidak betah bersuara. Baru membuat sesuatu yang tidak sealiran dengan pemerintah, dilabelkan begitu dan begini. Jika sistem demokrasi Malaysia mengamalkan sikap keterbukaan, apakah pandangan terbuka seseorang wajar diselewengkan?

Nama-nama besar seperti sasterawan negara Datuk A Samad Said, Datuk Dr Hassan Ahmad, Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan , Profesor Emeritus Nik Safiah karim dan lain-lain lagi. Kalau cendekiawan dan tokoh bahasa Melayu sanggup turun ke jalan berdemo mempertahankan bahasa Melayu, maknanya masa depan bahasa Melayu semakin tergugat dan kelam. Pejuang bahasa memilih jalanan kerana sudah tidak ada lagi lorong-lorong yang boleh dimasuki.

Mereka juga dianggap penderhaka dan perosak bangsa, walhal merekalah yang bersusah payah mengumpul kudrat dan menatang semangat untuk menongkat kembali Bahasa Melayu dalam pendidikkan anak-anak kita.

Apa yang kita khuatiri pengerak PPSMI adalah tinggalan saki baki penjajah yang bersarang di kalangan golongan elit dan feudal negara. Seperti dijelaskan, ilmu (seperti khutbah dan tazkirah di masjid) perlu disampaikan dalam bahasa mudah difahami masyarakat setempat. Ilmu perlu menyeluruh, boleh diakses seluruh anggota masyarakat tanpa sempadan bikinan seperti bahasa, kuasa, keturunan kedudukan dan pangkat.

Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu amatlah berguna buat kelangsungan tamadun bangsa Melayu. Kerana setiap tamadun itu dikenali bukan sekadar kerana kecanggihan teknologinya, tetapi kerana latar budaya dan bahasa pendidikannya.

Persoalannya … Adakah PPSMI ini satu isu politik yang perlu diselesaikan oleh orang-orang politik sendiri.. yang mana kuasa ada di tangan mereka. Atau mereka sengaja mempolitikkan isu PPSMI demi menidakkan suara-suara rakyat yang semakin bergema. Jangan tunggu sehingga rakyat membuat perhitungan di atas kertas.. Ini sudah pastinya PPSMI ditentukan nasibnya melalui medan politik…. Suara rakyat suara keramat!

3.12.2009

Terkini : Hukum ASB dan ASN

Rencana ini Wak ambil dari laman web www.zaharuddin.net


Hari ini saya menerima satu email yang mengandungi satu attachemnet surat dari Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia kepada Setiausaha, Majlis Penasihat Syariah salah sebuah Bank Islam di Malaysia berkenaan hukum Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN).

Apa yang jelas, telah saya sebutkan sebelum ini berkali-kali, walaupun ia telah disahkan harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. Namun kaedah dan implementasi ASB dan ASN bercanggah dengan panduan sebuah saham amanah yang diiktiraf PATUH SYARIAH oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia.

Tatkala itu, bolehlah dianggap terdapat perbezaan pendapat dalam menentukan hukum ASB dan ASN antara dua badan pengeluar hukum yang terbesar di Malaysia. Bagi mereka yang ingin lebih berhati-hati dan menjamin tidak terjebak di dalam yang haram, kerana harta akan menjadi darah daging diri dan ahli keluarga. Saya menyarankan agar melihat dengan lebih teliti keahlian ahli-ahli fatwa dari kedua-dua badan terbabit.

Jika di tanya kepada pendapat peribadi saya, saya lebih cenderung kepada pendapat Majlis Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dalam hal ini setelah melihat kepada panduan yang diletakkan mereka bagi mengiktiraf sesebuah Amanah Saham yang patuh atau tidak patuh Syariah.
Anda mungkin berkata,

"SAYA TIDAK PEDULI, ASALKAN MAJLIS FATWA LULUSKAN, SAYA AKAN BERPEGANG DENGANNYA KERANA MEREKA YANG TANGGUNG DI AKHIRAT"

Ulasan saya, Allah swt memberikan kita aqal untuk memerhati dan meneliti pandangan kedua-dua badan besar ini setakat kemampuan yang ada, berfikirlah. JIia benar-benar setelah membaca hujjah kedua-dua pihak, lalu anda yakin dengan salah satu antaranya. Anda telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang baik. Namun jika, sambil malas dan ingin mengambil mudah, lalu terus berpegang dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, tanpa mengendahkan hujah Majlis SYariah Suruhanjaya Sekuriti.

Tatkala itu, individu tersebut tidak berada dalam situasi yang sepatutnya.
Perlu difahami bahawa Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dianggotai oleh individu yang sememangnya specialist dan berpengalaman di dalam bidang muamalat dan kewangan Islam. Untuk melihat senarai ahlinya, sila buka di sini .

Berikut adalah salinan suratnya, saya telah memadam nama bank Islam yang ditujukan surat ini, kerana apa yang penting adalah isi kandungan surat. (Sila rujuk ke laman web www.zaharuddin.net)

Hasil daripada surat ini, Suruhanjaya Sekuriti kelihatan TIDAK MEMBENARKAN bank-bank Islam di Malaysia memberikan pembiayaan tunai kepada pelanggan yang ingin menyertai ASB dan ASN.

Berikut adalah tulisan-tulisan saya yang lalu berkenaan ASB dan ASN. Dan Kita masih mengharap pihak ASB dan ASN mengambil inisiatif lebih tulen untuk melayakkan mereka digelar patuh syariah oleh Majlis Syariah SC, Malaysia.
1) Perbincangan Hukum ASB
2) Tak Puas Hati Berkenaan Hukum ASB
3) Majlis Fatwa kata ASB Harus : Ulasan UZAR

Sejurus mereka mengubah kaedah pelaburan mereka dan diluluskan oleh Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti. Di ketka itu, semua artikel-artikel saya berkaitan ASB tidak lagi terpakai tentunya.

Sekian,
Zaharuddin Abd Rahman
16 Feb 2009

Nota : Dua minggu lepas Wak ada pergi ke Maybank jalan Munsyi kat depan BSN. Ada pegawai Maybank promote Wak loan ASB-i untuk simpanan islamik dalam ASB. Wak pun dah kira2 nak ambik loan ASB-i ni sebabnya islamik… tak de le kita terlibat dengan riba. Lagi satu majlis Fatwa dah bagi tahu hukum ASB ni harus,

Tapi hari Isnin yang lepas adik Wak yang mengajar di MRSM Terendak datang rumah dan tunjukkan rencana yang di tulis oleh Ustaz Zaharuddin dalam webnya. Banyak persoalan yang timbul dalam fikiran Wak…. Nantilah ada kesempatan Wak tulis sikit tentang kecelaruan yang timbul sekarang nii…. Sama2lah kita renongkan tulisan Ustaz ZAharuddin. Semoga kita semua mendapat hidayah..amin!

3.11.2009

SUDUT BAHASA JAWA

Kabare….

Kali ini Wak nak berkongsi tentang Bahasa Jawa dengan korang semua… Orang Melayu dah tak nak memartabatkan Bahasa Melayu (golongan tertentu saja yang hanya tahu menghunus keris yang dah berkarat beb), so Wak nak kembangkan Bahasa Jawa .. manalah tau satu hari nanti Datok Menteri teringin pulak nak buat dasar baru, Pengajaran & Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Jawa (PPSMJ).

Hari ni kita belajor beberapa bahasa Jawa yang biasa kita gunakan sebagai bahasa harian. Antara perkataan yang Wak nak ajor hari ni ialah :

1. Mangan = Makan
Cth. ayat : Wak Karjo arep mangan karo bojo ne.

2. Ngombe = Minum
Cth. ayat : Embah Samikon kepingin ngombe wethang kopi.

3. Turru = tidur
Cth ayat : Omonge wong tuek, isuh sikkille seurunge turru.

4. Tangi = bangun (bangun dari tidur)
Cth. Ayat : Sutekno tangi turru pukul limo.

5. Athus = mandi
Cth. Ayat : Issuk-issuk tangi turru enthang athus.

Oklah.. Kali ni kita belajo lima perkataan bahasa Jawa. Semoga korang semua boleh paham maksud ayat dalam contoh yang Wak beri. Kalau tak paham jugak.. bolehlah hubungi Wak atau melalui ‘chatter box’ yang disediakan. Jangan malu2 untuk bertanya…

3.10.2009

PPSMI : PERHIMPUNAN GMP 100 RIBU

Sama-sama kita renongkan pandangan dari pemimpin UMNO selepas peristiwa 7 Mac…..

Apa kata Pak Lah selaku Presiden UMNO:

Semalam Abdullah meminta isu PPSMI diselesaikan segera kerana bimbang bantahan orang ramai makin meluas pada masa depan.

"Saya harap keputusan ini akan dibuat segera. Kalau tidak nanti tekanan-tekanan dan tindakan-tindakan NGO akan berterusan dan akan menjadi isu yang lebih besar,"

Apa kata Anak Tun Hussein :

Menteri Pelajaran, berkata, muslihat dan matlamat pihak berkenaan perlu dipertikaikan kerana kementerian telah bertindak proaktif dengan membuat pelbagai penjelasan mengenai PPSMI.

“Biarlah orang ramai berhenti seketika melihat keadaan sebenar yang berlaku di Negara kita dan Tanya siapa sebenarnya yang menimbulkan isu ini, apa muslihat dan matlamat mereka?”

“Sekali lagi menjadi tanya kenapa selepas enam tahun baru buat laporan polis kerana mendakwa ia bertentangan dengan Perlembagaan dan sekarang mengadakan perhimpunan bantahan”

“Saya lihat ada hikmah di sebalik apa yang berlaku semalam. Sekurang-kurangnya orang ramai dapat melihat sendiri apa yang saya sudah tahu lama, iaitu dibelakang gerakan ini ada dalang-dalang yang sanggup mengekploitasi apd juga isu, memperalatkan sesiapa sahaja demi agnda politik sempit mereka.”

"Keputusan muktamad bukan daripada kementerian ini tetapi pada jemaah menteri. Tugas kementerian adalah untuk meneliti, mengkaji dasar ini selepas keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Disember lepas. Masa dua setengah bulan bukannya jangka masa yang panjang untuk menentukan hala tuju dasar yang melibatkan jutaan pelajar, ratusan ribu guru dan puluhan ribu sekolah," katanya.

"Saya harap orang ramai akan memberi seluas-luasnya peluang kepada kita untuk membuat keputusan berdasarkan fakta, angka dan kajian daripada hanya membuat satu kesimpulan berdasarkan emosi dan demonstrasi seperti mana yang kita lihat dilakukan semalam," katanya.

Nota : Banyak ulasan oleh para pemimpin GMP, pemimpin PR, para blogger reformasi tentang ulasan dan kenyataaan orang Melayu ‘Pemimpin UMNO’ yang boleh membuat keputusan tentang PPSMI. Wak Cuma terkenangkan kata-kata kata Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI, Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said.



"SAYA kena dekat hidung, mata dan juga kena tolak. Rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa. Ini merupakan kali pertama saya terkena gas pemedih mata dan ia mungkin akan berlaku lagi kerana saya akan terus memperjuangkan misi membantah PPSMI selagi kerajaan tidak memansuhkannya,"

Kata-kata Pak Samad: 'Ertinya kalau dimana-mana pun kalau ada calon yang menentang bahasa ibundanya, kita harus tentang mereka dengan tidak undi mereka. Kenapa kita mesti pilih orang yang mahu mengucupkan bahasanya. Kita ada undi, ajar mereka dengan undi kita' akan menghantui beliau’.

3.08.2009

PPSMI : CATATAN WAK MENUJU KE MASJID NEGARA

Sebuah catatan sebagai bukti untuk anak2 dan cucu2 ‘andainya aku pergi dulu’….



11.00 pg : Wak memberitahu isteri dan anak2 bahawa jadi pergi ke KL. Punyalah seronok dia orang nak jalan2 naik komuter. Wak pesan kat isteri, suruh Irham dan Irfan pakai baju putih dan balut kepala dengan kain putih.

11.25 pg : Wak sekeluarga bertolak ke Seremban lalu h-way. Ceria anak2 Wak walaupun mereka belum begitu faham tentang perhimpunan GMP di Nasjid Negara.

12.00 pg : Sampai pintu h-way Seremban tapi jalan ke Bandar jem. Wak parking kereta kat Parkson Seremban. Singgah masuk Parkson carikan baju putih Irham dan Irfan. Si Tini tak nak tukar baju putih.. nak jugak baju warna pink, anak pompuan.

1.00 tgh : Wak naik komuter menuju ke KL Sentral. Sampai lebih kurang dalam pukul 2.30 ptg di KL Central. Wak tak reti sangat naik Komuter ni. So Tanya kat sorang Pak Cik jalan ke Masjid Negara. Dia bagi tau sepatutnya turun kat Stesyen KL. Wak dah silap so belilah tiket untuk ke Stesyen KL.

3.00 ptg : Sampai je kat stesyen KL, bila Wak keluar je dengan anak isteri Wak dan bawak adik ipar… Anak Wak Irham kata “Ayah.. mata pedih laa…” . Kita orang panik .. ramai kat stesyen KL yang ke hulu ke hilir mengesat mata. Wak tengok mata dia orang merah dan berair. Wak pun rasa pedih sangat.. Anak2 dah panik.






Wak cari tempat yang selamat supaya anak2 selamat. Rupanya tak jauh dari situ lebih kurang tak sampai 100m, ada sebuah trak merah sedang membuat penyemburan.. Dalam hati Wak berdetik .. Ini agaknya yang dia orang kata ‘Water Cannon’ tuu… Wak dapat cerita bahawa FRU dah lepaskan gas pemedih mata. Patutlah sekeliling tak jauh dari Stesyen KL tuu nampak agak berkabus.



Wak ajak anak isteri naik ke bahagian atas tempat kaunter membeli tiket. Kat situ tak la pedih sangat. Wak dapat lihat suasana agak kelam kabut … Satu gerombolan manusia serba putih berjalan menuju ke Masjid Negara. Tapi Wak kurang pasti dia orang semua dari mana… Sesekali Wak dengar laungan ‘Takbir’ .





Inilah pengalaman pertama Wak terlibat secara langsung dalam satu perhimpunan manusia, ‘demonstrasi’ yang membawa satu perjuangan menyelamatkan Bahasa Melayu. Sepanjang Wak dan family kat Stesyen Komuter KL tuu… banyak pengalaman yang dapat Wak degar dan lihat sendiri bagaimana perjuangan GMP di sahut oleh segenap lapisan rakyat yang sayangkan ‘Bahasa Melayu’.

Wak tak dapat bergerak kemana2 kerana memikirkan keselamatan anak2 dan isteri. Wak sekadar melihat dan mengambil gambar dari stesyen komuter KL. Wak dipahamkan dari sorang brader yang memakai baju putih ‘Mansuhkan PPSMI’ pihak berkuasa telah menyembur pancutan air daripada 'Water Cannon' dan melepaskan gas pemedih mata kepada orang ramai yang sedang berehat di Masjid Negara.



Semakin ramai para demonstran sedang berkumpul di stesyen komuter ni. Ada yang basah kuyup bersama anak dan mata mereka nampak merah dan berair. Ramai yang sedang duduk berehat dan bercerita sama sendiri. Wak pasti bahawa cerita cerita ini akan menjadi lagenda rakyat hingga ke anak cucu cicit. Sambil mereka melihat pandangan dari atas ke arah jejantas yang menunjukkan beberapa trak FRU bergerak ke arah Masjid Negara.



4.30 ptg : Semakin ramai yang memakai baju serba putih datang ke Stesyen Komuter KL. Wak pun bagi tau kat isteri kita kena gerak balik sekarang sebab takut bertambah sesak. Tiket dah awal2 isteri Wak beli. Kami sekeluarga mula bergerak menaiki konuter menuju ke Seremban.



Sepanjang perjalanan menaiki komuter, banyak persoalan yang bermain difikiran. Kadang2 terfikir jugak.. Betul kata kawan2.. “Pergi demonstrasipun tak de guna.. yang buat keputusan kerajaan… Kalau dia nak ubahpun bukannya sekarang, paling tidakpun dekat pilihanraya nanti… Kalau sekarang, banyaklee kroni bungkus!”

6.00 ptg : Sampai kat Seremban. Kita orang semua dah kelaparan. Singgah kat Dol Tomyam. Call member lama, Sarmin nak datang rumah tumpang mandi dan solat.

6.30 ptg : Habis makan, gerak ke rumah Sarmin. Allah nak uji.. Wak punya kereta tersangkut kat jalan nak ke Taman TTJ. Call Sarmin ambik isteri dan anak2 antar ke rumah dulu. Sarmin datang dengan member ‘pomen’ bawak kereta ke workshop. Ganti clutch pam dah rosak kena RM105. Wak syukur kerana kena dekat dengan rumah member nii… Kalau kena kat h-way kan lagi haru biru.

9.00 malam : Selepas mandi dan solat, Ina isteri Sarmin gorengkan mee. Jamah walau perut dah kenyang. Gerak pulang ke Melaka. Terima kasih Sarmin dan Ina.

Dalam kereta tak banyak bicara. Semua dah keletihan… tertidur. Wakpun terfikir… kenapalah aku beria sangat sampai bawak anak bini demostrasi…. Jauh pulak tuuu… Duit tol lagi, makan minum… jajan anak2… bazir duit dan buang masa jee…Duduk rumah lepak tengok TV kan lagi bagus.

Tapi… bila Wak melihat suasana demonstrasi yang sebenarnya di depan mata… Ada satu perasaan yang tak dapat Wak gambarkan walau pengalaman yang Wak lalui tak seberat rakan2 pendemonstrasi yang lain. Wak rasa terharu dan respect mereka yang sanggup berdemonstrasi demi memartabatkan Bahasa Melayu… Demi masa depan anak2 bangsa…. Wak terbayang masa depan anak2 .... Entahlaaa.. Perjuangan harus diteruskan!



Apa yang Wak harapkan, cacatan Wak ini akan dijadikan sejarah dan bukti kepada anak2 Wak… bahawa sesungguhnya ayahnadamu telah sama2 berjuang demi memartabatkan bahasa ibunda, Bahasa Melayu. Kalau Wak pergi dulu sebelum termansuhnya PPSMI, sekurang2nya Wak dah ada waris yang akan meneruskan perjuangan Wak ini. Biarlah anak2 Wak yang akan meneruskan perjuangan sehingga Bahasa Melayu akan dimartabatkan sebagai bahasa dunia .. bahasa yang akan digunakan dalam P&P peringkat sekolah rendah, menengah dan IPT. Takbir!!! Tapi bahasa Jawa jangan dilupakan… He3x!!!!! Jawa tetap Jawa!!!

Nota : Tapi yang Wak tak tahan sangat melayan kerenah anak dara Wak Nurfatini... Bila mengamuk, terbaring2 kat lantai tak kira kat mana.. tadi sekali dia dah terbaring kat tengah orang ramai masa kat KL Central. Ni buat hal lagi.. Wak saje ambik gambar biar besok dah besar.. dah jadi anak dara tunjukkan perangai masa dia kecik2.



Sekian catatan Wak.

PPSMI : HUJAH GMP LAWAN HUJAH PAGE

Hujah PAGE disanggah oleh GMP dengan penuh berhemah…

Wak merasa bangga apabila membaca hujah yang digunakan oleh GMP bagi menyangkal pandangan oleh PAGE (Parent Action Group for Education) tentang PPSMI yang disiarkan di Berita Minggu pada 1 Mac yang lalu.

Bagi teman-teman yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang pandangan PAGE dan sangkalan dari GMP, sila singgah ke blog Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan (penyusun buku Mengapa Kami Bantah PPSMI)

Kepada generasi muda yang akan meneruskan perjuangan…

42 tahun yang lalu generasi ayahandamu mengusung ‘Keranda 152’ dan hasilnya sekarang ini anakanda masih menuturkan bahasa moyangdamu…. Tetapi kini atas kerakusan sang pemerintah, ketamakan sang kroni, kesombongan dan keegoan sang menteri, bahasa ibundamu telah ‘dinoda’ tanpa mendengar rintihan hati nurani para pembela bahasa dan bangsa…. Kan ayanandamu berpesan bahawa ‘bahasa jiwa bangsa’. Tanpa bahasa lesulah jiwa. Pupus bahasa… pupuslah bangsa!

3.05.2009

PPSMI : RINDUKAN SUARA PEMUDA UMNO

Rintihan hati seorang pendidik... Suara hati rakyat biasa...

Merujuk kepada Perhimpunan Raksasa 100 Ribu 7 Mac ini, dipahamkan bahawa permit polis untuk perhimpunan membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) di Istana Negara pada Sabtu ini telah dimohon petang ini, kata Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).

Kali ini Wak ingin meluahkan isi hati dari seorang rakyat biasa.. yang kebetulannya Wak adalah kakitangan kerajaan.. Kerajaan yang memerintah (buat sementera ini BN tapi tak taula masa yang akan datang) …. Suara hati seorang pendidik.. suara hati rakyat bawahan.. suara hati orang kampong yang pernah menjadi ahli UMNO … (Sekitar tahun 1987 @ 1988 baru je habis sekolah. Pendaftaran secara percuma yang dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO kampong Wak atas alasan nak tubuhkan Belia 4B.. Time tu tak paham lagi bab-bab politik nii.. main ikut2 jeee…)

Apa yang Wak ingin suarakan ialah… Kemanakah suara-suara Pemuda UMNO? Kebelakangan ini begitu ghairah dan lantang menyuarakan pembelaan terhadap institusi Raja-raja Melayu…. Isu derhaka terhadap sultan. Tiap-tiap hari keluar kat TV3 dan dada-dada akhbar arus perdana .. siap dengan pembalut kepala berwarna kuning. Dan yang terbaru 15 pemuda UMNO dari Selangor mengepong ala ‘genster’ ahli parlimen Bukit Gelugor… Di Kedah dek kerana surat layang mereka masuk lagi dalam TV3 membela Sultan…

Tapi dalam isu PPSMI, langsung tak bersuara! Bisu.. Mungkin kerana ketua Pemuda UMNO merupakan Menteri Pelajaran maka mereka hanya menganggukkan kepala tanda setuju, apa saja keputusan yang dibuat oleh si menteri. Kalau orang Jawa, puak2 macam ni tergolong dalam golongan orang ‘GOBLOK!”

Apa pendirian pemuda UMNO satu Malaysia… Dari Johor Baharu hinggalah ke Perlis. Sanggupkah mereka menggadaikan maruah bangsa…. Masa depan Bahasa Melayu… Masa depan anak2 bangsa… Hanya kerana menjaga hati Pak Menteri? Hanya kerana meneruskan Budaya Angguk!! Bangunlah.. Bangkitlah wahai semua Pemuda2 UMNO!!!! Berdirilah di bumi yang nyata… Sedarlah bahawa pemuda UMNO adalah orang Melayu! Walaupun nama UMNO itu sendiri dalam bahasa Inggeris tapi mereka adalah anak Melayu… Bercakap kat rumah bahasa Melayu… Amalkan hidup budaya Melayu.. Semua guna nama ada bin dan binti…

Akhir kalam… Wahai Pemuda-pemuda UMNO!!!

Jangan pandang enteng tamadun Bahasa Melayu. Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa antarabangsa. Ayuh bangsa ku , mari kita martabatkan kembali Bahasa Melayu.

Andainya dasar PPSMI ini diteruskan, 100 tahun nanti anak cucu kita tidak menyalahkan UMNO, PAS atau PKR. Tapi mereka akan menyalahkan datuk nenek moyang mereka (iaitu kita) kerana tidak mendaulatkan bahasa Melayu.

Jangan Gadai Bahasa Melayu . Bahasa Kita . Air Mata dan Maruah Kita.

3.02.2009

PENGISYTIHARAN ULAMA BANTAH PPSMI

'Pengisytiharan Muafakat Ulama Membela Martabat Melayu'

'Pengisytiharan Muafakat Ulama Membela Martabat Melayu' yang diadakan di Madrasah An-Nur, Pendang, dekat sini baru-baru ini membuktikan bahawa golongan ulama juga turut membantah isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilancar sejak tahun 2002.

Mengesahkan bahawa beragama Islam dan bertutur dalam bahasa Melayu ada kaitan dengan ta'rif seorang Melayu mengikut Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan dan ini bermakna keserasian Bahasa Melayu dengan KeIslaman bangsa Melayu tidak dapat dipisahkan,

Maka kami sebagai golongan agama yang prihatin terhadap sebarang hal-ehwal yang ada kaitan dengan kedudukan Islam dan kaum Muslimin di Negara ini, berpendirian:

1.MENOLAK perlaksanaan PPSMI dalam sistem pendidikan Negara,
2.MEMBANTAH penerusan perlaksanaan PPSMI kerana ia menjejaskan kedudukan bahasa Melayu yang sudah diangkat martabatnya sebagai bahasa ilmu dan sekaligus bahasa Islam,
3.MENEGASKAN bahawa dalil agama untuk mengembalikan pengajaran sains dan Matematik kepada bahasa Melayu sangat kuat kami sandarkan kepada nas-nas naqli berikut:
Menggunakan bahasa yang dapat menerangkan dan memahamkan konsep dan falsafah kebenaran adalah matlamat utama kenapa Al-Quran menggunakan bahasa ibunda Arab sebagai pengantar untuk menjelaskan makna dan intisari ajaran Islam kepada bangsa Arab.
"Dan demikianlah Kami wahyukan Al Quran kepadamu dalam bahasa Arab , agar engkau memberi peringatan kepada penduduk ibukota (Mekah) dan penduduk (negeri-negeri) di sekelilingnya serta memberi peringatan tentang Hari berkumpul (Qiamat) yang tidak diragukan adanya . Segolongan masuk syurga dan segolongan masuk neraka ". (Asy-Syura: 7)
"Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al Quran berbahasa Arab , agar kamu mengerti" (Surah Yusuf: 2)
"Dan demikian Kami menurunkan Al Quran dalam bahasa Arab dan Kami telah menjelaskan berulang-ulang didalamnya sebahagian dari ancaman agar mereka bertaqwa atau agar (Al Quran) itu memberi pengajaran bagi mereka"(Surah Toha: 113)
"Dan sungguh te;lah Kami buatkan dalam Al Quran ini segala macam perumpamaan bagi manusia agar mereka dapat pengajaran, iaitu Al Quran dalam bahasa Arab, tiada ada kebengkokan (di dalamnya) agar mereka bertaqwa" (Surah Az Zumar :27- 28)
"(Al Quran ini) diturunkan dari Tuhan Yang Maha Pengasih , Maha Penyayang , Kitab yang ayat-ayatnya dijelaskan bacaan dalam bahasa Arab untuk kaum yang mengetahui" (Surah Fussilat : 2-3)
"Demi kitab (Al quran) yang jelas . Kami jadikan Al Quran dalam bahasa arab agar kamu mengerti (Surah Al Zukhruf :3) Semua ayat-ayat ini menjelaskan betapa bahasa ada kaitan dengan mesej risalah Islam yang disampaikan kepada manusia.
Manakala bahasa Melayu yang sarat dengan konsep Islam dari Al Quran diketepikan penggunaannya dalam pengembangan ilmu ,maka kesan sekularisasi bahasa yang telah berlaku dalam sejarah pengembangan bahasa inggeris yang sangat dipengaruhi oleh sejarah sekularisasi agama Kristian akan mempunyai impak kepada masyarakat Melayu islam di Negara ini.
4.MENDESAK supaya perlaksanaan PPSMI hendaklah diberhentikan dan penggunaan bahasa Melayu kembali digunakan sebagai bahasa pengantar dalam semua matapelajaran kecuali dalam pengajaran bahasa yang lain , di seluruh institusi pendidikan di semua peringkat .
5.MENUNTUT agar kerajaan mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu untuk membentuk tamadun tinggi dalam masyarakat, sementara memberi ruang untuk pelajar mempelajari pelbagai bahasa lain untuk meningkatkan keupayaan menguasai pelbagai ilmu dari sumber bahasa yang lain,
6.MENDESAK agar tulisan jawi kembali diperkasakan dalam sistem pendidikan Negara termasuk mengalakkan urusan rasmi menggunakan tulisan jawi sebagai identiti negara,
7.MENEGASKAN bahawa pengajaran bahasa Inggeris perlu dipertingkatkan kaedah dan pendekatannya, namun bukan dengan cara mengenepikan bahasa Melayu sebagai pengantar matapelajaran seperti yang dilaksanakan dalam PPSMI masakini,
8.MENGGESA supaya penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar hendaklah diperundangkan dan dikuatkuasakan dalam semua sektor Negara semada awam mahupun swasta.
9.MENEGASKAN bahawa pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran tidak boleh berdaleh dengan alasan pencapaiaan UPSR , PMR mahupun SPM untuk menjadi asas untuk meneruskan atau memberhentikan perlaksanaan PPSMI,
10.MENDESAK supaya pihak kerajaan tidak menggunakan dalil mencapai kemajuan bertaraf dunia sebagai alasan untuk meneruskan PPSMI kerana hujah ini sudah muktamad ditolak oleh perbandingan dan bukti dengan pelbagai Negara lain yang tidak mengutamakan bahasa Inggeris untuk mencapai kemajuan sesuata bangsa dan Negara.
11.MENGESA agar seluruh warga pendidik dan waris pelajar-pelajar disemua institusi pendidikan Negara agar bersama bersatu untuk membantah perlaksanaan PPSMI

Nota : Nampaknya bertambah lagi sokongan GMP... Kali ini dari golongan Ulama. So golongan2 yang masih mahu menyokong PPSMI, banyak2lah berisytifar. Kalaulah golongan Ulamapun dah sokong untuk mansuhkan PPSMI, siapalah kita yang berkeras nak pertahankan dasar yang menjahanamkan masa depan bahasa Melayu dan anak2 bangsa kita. Semoga Allah memberikan hidayah pada kita semua... Amin!!

Bagi semua golongan guru dan pendidik walau diperingkat mana sekalipun, marilah kita menyahut seruan para Ulama (No 11). Wak pun pendidik malahan ahli NUTP... tapi hingga sekarang ni NUTP membisu tanpa sebarang hujah dalam isu PPSMI nii.. Jangan kerana takut untuk menyanggah dengan dasar yang di bawa oleh pemerintah, sanggup menggadaikan perjuangan. Kalau pihak NUTP masih membisu atau menyokong dasar PPSMI ini, Wak sanggup menarik diri dari menjadi ahli. Daripada potong RM5 bagi kat NUTP yang nampaknya bersekongkol dengan pihak pemerintah dalam PPSMI, lebih baik masukkan ke tabung Palestin.

BAHASA JAWA

Sejarah Bahasa Jawa

Wak nak cerita sikit tentang sejarah bahasa Jawa. Kalau bukan orang Jawa yang nak kembangkan bahasa Jawa ni, sape lagi. Asyik cerita pasal PPSMI jee… kita tenangkan fikiran dulu dengan layan bahasa Jawa. Wak ni memang berdarah Jawa belah emak dan bapak. Embah2 Wak ni semua datang dari Indonesia. Tapi emak bapak Wak dah lahir kat Malaysia dan warganegara… So Wak adalah keturunan Indon jenerasi ke tiga yang telah manjadi warganegara Malaysia yang sah.

Bahasa Jawa adalah bahasa yang digunakan penduduk suku bangsa Jawa terutama di beberapa bahagian Banten terutama di Kabupaten Serang dan Tangerang, Jawa Barat khususnya kawasan Pantai utara terbentang dari pesisir utara Karawang, Subang, Indramayu dan Cirebon, Jawa Tengah & Jawa Timur di Indonesia.

Bahasa Jawa dan bahasa Melayu merupakan bahasa serumpun. Kedua-kedua bahasa tergolong kepada keluarga bahasa Indonesia. Terdapat dua faktor utama dalam penyebaran pengaruh bahasa Jawa ke Bahasa Melayu, iaitu:
• Pengaruh melalui penyebaran cerita panji
• Pengaruh melalui interaksi sosial.

Cerita panji ialah sejenis cerita yang berasal dari Jawa. Isinya adalah mengenai wira dan wirawati. Cerita ini terdapat banyak versi, dan boleh dikesan di seluruh nusantara sehingga di Kemboja.

Penyebaran Bahasa Jawa

Migrasi orang Jawa ke Tanah Melayu telah berlaku semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pertempatan orang Jawa sudah dapat dikesan di bandar Melaka pada zaman itu, iaitu Kampung Jawa dan Parit Jawa. Walaubagaimanapun, migrasi orang Jawa ke Tanah Melayu yang ketara berlaku bermula pada awal abad ke-19. Tumpuan migrasi Jawa adalah di negeri-negeri Selat dan juga negeri Selangor dan negeri Johor.

Penduduk Jawa yang berpindah ke Malaysia turut membawa bahasa dan kebudayaan Jawa ke Malaysia, sehingga terdapat kawasan pemukiman mereka seperti yang terdapat di kampung Wak, Parit Sulong. Majoriti penduduk Parit Sulong adalah dari masyarakat Jawa yang asalnya datang dari Indonesia. Mereka datang ke Tanah Malayu ketika itu dengan membuka tanah untuk pertanian dan tempat tinggal seperti yang berlaku di kampong Wak… Parit Othman. Ini termasuklah embah Wak sendiri yang sebelah lelakinya (belah emak dan bapak) adalah datang dari Indonesia.

Okalah, takat tu je yang dapat Wak titipkan kali ini berkenaan sejarah bahasa Jawa. InsyaAllah di lain waktu Wak akan adakan sudut bahasa Jawa supaya bahasa ibunda Wak ni tak mati ditelan zaman. Kalau ada sedara2 seJawa Wak yang ingin berkongsi pengalaman tentang bahasa Jawa amatlah dialu2kan dan disanjung tinggi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails