2.16.2009

PPSMI: GAPENA BUAT LAPORAN POLIS

Berita terkini PPSMI..

Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) hari ini membuat satu laporan polis terhadap Kementerian Pelajaran Malaysia ekoran keengganan kementerian terbabit memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Laporan tersebut dibuat oleh Ketua Satu Gapena, Tan Sri Prof Emeritus Dato' Pendita Dr Haji Ismail Hussein di balai polis Brickfields pada 12.30 tengah hari tadi.

Gapena dalam laporan tersebut menyatakan sebab-sebab bantahan mereka antaranya kerana pelaksanaan PPSMI adalah tidak sah di sisi undang-undang kerana bertentangan dengan seksyen 17(1) Akta 550, Akta Pendidikan 1996 dan bercanggah dengan kehendak dan tujuan Perkara 152 (1) dan 152 (6), Perlembagaan Persekutuan.

"Seksyen 17(1) Akta 550, memperuntukkan Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah-sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain dikecualikan daripada sub seksyen ini," jelas Ismail dalam sidang media di luar balai polis selepas membuat laporan tersebut.

Nota : Wak tertunggu2 bila agaknya orang2 UMNO ni nak bersuara tentang mendaulatkan Bahasa Ibunda… Kenapa diorang melalak pasal isu ‘Sultan’ tapi dalam isu ‘Bahasa Melayu’, diorang memBISU! Mereka merasakan yang diaorang ni bukan Melayu agaknya…. Atau terbelenggu dengan Budaya Mengampu & Budaya Gertak!

1 comment:

  1. Wak... jgm harap org2 UMNO nak bersuara pasal PPSMI... Sebab tak da 'masuuuuk' bro!!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails