2.20.2009

JPN PAKSA PIBG SOKONG DASAR PPSMI

KOTA BHARU, 19 Feb (Hrkh)

Setelah menyedari pelbagai pihak bangkit menentang dasar pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), kini Kementerian Pelajaran dikatakan mencari sokongan secara paksa melalui ibu bapa.

Terbaru pengerusi Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) di negeri ini diminta menandatangani surat yang berupa teks ucapan mesyuarat PIBG yang disediakan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

Mengikut sumber setiap pengerusi PIBG dipaksa menandatangani serta membaca teks ucapan yang telah siap ditulis oleh JPN ketika berucap pada majlis perasmian mesyuarat tersebut.

"Antara lain kandungan teks itu iaitu bersetuju menggunakan bahasa Inggeris dalam pembelajaran mata pelajaran Matematik dan Sains.

Menurutnya JPN cuba bermain sandiwara setelah menteri pelajaran diasak teruk di mana pelbagai pihak tampil menentang dasar PPSMI yang diperkenalkan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi perdana menteri. Seharusnya kerajaan mendengar keluhan rakyat dan bukannya memekat telinga meneruskan dasar PPMSI.

Nota : Wak jadi tanda Tanya… Apakah perkara ini berlaku juga di SK Gangsa. Pada Mesyuarat Agung yang lepas (5 Feb 2009) AJK PIBG mengusulkan PPSMI diteruskan. Nampaknya bertambah berat tugas Wak sebab dah dilantik AJK PIBG. Nampak gayanya terpaksa menongkah arus.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails