Kanak-kanak lima tahun maut tersepit di kaki meja lipat...
Kita sebagai emak bapak nie kena peka terhadap apa yang terjadi kepada anak-anak kita terutama yang telah pandai bermain sendiri. Jangan biarkan mereka bermain sendirian terutama di kawasan luar rumah.
Kita perlu sensitif terhadap respon anak-anak termasuk dari suara jeritan atau tangisan, bunyi yang pelik atau sesuatu yang mencurigakan. Perlu tindakan segera dan jangan sesekali menganggap ianya perkara biasa seperti tiada apa-apa berlaku perkara yang tidak diingini.
Inilah padahnya bila emak bapak atau kaum keluarga mengambil ringan respon terutama dari kanak-kanak yang agresif. Dianggapnya sekadar gurauan..... Malang tidak berbau!!! Dan akhirnya mengakibatkan kehilangan nyawa insan yang kita sayangi.
Jadikanlah peristiwa di bawah ini sebagai pengajaran dan iktibar kepada kita semua supaya perkara seumpamanya tidak menimpa kepada anak yang kita sayangi.
Bayangkan betapa beratnya ujian yang perlu dihadapi terutama kepada ibu bapa dan keluarga kepada kanak-kanak ini. Hanya kerana kesilapan mereka menganggap suatu guraun dari suara jeritan kanak-kanak malang itu....
Apa pun segalanya adalah ketentuan dari Illahi. Kita sebagai hambanya perlu redha dengan apa yang telah ditentukan sejak azali. Kepada ibu bapa dan kaum keluarga kanak-kanak ini, salam takziah semoga tabah menghadapi ujian ini.
IPOH 22 Sept. – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas tersepit di kaki meja lipat di rumahnya di Kampung Talang Hilir, Kuala Kangsar semalam.
Kejadian berlaku pada kira-kira 5.50 petang ketika kanak-kanak itu, Muhammad Irfan sedang bermain bersendirian di belakang rumahnya dan disahkan meninggal dunia pada 1 pagi semalam di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.
Bapanya, Mohd. Fadtah Sadhabil, 27, berkata, anak keduanya itu daripada tiga beradik adalah kanak-kanak yang sangat aktif.
“Kami hanya menyedari kejadian itu pada 6 petang lalu menghantarnya ke Hospital Kuala Kangsar sebelum dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun,” katanya ketika dihubungi hari ini.
"Muhammad Irfan ada menjerit ketika kejadian tetapi ahli keluarga yang lain menganggapnya gurauan kerana dia selalu bermain dan suka menjerit dan itu satu perkara biasa” katanya.
Katanya, kejadian hanya disedari selepas 10 minit berlalu dan ketika itu badan anaknya itu sudah kebiru-biruan akibat tidak boleh bernafas.
Beliau berkata, jenazah Muhammad Irfan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Talang Hilir. – Bernama
No comments:
Post a Comment