Tahniah Datuk AC MIzal....
Nampaknya sorang lagi artis akan bergelar Datuk. Bertambahlah lagi bilangan artis yang dapat anugerah Datuk. Tentunya merasa bangga apatah lagi dalam usia muda telah bergelar Datuk.
Itulah realiti di negara kita... Dunia hiburan lebih dipandang mulia. Artis mudah untuk dapat gelaran datuk. Berlaianan pula dalam dunia pendidikan. Jarang kita dengar guru atau pensyarah mendapat gelaran Datuk dalam usia muda.
Jika ada pun gelaran Datuk yang mereka perolehi, umur mereka telah hamapir atau memang dah pencen. Atau mereka ini banyak terlibat dengan dunia politik yang sealiran dengan kerajaan yang memerintah.
Wak malas nak buat perbandingan antara sumbangan golongan artis dengan golongan pendidik. Mereka ada peranan masing-masing dalam bidang yang yang mereka ceburi.
Bukanlah Wak nak pertikai gelaran Datuk yang para artis dapat tapi cuma rasa terkilan. Jauh disudut hati "aku cuma seorang guru biasa"....
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Petikan sajak 'Guru oh Guru' hasil karya Allahyarham Datuk USMAN AWANG 1979.
AC Mizal atau nama sebenarnya, Mizal Zani, 39 tahun, dianugerahi gelaran Datuk. Itu bukan mimpi, tapi realiti. Ramadan lalu, kata bekas anggota 4U2C yang kemudian meraih sukses dalam bidang lakonan dan pengacaraan sebelum membina sebuah empayar perniagaan itu, dia menerima panggilan untuk mendapat status tersebut daripada negeri Pahang Darul Makmur.
Terkesima dengan 'hidangan mewah' di depan mata, dia akui tidak menolak untuk menerima pingat kebesaran itu. Hanya hal yang membuat dia kaget adalah bagaimana berhadapan dengan masyarakat apabila gelaran Datuk kelak akan diguna pakai secara sah sebaik majlis penganugerahan diadakan sebelum hujung tahun ini.
Menurut AC yang cukup berhati-hati sewaktu bercakap tentang isu penganugerahan itu, dia terkejut dengan rezeki Tuhan itu. Ia semua adalah berkat kegigihannya membina dan meluaskan empayar perniagaan gelang bio-magnetik di bawah payung syarikat yang menyaksikan dia sendiri sebagai pengerusi kepada AC Konsortium Sdn. Bhd. yang baru menjangkau usia 10 bulan beroperasi.
"Benar, saya memang telah dimaklumkan tentang gelaran Datuk yang bakal diberikan oleh kerajaan negeri Pahang. Walau bagaimanapun, saya belum berani menggunakannya selagi tidak menerima penganugerahan tersebut secara rasmi.
"Apabila saya sudah sah menerima penganugerahan tersebut sekitar akhir tahun ini, barulah saya akan menggunakan gelaran Datuk AC Mizal secara rasmi," katanya yang kelihatan sedikit gelisah saat ditemu bual.
aku terharu membaca petikan sajak guru oh guru....
ReplyDeleteRezeki dia.....
ReplyDelete