Selamat Hari Raya Pak Menteri....
TEMERLOH, 20 Sept: Pelbagai pihak melahirkan rasa kesal dengan tindakan anggota Parlimen Bera yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Ismail Sabri Yaakub yang telah mencemarkan sama sekali kesucian Aidil Fitri.
Aidil Fitri dicemarkan oleh beliau di majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri yang diadakan di Laman Kerayong, Parlimen Bera pada 19 September semalam.
Dalam majlis itu, Ismail telah mempersembahkan tarian yang sangat tidak sesuai untuk dipertontonkan oleh beliau kepada penduduk tempatan sempena hari raya Aidil Fitri yang sepatutnya diraikan dengan penuh kesyukuran oleh umat Islam.
Video tarian itu kini disebarkan melalui YouTube dan mendapat bantahan dari pelbagai pihak.
Klik di sini untuk melihat tarian yang dipersembahkan oleh Ismail Sabri untuk para pengundinya sempena Aidil Fitri semalam.
Sekadar renongan...
Memang tidak dinafikan manusia suka bergembira, namun kegembiraan yang dicari hendaklah selari dengan kehendak Allah SWT dan rasul-Nya.
Sebagai contohnya Rasulullah pernah mengiktiraf dendangan lagu Buath oleh dua orang gadis yang didengari oleh Aisyah r.ha. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Demikian juga al-Hafiz Ibn Hajar mengemukakan sebuah riwayat yang sahih bahawa para sahabat seperti Ibn Umar memakai pakaian yang cantik pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Demikian pula jamuan makan, merupakan suatu yang dituntut oleh Islam berdasarkan banyak hadis sahih. Namun demikian melaksanakan perkara-perkara ini hendaklah dengan pertimbangan-pertimbangan yang betul yang bertepatan dengan syarak.
Sekalipun muslim dibenarkan mendengar lagu-lagu patriotik yang dapat meningkatkan semangat juang, namun lagu-lagu yang memuja syahwat, berunsur syirik dan yang melalaikan dari mengingati Allah tetap diharamkan oleh Islam.
Demikian pula pakaian yang cantik dibenarkan, namun batasan aurat hendaklah dijaga agar tidak mendedahkan aurat.
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment