9.29.2010

Jangan Main Kutu.... HARAM!!!

          Main kutu haram di Malaysia

Rupa-rupanya 'main kutu' nie hukumnya HARAM. Member-member kat ofis pun ada jugak yang mengajak main kutu nie. Ada yang sebulan RM50.. ada yang sebulan RM100. Boleh masuk lebih dari satu nama.

Dia orang nie main suke-suke jee... Ada yang main kutu nie untuk bayar insuran dan rotax kereta. Ada yang target nak tukar tayar kereta. Ada yang nak beli cincin tunang.. Dan macam-macam lagi laaa...

Orang rumah Wak pun main kutu jugak kat ofis... Sebulan RM1oo.... masuk satu nama. Wak jee yang tak de main kutu.

Lepas nie kena berhati-hati laaa... Main kutu nie haram rupanya di sisi undang-undang Malaysia. Baik simpan sendiri kat dalam akaun Tabung Haji kee... atau akaun yang seumpama dengannya. Cuma perlukan sedikit disiplin untuk mencapai target tujuan menyimpan sebagaimana main kutu.

Apa pun hukum main kutu dari pandangan Islam bolehlah merujuk link ini. Klik Di sini


KUALA LUMPUR - Aktiviti main kutu yang popular di Malaysia dan banyak dianjurkan secara kecil-kecilan di kalangan masyarakat di negara ini sejak dahulu lagi rupa-rupanya salah di sisi undang-undang.

Ramai yang tidak menyedari hakikat itu. Mengikut undang-undang, tidak ada individu mahupun syarikat di negara ini dibenarkan menganjurkan pelaburan wang kutu termasuk aktiviti mengutip wang orang lain bagi tujuan membina rangkaian perniagaan.

Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah berkata, kegiatan itu dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

"Pelaburan itu sama sekali tidak dibenarkan memandangkan ia menimbulkan kekhuatiran berlaku penyelewengan yang akan merugikan pelaburnya.

"Skim kutu diharamkan. Jika sabit kesalahan individu terbabit bakal berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 akta yang sama," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

1 comment:

  1. Saya nak share ilmu dari pandangan bijak pandai ugama. Didik Al Quran
    ← Syurga dan Penghuninya
    Pintu-pintu Kebaikan.. →

    Hukum Main Kutu ..

    January 10th, 2010 in kemusykilan agama |

    Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

    Berdoalah kita semua agar hidup kita, kesihtan kita rezeki kita akan bertambah dan tercapailah hajat kita pada tahun ini InsyaAllah.

    Suka ustazah pada kali ini berkongsi tajuk “HUKUM MAIN KUTU”

    Pengertian main kutu ialah sekumpulan manusia menyumbang dana kewangan masing2 dengan kadar yang sama pada setiap bulan dan akan dilakukan cabutan atau undian untuk siapa yang berhak menerima duit kutu yang telah dikumpulkan itu, penerima dari ahli kumpulan itu akan menerima wang kutu tersebut dengan sistem bergilir2.

    Hukumnya menurut Islam , pada hukum asalnya ialah ‘HARUS’ kerana permainan ini boleh dikatakan dapat membantu sesama rakan.Dan duit yang kita dapat itu ialah duit kita sendiri sebenarnya. Bermakna setiap bulan ahli, kumpulan akan menyumbangkan pinjaman dan wang itu akan kembali kepada kita setelah giliran kita sampai pula. Kekadang jika kita simpan sendiri tk sempat duit tu banyak kita dah keluarkan…

    Jadi sebelum kita memulakan permainan ini hendaklah kita mengenali ahli kumpulan yang menyertai permainan ini, pilih seorang yang akan jadi ketua dan orang itu hendaklah amanah. Sebaiknya semuanya dicatat atau ditulis dan direkodkan.

    Benarkah melakukan cabutan pada setiap bulan kerana ini mengandungi unsur2 judi atau menjadikan ianya sebagai cabutan bertuah??.

    Kita lihat jawapan dari ustaz Zaharudin.net

    Pendapat Ustaz Zaharudin :-

    Tepat sekali, permainan ‘kutu’ akan menjadi semakin bersih dan baik jika giliran telah ditentukan dari awal agar semua pihak tidak tertunggu-tunggu.

    Namun, setakat pengamatan saya berdasarkan perbincangan para ulama berkenaan asas ‘undian’ atau disebut dalam bahasa ‘Arab sebagai Qur’ah boleh dilakukan apabila semua pihak mempunyai hak yang sama untuk terpilih. Hukumnya adalah harus dan tiada unsur judi di situ. Nabi Muhammad SAW juga pernah mencabut undi untuk melihat siapa dari kalangan isterinya yang akan terpilih untuk bermusafir bersama baginda SAW.

    Kesimpulannya:-

    Sebaiknya semasa mula2 mencari ahli untuk aktiviti main kutu ini, kita tetapkan terus pada bulan berapakah ahli hendak menerima giliran mereka berdasarkan keperluan mereka masing2 dAan juga jumlah wang. Ini juga berlaku kepada ustazah dan rakan2 lain di sekolah yang mana ‘kepala kutu’ akan merekodkan siap2 bulan, jumlah dan nama penerima wang kutu itu.

    Alhamdulilah, cuba bayangkan jika kita pinjam dgn bank pun ada interest jugakan walaupun pembiyaan islam tetap juga ada upahnya. jika main kutu bersih sebersih2nya dari semua itu.

    Wassalam

    -ustazah azimah-

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails